Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Friday, February 1, 2013

MALAM MAHABBATUL RASUL 2013



MALAM MAHABBATUL RASUL 2013





Entah mengapa pada malam itu, taman itu lapang sekali. Tiada kesibukan, kurang pergerakan. Semua tetamu seakan berteleku kaku dalam zikir dan fikir. Seseketika bunyi dengus nafas dihela perlahan bersama rintihan. Ada suara esakan tangis, namun perlahan cuma. Bunyi rintihan yang tertahan bersama alunan zikir bagai melodi yang sungguh mengasyikkan.

Aku masuk ke taman itu bagai sandera yang pasrah. Kubawa hatiku yang rawan, fikiran yang kelelahan dan nafsu yang masih liar. Aku tidak mahu dan mampu berpura-pura lagi. Inilah diriku wahai ILLAHI.. Tidak punya kesucian, tidak memiliki keindahan yang dapat aku persembahkan. Inilah diriku yang penuh cela dan noda. Tanpa dapat berselindung, KAU Maha Tahu segala.

Mengapa takdirnya aku ke sini? Ke daerah suci di bawah bayu syurga. Terasa dingin, nyaman dan tenang. Bukan kerana kebaikanku. Tetapi kerana kasih sayangMU yang membawaku ke sini. KAU izinkan kaki dan hati yang berdosa ini singgah seketika bagi menatap jalur-jalur cahaya dalam relung diri yang gelap gelita.

Benar kataMU seperti yang kudengar sejak dulu, keampunanMU sentiasa mendahului murkaMU.. Kucecah dahi di hamparan hijau itu. Seakan kutuang segala kabut dan serabut fikrah yang kusut. Kunafikan licik dan strategik segala yang pernah berdetik di minda ini. Fikrah inilah yang mencipta dosa demi dosa.

Sesah akal ini Ya ALLAH, palu akan ini YA RAHMAN, dengan belantan inzar dan tazkirahMU. ALLAH.. Kembalikanlah biduk akalku ke pangkalan takdirMU. Fikrah sudah letih belayar tanpa arah.

Sujud dan rukuk aku di sana. Menelanjangi segala aib dan dosa. Tanpa aku mengadu, KAU pun tahu. Namun, itulah wadah tanda menyerah, aku ini hamba ALLAH. Aku pasrah. Aku kalah.

Cintaku sekelumit cuma, hampir tiada. Saat ini hanya berbekal harapan. Benteng terakhirku hanya rasa tidak berputus asa. Kata kekasih-kekasihMU selalu memujukku "kejahatan yang menyebabkan engkau menangis, lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur".

Dalam rasa malu, takut dan harap, masih aku memberanikan diri untuk meminta lagi. Lalu di malam itu, di Raudhah itu ku catatkan gugusan permintaan. Satu demi satu melalui puisi hati. Ku biarkan pena menari, mencari makna dan kata hanya berpandukan rasa. Malam itu walaupun malu, aku tetap meminta syurga pendahulu bicara hanya ini:

Ya Latif
Berikan aku hati yang lain
Yakni hati yang lebih yakin
Hati yang lunak
Agar mampu mencintaiMU

Ya RASULULLAH
Syaafatkan daku
Sudilah memandang ku
Kasihilah daku Ya HABIBULLAH


Malam itu adalah malam yang paling panjang dalam sejarah hidupku. Dapat kuluahkan segala dan semua. Seakan tercabut tulang yang mengait dalam sanubari sekian lama. Namun, tiba jua saat berpisah, aku terpaksa melangkah. Pamitan pun berlaku dan gamitan pun berlalu. Sayu benar terasa ketika hatiku terus merayu:

Aku dambakan kebaikan
Yang melahirkan kebaikan
Aku pohon ketenangan 
Yang memberikan ketenangan

Pinggirkan segala sengketa 
Hampirkan semua cinta
Tanpa dendam tanpa prasangka

Jika benar yang kau di Raudhah itu hanya ALLAH...


