Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Sunday, September 6, 2009

Dia Pilihanku

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

" YA Allah seandainya dia diciptakan mnjdi milikku,baik utkku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dlm ikatan pernikahan..

tetapi Ya Allah....seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka pisahkan kami dn hubungkanlh kami sbg persaudaraan islam.."

Tolong Beritahu Si Dia

Tolong Beritahu Si Dia

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa…

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

Saturday, September 5, 2009

tak kan ku sia-siakan diri mu lagi...



Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:

"Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi...

Sunday, August 30, 2009

~ya ALLAH tabah kan hati ku~

hari ni hari yang bahagia bagi aku..tapi sebaliknya bertukar duka untuk ku...
kenapa hidup ini tidak selalunya indah?..tidak selalunya ceria...?aku sepi sendiri...
apa yang aku cari tak pernah ditemui...kenapa aku sering di tinggalkan sendiri?..aku perlukan teman..teman untuk teruskan dalam perjuangan ini..aku tak mampu untuk harungi sorang diri..
dimanakah teman-teman itu?aku teringat kisah semalam..kisah tentang kak zirah cerita..aku rasa cemburu sangat2 bila dia cerita...satu rumah hidup bagaikan keluarga..solat berjemaah,makan bersama,,tazkirah dan macam2 lagi..aku cemburu..aku cemburu sangat2..dah lama aku impikan untuk mcm tu..kerana aku berbeza..yang aku kenal hanya lah untuk hiburan dunia semata..untuk menyindir antara sendiri..tahu menyalahkan orang lain...salah sendiri tak pernah nak sedari..aku jemu..bosan dengan semua ini...ya allah temulah aku..kurniakan lah aku dengan teman-teman yang sefikrah dengan ku..yang sama-sama menjalinkan ukhwah hanya kerana MU..teman yang sama-sama dapat membimbing serta dapat mengingatkan aku pada MU..aku rindukan ukhwah itu ya ALLAH..:"-(

Friday, August 28, 2009

ukhwah fillah

Saturday, August 22, 2009

ramadhan bertamu lagi..


selamat berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia...

Friday, August 7, 2009

“Auzubillahi min fitnatirrijal”

ya allah..entah lah apa yang aku rasa sekarang..
hari ni terakhir aku di rumah..
esok aku nk ke PD..demi ilmu..aku tinggal kan semua..
insyaallah aku akan balik dengan kejayaan..
ya allah...
kau ampunilah diriku..segala kesalahanku..segala kekhilafan serta dosa-dosaku padaMu ya allah..
terlalu hina aku di hadapan mu..
ya allah kau jauhkan lah aku dari fitnah dunia..
jauhilah aku dengan godaan dunia yang menipu..
ya allah...“Auzubillahi min fitnatirrijal”
ini yang aku takutkan ya allah..
belum masanya untuk aku buka kan cinta ku untuk hamba Mu..
cinta ku hanya padaMu ya allah..
biarlah aku mengenal erti cinta Mu..
erti kasih sayang Mu..
tidak pernah ku damba cinta manusia untuk ku..
yang ku damba kan hanyalah cinta serta kasih sayang Mu ya allah..
ya allah..kau maha mengetahui segala isi hati ku..
kiranya tiada cinta manusia untuk ku nanti,...
cukuplah cinta Mu menjadi penyuluh buat ku..
izinkan aku menyinta Mu ya allah..

ya allah..kekalkanlah ukhwah aku dgn dia..
izinkanlah untuk aku dan dia bersama-sama gapai cita-cita dan impian kami..
redhailah kasih sayang kami..
kekalkan lah kami sampai kesyurga MU..
ampuni dosa-dosa kami..serta kekalkanlah kami dalam kasih sayang yang kau redhai..
sesungguhnya pertemuan yang kau aturkan untuk kami terlalu indah..
jangan kau pisahkan kami hanya dengan fitnah dunia..
redhailah kami ya allah..
ameen..

