Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Monday, July 20, 2009

~selamat tinggal kwn2 semua~


Assalamualaikumwbt…

Segala pujian bagi Allah swt yang telah memberikan segala nikmat untuk kita semua..syurkur Alhamdulillah kerana masih lagi bernyawa dan terus menghirup udara segar du luar sana serta dapat melihat alam ciptaan Nya..maha suci allah segala pujian hanya untuk Mu..

Alhamdulillah..semalam adalah hari terakhir aku bergelar sebagai pekerja di salah sebuah PSS petronas di Teluk Gading , Tanjung Gemuk Rompin Pahang..bermula 19 jan 2009 hingga 19 julai 2009 tarikh aku mula berkhidmat dan berakhirnya berkhidmat di sana..satu pengalaman yang tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata..terlalau banyak kenangan manis,pahit di sana..

19 jan 2009..aku start keja..masa tu stesen belum buka lagi..barang satu apa pun xda..kosong..start pukul 10 pagi kami berlima orang saja masa tu..kira macam senior lah bagi budak2 baru ni..masa tu yang ada aku,wani,kak nisa,wan(mat),daus dan cik din..kami

5 org dan cik din sbg supervisor kalau xsilap..

Masa mula2 tu kitaorang kena kemas2 tempat tu..lap,sapu sampah,mengemop lantai dan sebagainya..habuk xpayah ckap lah berdebu masa tu..kemas stor dan kawasan luar..masa tu barang-barang tak de lagi..just hilang kan kotoran saja..

Bermula hari kedua agak sibuk sikit..aku dah macam org lelaki..tenaga pun aku rasa lebih kuat dari korang2 ni..hahah..angkat barang-barang..kemas barang dan seba

gainya..

Hari ketiga pula aku blaja cara mcm mana nak terima barang sampai daripada supplier.Cek barang yang di bawa turun..dan cam ne nak buat recieving barang..pening jugak lah sebab tu perkara baru..

Tapi tu lah semua pengalaman yang tak pernah

aku lalui lagi..keesokannya pada pukul dua tak silap aku bermulalah perasmian dan pembukaan stesen petronas tersebut..ya allah masa tu gementar pun ada..almaklumlah keja ni melibat kan wang yang banyak..macam2 jenis duit aku penah pegang..termasuk lah duit palsu pun pernah dapat..

kawan masa mula-mula keja dulu dah tak de..tinggal si daus sorang je..tahniah daus ko dapat bertahan..haha..si wani p masuk matrix..kak nisa dapat keja kerajaan wan ntah lah kat mana..dan aku?akan mengembara ke negeri baru iaitu negeri sembilan..hahah..demi ilmu aku tinggal korang..wahahah..

lepas si wani,wan ngn kak nisa ni behenti.

.aku dapat geng baru..ramai jugak lah yang dah berhenti..dan kini yang tinggal kak ida..liza,linda,mira,wan,jiwan,daus,khuwarizmi dan mak su dan napi(dah bhnti masuk poli)..koranglah keja lah rerajin jgn nakal2..hahah...

kat sini jugak lah aku di lamar oleh sorang akak ni untuk jadi "adk angkat" dia..wow..macam2 lah..baik sangat ke aku ni?heheh bos kata aku ni degil+nakal..wahaha..biasalah tu..

ni "pos A"

Pos ni aku jarang guna sangat..sebab dia focus pada orang nak beli minyak..kena pandang depan je..huhu..aku malu x leh pandang depan sokmo..heheh..lagi pun aku silau dengan lampu-lampu kereta ni..ia tak sesuai untuk aku..hahah alasan je tu sebenarnya..


ni lah "pos B"

Ni pula pos B..pos nil ah aku guna dari xtau apa-apa..dari mula keja sampailah semalam last aku keja..huhu..,memang best..sebab dia lebih kepada org beli barang je..xramai pun ornag yang nak beli barang..jadi aku relex ar jugak..hahah..



Ni pula chiller angkat aku..aku diberi tugas dan tanggungjawab untuk menjaga chiller ni..maksudnya macam ni..chiller ni x boleh di biarkan kosong..sentiasa kena ada tin minuman dalam ni..so apa lagi keja aku..kalau tengok kosong je kena lah jaga “menda angkat” aku ni..xleh dia panggil “anak” sebab dia bukan manusia/binatang..hahah..agak-agak kepanasan aku dok je dalam peti ni..huhu nakalnya dia..iskh3..


ni lah duit palsu yang aku cite tadi..ada org bagi..masa tu kwan aku yang jaga..kalau tak silap dalam pukul 3 pagi kot..mayb dorang mamai kot..bangun tidor..lepas ni hati-hati lah korang..erm jomlah kita layan gambar pula..

ni lah tugas-tugas kami..


ni mira ngan linda..




dalam kenanagan...