# Malam Musafir_Cinta
"LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH"
"12-14 RabiulAwal 1434H = 24-26 JAN 2013"
"Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Kedah "

Tuesday, June 26, 2012

Penawar Di Hati

Friday, July 1, 2011

SIJIL PENGAJIAN AL-QUR'AN DAN SIJIL PENGAJIAN AL-HADITH



UNIT KURSUS PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA AKAN MENGADAKAN PENGAMBILAN BARU BAGI PELAJAR-PELAJAR
SIJIL PENGAJIAN AL-QUR’AN (SPAQ) DAN SIJIL PENGAJIAN AL-HADITH (SPAH) (MODUL 1)
PADA 6 OGOS 2011.
BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI URUSETIA SPAQ DI PEJABAT PEMBANGUNAN DAN PENYELIDIKAN ARAS 3 BLOK A.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 29 JULAI 2011.
PENYERTAAN ADALAH TERHAD.
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBINGI
CIK NURUL HUDA OTHMAN
DI TALIAN
03:79676167
ATAU EMAIL KEPADA
spaq@um.edu.my



Saturday, December 25, 2010

warkah ke syurga

assalamualaikum

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
sering ku titipkan doa
agar kita semua sentiasa berada di bawah
payungan rahmat dan hidayahNya yang maha esa
dalam kekalutan dunia pada ketika ini...
daku amat berharap agar allah sudi
mengampunkan dosa kita semua

dalam keadaan manusia tidak lagi takut kepada tuhannya..
dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan
yang hak dan yang batil
dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat
membezakan yang mana pahala dan yang mana dosa
moga-moga doa yang selalu kita pohon kan di
makbulkan olehNya

walaupun dalam kehidupan seharian kita kadangkala kita lupa kepadaNya
dan kadang kala kita ingt kepadaNya
tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan utkNya

buat permata islam yang sudah tentu dikasihi allah dan dirindui nabi..
sesungguhnya islam itu bukan sekadar agama..
tetapi ia adalah cara hidup kita..
sama ada cara kita berpakaian..bertutur..belajar..bekerja..atau dengan
perkataan yang lebih mudah..
bermula kehidupan kita daripada
bagun tidur sehingga kita tidup kembali..

ku titipkan warkah yang tak seberapa ini untuk sekadar perkongsian bersama..terutamanya pada insan kecil..moga kau fahami apa tujuan dan matlamat kita yang sebenarnya di hidupkan di muka bumi ini...

salam kemaafan juga di atas perkenalan yang singkat itu..seandainya ada kesilapan serta kekurangan pada diri ku..sesungguhnya aku tidak sempurna..

salam sayang berserta rindu ku buat mu...

Tuesday, November 30, 2010

Tazkirah Hati

PERTANYAAN DIRI...

Engkau suka

pabila dipercayai...

tapi kenapa engkau tidak suka mempercayai orang lain?


Engkau suka pabila disanjungi...

tapi kenapa engkau tidak suka menyanjungi orang lain?


Engkau tidak suka dicaci...

tapi kenapa engkau suka mencaci orang lain?


Engkau tidak suka dikhianati...

tapi kenapa engkau suka mengkhianati orang lain?


Engkau tidak suka dizalimi...

tapi kenapa engkau suka menzalimi orang lain?


Engkau tidak suka dibenci...

tapi kenapa engkau suka membenci orang lain?


Engkau tidak suka disakiti...

tapi kenapa engkau suka menyakiti hati orang lain?


Engkau tidak suka dipersalahkan...

tapi engkau suka menyalahkan orang lain?


Engkau tidak suka dikritik...

tapi kenapa engkau suka mengkritik orang lain?


Engkau tidak suka hak engkau dirampas...

tapi kenapa engkau suka merampas hak orang lain?


Kalau engkau ingin dihormati...

engkau juga mesti belajar

untuk menghormati orang lain.