Saturday, August 1, 2009

HALAWATUL UKHUWAH...



"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui
RABITAH HATI.."

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...
Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA. Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat.... sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.." Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih. Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10) sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..

Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat...
.


Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan. sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman. ukhuwah dapat diselami apabila kita: "sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."

"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"

"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"

"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."

sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..



sumber:-iluvislam.com

Monday, July 27, 2009

::.Mencari Keredhaan ALLAH SWT.::




biar kepahitan itu pergi

agar kemanisan mengisi
biarkan kekecewaan berlalu
agar kegembiraan mewarnai
biarkan kegelisahan lenyap
jangan hilang semangat
biar penderitaan itu menyapa
agar kekuatan kita jana semula
biarkanlah diri ini derita
agar aku tahu kepahitan derita ini
agar aku sedar kesengsaraan ini
tak sama bahkan hanya secebis
dari penderitaan Rasulallah saw


Tuhan sesekali tidak menzalimi hambaNya

tapi manusia yang menzalimi
diri mereka sendiri
cahaya kelam pahala dosa
berupaya memilihnya
walau kadang kala tersasar lantaran
pautan nafsu
namun peluang dariNya sentiasa ada
namun kasihNya sentiasa memayungi
diturunkan addin memperhalusi akal
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
menjadi sebaik-baik umat
tunduk sebagai hamba
berjalan sebagai khalifah
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"
menyemai sepohon "taqwa"
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"
agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan"
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT"

~untuk ku dan untuk mu~

Di depan orang yang kita cinta,

Hati kita akan berdegup kencang..

Tapi di depan orang yang kita suka,

Hati kita akan gembira..


Di depan orang yang kita cinta,

Musim sentiasa berbunga-bunga..

Di depan orang yang kita suka,

Musim itu Cuma berangin sahaja..


Jikalau kita lihat di dalam mata orang kita cinta,

Kita akan kaku..

Tapi Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita suka,

Kita akan tersenyum..


Di depan orang yang kita cinta,

Lidah kelu untuk berkata-kata..

Di depan orang yang kita suka,

Lidah bebas berkata apa saja..


Di depan orang yang kita cinta,

Kita menjadi malu..

Di depan orang yang kita suka,

Kita akan tunjuk imej yang sebenar..


Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.

Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka..


Bila orang yang kita cinta menangis,

Kita akan turut menangis..

Bila orang kita suka menangis,

Kita akan turut membuat dia gembira..


Perasaan cinta bermula dari mata,

Perasaan suka bermula dari telinga..

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka..

Umpama kita membuang telinga kita

Tapi jika kita cuba menutup mata

Cinta berbuah menjadi air mata..



Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta..


Tetapi,hakikatnya..

Cinta kepada Allah swt adalah lebih hakiki dan abadi..

Tuesday, July 21, 2009

.::untuk mu..kau kawan,teman&sahabat..::.



Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia dapat hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah.


Persahabatan yang di dasari cinta kerana ALLAH adalah sangat indah.Di sulami dengan iman dan taqwa serta mempunyai misi dan visi yang serupa meneguhkan lagi tali ukhuwah yang terbina.


Mencari seorang sahabat sejati,sesejati Abu Bakar as-siddiq itu amat sukar sekali.Ibarat mencari mutiara yg tersembunyi di dalam seribu tiram di lautan dalam yang sangat luas.Seribu kawan yang hadir tidak menyamai seorang sahabat yang sejati.Semua yang berada di sekeliling dan bersama-sama di dalam jalan dakwah adalah sahabat yang sehidup semati kerana ALLAH.Tetapi,jiwa ini sering merasakan kekosongan.Kekosongan yang perlu terisi.

Alhamdulillah,ALLAH kurniakan hamba-Nya ini dengan ramai sahabat dan kawan.Sahabat di medan juang dan kawan di medan pendakwahan menyeru mereka ke jalan ALLAH.Allah jualah yang mempermudahkan urusan hamba-Nya.memudahkan bicara menyeru madhu berdasarkan panduan Hidayah ALLAH.Segala puji hanya layak untuknya Ya Rabbi.