Banyak lagi yang terpahat dalam memori ni..tapi biarlah ku simpan..kepada kawan-kawan terima kasih sebab jadi kawan aku..terima kasih jugak sebab kornag banyak bantu aku..halalkan makan minum yang korang belanje kat aku..dan maaf kan aku andai aku ada wat salah ngn korang..

Pada kak ida..tkasih sebab banyak bagi nasihat kat saya..walaupun saya ni degil kadang-kadang..terima kasih jugak sebab banyak kongsi ilmu-ilmu “alam rumah tangga” hehe katanya untuk persediaan..ada-ada je..huhu..apa-apa pun terima kasih..

Dan untuk bos aku yang di kasihi..en edi dan en rosli..terima kasih sebab izinkan saya timba pengalaman dan keja kat sini..andai ada terkasar bahasa tersilap laku maafkan lah..dan halalkan juga apa yang terlebih dan terkurang..

Korang semua dalam kenangan….i miss u all…

::I NEED YOUR HELP::




I Need Your Help



Allah
I need your help to feel alive
I’m feeling weak and I’ve no strength to fight
I’m feeling weak and I’ve no strength to speak
The truth that is within me

Allah I need your help
Allah I believe in you
Allah forgive me and bless me with your mercy
Allah

I’m feeling cold with the sky so grey
I need someone who will show me the way
I’m feeling light and I need to pray
Because I know Islam is here to stay

I’m drowning in the sea so deep
I need someone who will set me free
You sent us a guide that was full of light
And now that he’s gone I feel the need to cry

Saturday, July 18, 2009

AKU JATUH CINTA!!!!




Bismillahirrahmannirrahim..
ya allah..
sudah lama aku teringin untuk menulis warkah cintaku kpd MU
hanya Kau yang Maha mengetahui hati ini..
aku tidak tahu..
adakah aku ditipu?
aku memang telah tertipu dgn dunia yang fana ini..
biarpun sebanyak mana hatiku menukilkan madah
tidak akan sesekali habis kalimah MU
aku keliru memilih panduan hidup ku sendiri
mungkin suatu hari nanti engkau akan menunjukkan
sesuatu yang lebih awal buatku ya allah

ya allah..
kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi semakin buntu..
fikiranku bercelaru..
aku rasa kehilangan identitiku sendiri..
aku rasa kekosongan pada jiwa ku..
ya allah..
aku semakin tewas dengan dunia ini..
aku tidak dapat membezakan yang manakah yang fardhu
dan manakah yang harus..

ya allah..
manusia tidak mampu memahami diriku ini..
hanya Engkau saja..
ya allah..
aku pasrah..tapi aku tidak mahu tewas pada kelemahan diriku sendiri..
aku memerlukan ilham dariMu..
hatiku butuhkan sesuatu..
ya allah..
aku tidak mampu mengharunginya seorang diri..
ya allah..
aku sedar kelemahan diri yang telah aku lakukan selama ini..
tapi kenapa aku gagal menjauhinya..
ya allah..
biarpun sejuta manusia yang menawarkan diri untuk menolongku..
atau seumur hidup aku mengadu pada manusia..
tiada yang akan dapat membantuku sehebat kuasa Mu..
aku tidak mengerti akan diriku...
tenggelam punca dalam kesebukan dunia..
sukarnya untuk ku lari dari kenyataan ini..

ya allah..
aku sudah tenggelam punca
aku hilang arh tuju
namun aku tetap mencari cahaya itu..
cahaya yang kau janjikan buat hamba-hambaMu yang beriman..
namun ku dambakan lebih dari itu..
aku mahu menjadi seorang yang bertaqwa di sisi MU..
aku mahu menjadi seorang yang istimewa di sisi Mu..
meskipun aku tahu hakikat kehambaan ini..
aku tidak akan berputus asa untuk mendapat cinta Mu..
kerana aku tahu sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..
dan setiap ibadahku pasti bermula dengan kalimah Mu..
wahai Rabb yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
aku dahagakan cinta MU
ya allah..