Kalau engkau ingin dihargai...

engkau juga engkau juga mesti belajar

untuk menghargai orang lain.


Kalau engkau ingin difahami...

engkau juga mesti belajar

untuk memahami orang lain.


Kalau engkau ingin dikasihi...

engkau juga mesti belajar

untuk mengasihi orang lain.


Kalau engkau ingin disayangi...

engkau juga mesti belajar

untuk menyayangi orang lain.


Engkau suka pabila dipercayai...

Engkau suka pabila dihargai...

Engkau suka pabila dihormati...

Engkau suka pabila dikasihi...

Engkau suka pabila difahami...

Engkau suka pabila disayangi...

Engkau juga suka pabila dipuji...


Tetapi...kenapa engkau sering lupa

untuk memuji Pencipta

dan Pentadbir alam semesta ini?


Engkau juga sangat suka dicintai...

Tetapi kenapa engkau sering lupa

untuk mencintai dan mencari

cinta Rabbul Izzati?


Kenapa engkau jadi begini???...

Ketuklah hati,koreksi peribadi...



di ambil dr facebook terjumpe.. =)

Tuesday, November 23, 2010

Suara wanita bukan aurat

Perbahasan mengenai kedudukan suara wanita telah banyak dibahaskan. Pelbagai pendapat berhubung permasalahan ini telah dikemukan samada yang disandarkan kepada nash syarak atau secara aqliyah semata. Oleh yang demikian, sangat bahaya sekiranya sesuatu hukum diletakkan tanpa meneliti ketetapan melalui pengajian dan pembelajaran. Saya bukan orang yang layak mengulas lanjut tetang isu permasalahn ini. Namun ada yang boleh kita kongsi bersama melalui artikel ini yang saya petik daripada Ust MOHD. SHAUKI ABD. MAJID.

Walaupun ada pandangan mazhab lain mengatakan suara wanita aurat namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara kita tidak meletakkan bahawa suara wanita adalah aurat. Dan yang jelas lagi tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara wanita itu aurat.

Menurut pendapat Syeikh Atiyah Saqr, pengerusi Jawatankuasa Fatwa Universiti Al-Azhar, Mesir dalam koleksi fatwanya 'soal jawab wanita Islam' terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bahawa pada prinsipnya suara wanita bukanlah termasuk aurat. Sekiranya suara memang merupakan aurat, maka sukarlah bagi kaum wanita dan tentunya taklif atau beban syariat yang dikenakan kepada mereka bersifat usr iaitu sangat sukar dan ini bercanggah dengan prinsip agama Islam bahawa Ad-Dinu Yusr iaitu agama itu mudah, sedangkan kaum wanita juga merupakan 'makhluk sosial' yang berhajat untuk berkomunikasi dengan sesama insan baik ia dari kaum lelaki ataupun kaum perempuan dalam proses kehidupan sosialnya, sedangkan aurat suara wanita sebenar terletak pada kemerduan dan kelembutan suaranya yang boleh menggoda kaum lelaki, bukan pada suara wanita itu sendiri.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). - (Surah al-Anzab 33:32)

Allah s.w.t. tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu, Allah s.w.t. melarang kaum wanita merdu untuk melembutkan suara mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun tergoyang keimanannya dan menimbulkan berahinya.

Dengan demikian, pada prinsip suara wanita bukanlah aurat yang dilarang untuk dilihatkan atau didengarkan. Dahulu para sahabat daripada golongan wanita sering bertanya (berdialog) kepada Rasulullah s.a.w. tentang masalah-masalah hukum-hakam dalam agama dan didengar oleh kaum lelaki yang hadir daripada sahabat-sahabat Baginda. Bahkan sering pula mereka berdialog dengan para sahabat dan sebaliknya sebagaimana di saat ada seorang wanita yang mengkritik Umar r.a. tentang perkara mas kahwin di dalam pertemuan pada suatu majlis yang diadakan di sebuah masjid, di mana dihadiri pula oleh kaum lelaki, sedangkan Umar tidak melarangnya untuk bersuara padahal beliau terkenal tegas dan kuat memegang syariat agama.