Teman ibarat cermin.Ketika memandang cermin,apakah yang akan kelihatan?Sudah tentulah yang kelihatan di cermin itu adalah sekujur tubuh anda,pakaian yang sama,wajah yang sama,hati nurani yang sama.

Tetapi,tidak semua sahabat menepati metafora tersebut.Ada ramai yang berhajat untuk mengajak kawannya kepada kebaikan,lalu tanpa kekuatan iman..dia gagal ,malah imejnya pula mengikut perbuatan kawannya yang berdiri di hadapan cermin..Maka,itu bukanlah sahabat,tetapi kawan.

Sabda Rasulullah.s.aw:

"Sahabat yang baik adalah sahabat yang membenarkan kita apabila melakukan kebaikan dan menegur andai melakukan kemungkaran.Sahabat yang tidak baik bukan sahaja menentang perbuatan baik yang kita lakukan,malah meyokong dan menyuruh melakukan kemungkaran…"

kata-kata di atas di petik dari blog "kak ukhwah fillah..kak hazirah"..syukran kak sebb bagi kongsi..




Terima lah aku seadanya..aku insan yang lemah..aku sedar selama kita berkwan aku bukan lah seorang kawan yang baik untuk mu..tapi aku cuba untuk baiki segala kesilapan ku..kerna aku bukan lah yang sempurna..

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

maafkan aku seandainya aku sering menyakitimu..untuk mu kawan,teman maupun sahabat ku..aku mohon maaf..




aku juga tidak mahu jadi seperti ini....



ketahuilah sahabat ku..kau lah sahabat yang setia...




terima kasih sebab sudi jadi teman ku..moga kau dan aku mampu untuk mengharungi susah dan senang..dan sekali lagi aku harap kau boleh menerima aku seadanya....




salam ku hulurkan
Menghiasi pertemuan
Indah persahabatan
Moga terus berkekalan

Setulus keikhlasan ku mohon kemaafan
Keterlanjuran lalu usah lagi dikenang

Betapa ku rindukan saat persahabatan
Dan ku menghargai talian persaudaraan
Syukur atas nikmat pemberianmu tuhan

Kan ku kenang masa yang berlalu
Kan tetap bersemadi di hati
Terima kasih untuk semuanya
Tiap kesempatan yang kita lalui
Bersama.....

Kawan yang ku kasih
Teman yang ku sayangi
Bahgia kini ku rasai
Ku damba kepadanya
Ku mohon restunya
Moga ukhwah di rahmati

Dalam perjalanan meniti hidup
Adakala tersalah tersilap bahasa
Itu lumrah manusia

Aku hanya insan yang lemah
Tak mungkin telah berseri dosa
Peliharalah ikatan ini
Sebaiknya....

Agar ukhwah ini kehujungnya...

Terasa kekosonga di jiwa biarpun di anugerahkan ramai sahabat dan kawan.Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.Mencari dan terus mencari seorang sahabat sejati yang benar-benar serumpun dengan kita tidak akan menjamin kebahagian.Kerana semuanya akan mempunyai cacat celanya serta kekurangan.Belajarlah menerima kelemahan sahabat dan memaafkan kekhilafannya.Setiap sahabat yang ALLAH kurniakan mempunyai sifat-sifat unik tertentu yang menyebabkan kita sukar untuk melupakannya dari minda kita yang semakin bersarang rasa cinta Ukhuwah kerana ALLAH itu.


Jadikan persahabatan ini bukan hanya persahabatan di dunia yang fana,tetapi persahabat yang membawa ke sampai syurga yang indah.di sana tiada hasad dengki,tiada kesombongan,tiada persengketaan.Yang ada hanyalah para mukmin yang saling bersahabat kerana kasih kepada ALLAH.