aku sanggup merempuh segalanya demi Engkau..
tuhan yang Maha Esa
Engkau bukan permata
bukan jua mutiara
tetapi Engkau yang Maha Pemilik segala
Engkaulah yang memegang hati-hati ini..
hati yang menangis di kala malam berlabuh..
hati yang meronta kerana terlalu merinduiMu
hati yang tak sanggup berjauhan dgn Mu walau sedetik
hati yang terasa kesorangan apabila keramaian..
hati ini baru mengerti maksud mahabbah kepada MU
hati ini mahu setiap denyut nadinya hanyalah untukMu
setiap titis darah yang mengalir dlm pembuluhku
sentiasa menyebut nama Mu..
berusaha untuk tidak mengingkari nikmat agung kurniaanMu..

ya allah..
aku mengharapkan cinta semulia Nabi Muhammad
kasih yang tidah berbelah bagi al-khalil ibrahim..
sifat pengasihani Siti Khadijah
rindu sesetia Rabiatul Adawiyah..
sabar secekal Fatimah
yakin sesuci Asiah..
iman seteguh Sumayyah..
jiwa sekental Bilal bin Rabah

ya allah..
aku benar-benar telah jatuh cinta
aku cintakan Mu
ya allah..
janganlah Engkau padam api kecintaan ku terhadap Mu
ya allah..
malah ku pohon agar Engkau semarakkannya
dengan kasih Mu dan nurMu..
aku memerlukan Mu pada setiap detik hidup ku..
aku sentiasa berkehendak kepada cinta Mu..
rahmat Mu dan juga petunjuk Mu..
ameen ya allah..
ameen ya rahman..
ameen ya rahim..
ameen ya rabbal`alamin..

inni uhibbuka ya allah,ya habibi..


InsyaALLAH

Assalamualaikum..entah apa yang aku rasakan di kala ini..sedih..gembira..macam-macam perasaana ada..esok last aku berkerja terasa sesuatu yang sangat-sangat sedih untuk aku lepaskan setelah hampir 7 bulan aku bekerja..nanti aku cite pasal keja ni..perasaan gembira pula kerana tak lama lagi dah nak start kuliah..rindunya saat menuntut ilmu..itu lah tak dapat aku gambar kan lagi..

Oleh kerana tak lama lagi aku akan bergelar student kembali..maka dengan ini aku akan menepis segala anasir-anasir luar yang boleh mengganggu gugat ku ini..ce wah..apa lah yang aku merepek ni..sebenarnya aku telah jatuh cinta…ohh tidak!!!..

Ingin ku dekat kan diriku dengan MU..

1. Puasa sunat isnin khamis(insyaallah)

2. Buat solat sunat setiap hari xpun seminggu sekali..(amalkan kembali yg dah lama tinggal)

3. Baca quran setiap hari....(Alhamdulillah)

4. Almathurat

5. Khatam setiap bulan..tak pun setahun sekali..

6. Abiskan 1 juzuk setiap minggu

7. Qiammullail..insyaallah..

8. Usrah..

9. istghfar setiap hari 1000x kalau boleh..

10. zikir sentiasa di bibir..

Untuk stdy aku pula..

1. Pointer lebih dari 3.5

2. Buat latihan selalu

3. Xpaham tanya pensyarah..

4. Buat study group

5. Siapkan asgment awal..

6. Jgn tangguh kerja

7. Sentiasa bersedia..

Untuk masa depan pula..

1. Sijil kejuruteraan elektrik dan elektronik (Alhamdulillah dah tamat)

2. Diploma kejuruteraan elektronik computer(dalam proses)

3. Ijazah…(insyaallah)

4. Master in…

5. Phd (bukan perasaan hasad dengki ok)

6. Phd doctor falsafah

7. Pas tu? Serah segalanya pada allah..

Insyaallah kita hanya merangcang tetapi allah yang menentukan..amal ibadah,amal jariah insyaallah tak kan ku lupakan..masih banyak yang ada dalam fikiran ini untuk islam untuk umat islam..moga allah membantu..bisr sedikit asal istoqomah..insyaallah..

Thursday, July 16, 2009

Menerima yang tidak sempurna

Wahai anak-anakku

Apa yg membuatmu tertarik pada seseorang?