Menurut al-Qurtubi suara wanita di saat berkata-kata bukanlah termasuk aurat, lelaki dibolehkan bercakap-cakap atau berdialog dengan wanita kerana ada hajat tertentu tetapi wanita tidak dibolehkan memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya di saat bercakap dengan lelaki, kerana perkara demikian boleh menimbulkan berahinya dan juga membuat ia tergoda dan suka. Dengan demikian sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya melainkan kerana ada hajat atau sebab-sebab yang munasabah, kerana suara seorang wanita sejak semula jadinya memang lembut dan ia boleh menggoda kaum lelaki apalagi sekiranya dibuat-buat sehingga menjadi lebih lembut dan menggoda.

Dalam ketentuan syariah yang lebih berhati-hati dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam membaca al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan 'azan' kecuali untuk jemaah wanita sahaja, bahkan di dalam syariat fikah apabila seorang wanita ingin menegur kekeliruan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah ia tidak boleh menegur dengan membaca 'tasbih' sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki tetapi cukup dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Demikian pula wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian. Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara mereka bukan bermakna suaranya merupakan aurat. Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan, demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah.

Jika ia dikatakan aurat kenapa Rasulullah s.a.w. sendiri pernah mengizinkan dua orang wanita bernyanyi di rumahnya. Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a., katanya. 'Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu'ats. Ku lihat Rasulullah s.a.w. berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya. Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku'. Katanya ''Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?'' Mendengar seruan itu Nabi s.a.w. lalu menghadapkan mukanya kepada Abu Bakar dan berkata:
''Biarkanlah kedua-duanya, hai Abu Bakar''.

Dalam satu peristiwa lain Rasulullah s.a.w. pernah mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah s.a.w. hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi dari Buraidah menyebut: ''Suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi untuk menghadapi suatu peperangan. Setelah beliau pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata; ''Ya Rasulullah aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan. Mendengar hal itu Rasulullah sa.w. bersabda yang bermaksud: ''Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak maka jangan lakukan''.

Kesemua keterangan tersebut menunjukkan bahawa suara wanita bukan aurat. Rasulullah s.a.w. juga secara praktikal pernah berbicara dengan kaum wanita seperti mana ketika menerima bai'at dari kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan dari segi syarak ia tidak pernah menghalang kaum wanita untuk melaksanakan urusan jual beli, menyampaikan ceramah, mengaji al-Quran, membaca Qasidah atau syair. Jika suara wanita itu dianggap aurat sudah tentu dari segi hukum syarak dianggap haram.

Seni bacaan al-Quran adalah termasuk dalam seni Islam yang mempunyai nilai sastera yang tinggi, indah dan juga mempunyai seni bacaannya yang unik. Apakah salah kaum wanita mempelajari dan membacanya kerana selain daripada kandungan kata dan pesan yang ingin disampaikan al-Quran juga dari segi susunan kata dan kalimatnya yang menyangkut soal nada dan susunannya dapat memukau dan menginsafi sesiapa sahaja yang mendengarnya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Muzzammil ayat 4 yang bermaksud:
''Bacalah al-Quran dengan sebaik-baik (Tartil)''.
Imam Bukhari dan Abu Daud juga meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
'Perindahkan al-Quran dengan suara kamu'.

Bukankah semua ini menunjukkan bahawa menyanyikan al-Quran tidak dilarang dan kerana itu menyanyi secara umum pun tidak dilarang kecuali nyanyian itu tidak sejalan dengan tuntutan Islam. Sebagai seni Islam satu ciri yang dianggap positif ialah ia tidak berkisar di sekitar manusia individu, ia mempunyai orientasi sosial dan terpancarnya keperluan bersama manusia.

Sekian.

Rujukan :MOHD. SHAUKI ABD. MAJID, Penolong Pengarah Yadim