Apa yg membuatkanmu memutuskan untuk mencintai seseorang dengan segala kekurangannya?

Apa yg membuatkanmu memilih seseorang menjadi pendampingmu?

Aduhai… jawapan pertanyaan ini pasti telah ada didalam hatimu, dengan segala pertimbangan dan pemikiran yang dalam atau mungkin kamu hanya asal memilih/memutuskan?. Dan padahal sebelum memutuskan pilihanmu, kamu tentu menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya, lebih alim daripada pasanganmu tetapi mengapa kamu tetap memilih untuk mencintainya?

Dan perlu kamu ketahui perasaan cinta, simpati, tertarik, akan selalu datang dalam berbagai kesempatan pada kehidupan kita. Tetapi mengapa kamu tetap memilih untuk mencintainya

Mungkin kamu sudah tahu, mencari seseorang yang sempurna sesuai keinginan hati itu sukar, jadi mengapa kamu tetap mencarinya? Ini bukanlah suatu keputus asaan tapi mengapa kamu tidak mencari yang seseorang yang tidak sempurna kemudian menjadikannya menjadi sempurna sesuai hatimu?. Dan perlu kamu ketahui, kita hadir di kehidupan ini tentunya bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

Maka sudah menjadi tugasmulah wahai anak-anakku, jika pasanganmu belum bersinar, maka tugasmulah memancarkan cahayanya. Jika pasanganmu belum sempurna, maka tugasmulah yang membuatnya sempurna menurut hatimu. Jangan kau menuntut untuk mendapatkan bidadari/pemimpin (bidadara ke ek?) yang sempurna, tapi binalah dan tuntunlah pasanganmu agar menjadi bidadari/pemimpin yang sempurna menurutmu. Dan akhirnya semua yang kamu inginkan akan menjadi sempurna tentulah kerana keberadaanmu secara bersama.

“Ya Rabb.... Aku tidak meminta seorang yang sempurna, namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMU..".

Ya Rabb.... Jika orang lain memohon kepada-Mu untuk menikah dengan orang yang mereka cintai, maka aku memohon kepada-Mu, lapangkan hatiku untuk mencintai orang yang kelak menikah denganku.."

sumber:-http://asyzsufi.multiply.com/?&preview=&item_id=52&page_start=40

Wednesday, July 15, 2009

Solat Sunat Dhuha

assalamualaikum..jom kita kongsi...


1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Tuesday, July 14, 2009

moga kemenangan untuk mu..


ya allah moga kau berikan kemenangan ini untuk pejuang agama MU..

Monday, July 13, 2009

Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?

Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D. U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.
Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya. " Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Di angkat dari: http://artofthought s.blogspot. com/2009/ 07/soerang- wanita-muslim- mesir-di- bunuh-di. html

Saturday, June 27, 2009

sambungan kes gaduh

assalamualaikum...entah lah kenapa tetiba rasa mcm nak bagi pandangan tentang kes gaduh kat sek agama tu..rasa nya macam tak patut lah pulak..erm buat malu sekolah lah..sekolah "agama" pula tu..adoi..apa nak jadi lah budak zaman sekarang ni..mereka macam berkuasa pula di asrama tu..kalau lah di ikutkan logik akal pelajar2 yang dah akil baligh tu sepatutnya biar lah guru yang selesaikan sekiranya betul budak tu bersalah ni ikut sangat nafsu asyik nak pukul orang saja..macam lah berkuasa sangat..kalau mati budak tu sapa yang susah..mereka2 jugak..pk lah sebelum bertindak..mana didikan yang di berikan kat sekolah tu..sepatutnya bawalah status agama tu..ni..masyaallah..apa lah nk jadi..perkara ni perlu di bendung..malaysia sekarang ni dah semakin ganas nmpaknya..dari yang dewasa sampailah ke budak sekolah melakukan jenayahnya..dunia nk kiamat agaknya...huhu...pelik2...

Pelajar tingkatan tiga dibelasah empat senior

Pelajar tingkatan tiga dibelasah empat senior

ROMPIN - Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di sebuah sekolah agama di Rompin dibelasah empat senior sambil disaksikan 80 pelajar lain, awal pagi semalam.

Mangsa, Mohd Ashraf Abdul Aziz dibelasah oleh seniornya yang berusia antara 16 dan 17 tahun selepas selesai solat sunat witir di dalam surau sekolahnya.

Abang iparnya yang enggan dikenali berkata, kejadian pada 1 pagi itu berlaku menyebabkan Ashraf mengalami cedera. Selepas solat, pelajar-pelajar tersebut telah menutup lampu sebelum membelasah Ashraf sambil disaksikan oleh pelajar lain.

“Pihak sekolah yang lambat sedar kejadian itu kemudian menghantarnya ke klinik swasta sebelum dilarang ibu supaya dirawat ke klinik awam,” katanya.

Beliau berkata, keluarganya membuat laporan polis mengenai tingkah laku empat pelajar yang membelasah adik iparnya itu dengan tanpa sebab.

“Kami kemudian menarik balik laporan tersebut selepas berbincang dengan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya.

Ekoran itu, mangsa menerima rawatan pesakit luar di sebuah klinik di Rompin dan bercadang untuk berpindah ke sekolah lain di Temerloh.

Dalam pada itu, pengetua sekolah tersebut, Nasiruddin Mohamed Yusof berkata, sekolah telah mengambil tindakan dengan membuang asrama terhadap empat pelajar terbabit.

Beliau berkata, pihak sekolah memandang serius perkara itu dan tindakan undang-undang telah dilakukan kepada pelajar berkenaan sambil menegaskan kes itu akan disiasat dengan lebih lanjut.

Menurutnya, pihaknya juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan polis berhubung insiden itu.

“Sekolah masih jalankan siasatan dan tindakan kepada mereka sudah diambil. Jadi kita juga sudah bincang dengan kedua-dua ibu bapa terbabit dan mereka sudah menarik balik laporan kes ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Rompin, Deputi Superintendan Razali Razak berkata, pihaknya ada menerima laporan tersebut dan telah ditarik balik keluarga mangsa.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/archive/260609/com/story2898961.asp

Thursday, June 18, 2009

~ampuni aku ya Allah~

assalamaualaikum...lewat malam ni aku melelapkan mata...kenapa aku tak amek peluang ni untuk ku bertemu yang Kekasih abadiku...ya allah..lemahnya iman ini..rapuhnya kekuatanku pada Mu..
apa yang telah aku lakukan pada malam ni..seharian ini apa yang telah aku lakukan..mata ku,,apa yang aku lihat..telinga ku apa yang ku mendengar..lidah,bibir ku adakah sentiasa basah dengan berzikir pada Mu..tidak..semua tu jauh dari diriku..astagfirullah...istigfar aku dalam hati...ya allah hina nya diri ini..di mana pengangan agama ku? dimana didikan agama yang aku dapat? kenapa tidak aku amal kan..kenapa sukar benar untuk aku lakukan apa yang kau perintahkan..
kenapa senang untuk ku turutkan hawa nafsu??ya allah lemahnya iman ku..terlalu lemah iman ku..kenapa aku tidak dapat melawan nafsu itu...di mana akal ku untuk berfikir...
ya allah..aku ingin kembali pada firtrah..aku ingin kembali pada Mu ya allah..
kau bantulah aku..kau tunjuk kan lah aku jalan kebenaranMu..berikan lah aku hidayah Mu ya allah..aku ingin hidup dalam redhaMu..hipokritnya aku...ya allah ampuni aku...ampuni aku ya allah...aku memohon ampun pada Mu...terima lah taubat ku ya allah....hina nya kau di hadapan Mu..jijiknya ku ya allah...ampunilah aku..moga kau mendengar rintihan ini...

Ya Allah tidak kusedari
Selama ini cinta-Mu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayang-Mu yang tiada bertepi
Setiap hamba-Mu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hamba-Mu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah..Redhailah...

Aku bersaksi bahwa kau sesungguhnya
Tuhan Yang Agung Pencipta segalanya
Tempat ku bermohon dan berlindung
Dari Kehinaan Dan Kemusnahan




Monday, June 15, 2009

~Tag dari srikandi hamzah~

assalamualaikum..
erm nak jawab tag dari srikandi hamzah...ni jawapannya...

1-Copy this award and place it at
your blog



2-Give 5 interesting facts about the giver..

  • suka bagi tazkirah..ala2 mcm ustazah lah..
  • kalau cakap tu payah nak berhenti..(xpenat ke?hahaha)
  • pakai spek sama lah kita..
  • suka wat adobe..boleh tahan design nya..teruskan..
  • suka multimedia kan?..nanti leh kita kongsi apa yg tak tahu..ilmu tu...
3-give 10 things about yourself
  1. minat pada ilmu..sentiasa dahagakan ilmu..dunia dan akhirat perlu seimbang..
  2. pakai spek..sama cm tuan yang bagi tag ni..huhu
  3. ada laptop sendiri maaa..hasil titik peluh sendiri tu..cewah..
  4. ada org kata saya ni suka lebihkan org lain dari diri sendiri..betul ke?
  5. sorang yang setia...heheh
  6. rajin..berfikiran panjang...
  7. sorang yang jimat...tapi bukan kedekut tau...
  8. suka berlawak dengan kawan2..(jgn lah amek hati ye just gurau2 saja)
  9. agak cepat merajuk tapi sekadar bergurau sahaja..xamik hati pun..saja je nk manja2..
  10. sorang yang amat penyayang pada insan yang dia sayang...hihihi..
ala 10 je ke?mana cukup nak perasan ni..heheh

4-Give this award to 4 bloggers lain
nk bagi kat sapa erk?
  • srikandi hamzah-hehe amek balik award ni ye...
  • ukhti ain-jika sudi nk jawab
  • umi ku cyg-ukhwah fillah..
  • al-faqir ilaih-kwn lama
itu je lah yang termampu untuk ku jawab..hehe..




~hari ni cuti...~

assalamualaikum...

seronok rasanya dapat cuti hari ni setelah letih berkerja...cewah..macam kerja berat sangat yang di lakukan tu..hehe..sebenarnya saja nak cuti hari ni sebab semalam aku xcdent..huhu...alhamdulillah xda kecederaan teruk yang berlaku..cuma motor sajalah yang mengalami patah-patah di bahagian bodynya..maaf kan aku motor kerana nyawa ku lebih penting dari engkau..aku terpaksa selamatkan diri aku dulu baru aku selamat kan kau ye..hehe..
alhamdulillah...aku redha dengan ujian yang allah beri..kifarah dosa buat ku..peringatan agar aku lebih berhati-hati..sesungguhnya allah sentiasa menguji hamba-hambanya..besar atau kecil ujian tu Dia nak melihat di mana kesabaran kita,kecekalan kita apabila menghadapi sesuatu musibah yang menimpa diri kita..alhamdulillah kerana allah masih panjangkan umur ku..
apa-apa pun lepas ni aku akan berhati-hati lagi..hehe..alamak..esok dah kerja lah...bubye...wsalam..

Sumber Pendidikan Anda - Articles: Teknik Menghafal Al-Qur'an

Sumber Pendidikan Anda - Articles: Teknik Menghafal Al-Qur'an

Posted using ShareThis

Saturday, June 6, 2009

~SUJUD~

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
mawi ft kru

Monday, June 1, 2009

::munajat ku pada MU::

bismillahhirrahmannirrahim...

ya allah..
kau ampuni dosa yang telah aku lakukan..
kau limpahkan lah kesabaran yang tiada terbatas..
kau berikanlah aku kekuatan mental..
kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan..
kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista..
kau berikanlah aku sifar kasih sesama insan..


ya allah..
sekiranya dia adalah pilihanMu di Arash..
berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
sekiranya dia adalah pemimpin yang akan membimbing tangan ku ketitian Mu..
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
sekiranya dia adalah insan yang kau pilih untuk ku di Jannah Mu..
limpahkan lah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..
sekiranya dia adalah terbaik untuk ku di dunia MU..
peliharalah tingkah laku ku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..
sekiranya dia jodoh yang di rahmati oleh MU..
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya..


tetapi ya allah..
sekiranya dia ini di takdirkan bukan untuk ku seorang..
kau tunjukkan aku jalan terbaik untuk aku harungi segala dugaan MU..
sekiranya dia tergoda dengan keindahan dunia MU..
limpahkanlah aku kesabarann untuk terus membimbingnya..
sekiranya dia tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk memperbetulkan keadaannya..
sekiranya dia menyintai kesesatan..
kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..


ya allah..
kau maha mengetahui apa yang terbaik untuk ku..
kau juga maha mmengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku..
sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai..
sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,ibu serta hamba MU..
kau hukumlah aku di dunia Mu tapi bukan di akhirat Mu..
sekiranya aku ingkar dan derhaka..
berilah aku petunjuk ke arah rahmat Mu...
ameen...