Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Friday, May 8, 2009

sambungan nya...

APAKAH PERGAULAN BEBAS DAPAT MEMBENDUNG GELOJAK NAFSU SYAHWAT?
Mereka menjawab: "Boleh! Pergaulan bebas boleh mengurangkan atau memadam api nafsu yang membara, boleh mendidik untuk berlaku sopan dan berbudi pekerti "mulia" dan boleh mengurangkan gelojak dorongan nafsu.
Jawapan itu aku kembalikan kepada mereka yang telah mempraktikkannya. Kita tanyalah kepada pelajar sekolah yang bercampur dan sekolah yang berasingan di antara kedua-dua jantina ini.
Rusia, negara yang tidak mengenali agama dan tidak pernah mendengar nasihat-nasihat ulama, paderi atau pendeta kini mengubah haluan setelah melihat kesan negatif dari pergaulan bebas.
Amerika, negara yang dijadikan kiblat kemajuan, telah dipeningkan oleh ramainya siswi-siswi hamil yang jumlahnya terus meningkat. Lalu, di manakah buktinya yang nyata jika pergaulan bebas akan memberikan jawapan seperti di atas? Dan siapa yang selesa melihat kesulitan seperti di Amerika itu terjadi di negara kita?
Apa yang aku tulis ini bukanlah ditujukan kepada pemuda. Para pemuda pasti menolak dan mengambil mudah pendapatku ini. Kerana aku mengharamkan apa yang menurut mereka enak dan lazat. Aku hanya berbicara kepada engkau wahai puteri-puteriku yang suci, mulia dan terhormat. Kerana engkaulah yang bakal menerima akibat, engkau yang bakal menjadi korban kepada pengikut-pengikut iblis. Janganlah engkau mudah menerima pandangan orang-orang yang berdalih dengan "Persamaan dan Kebebasan", "Kemajuan dan Modenisasi", "Kebudayaan dan Kesenian", "Kehidupan Kampus", "Alam Pelajar dan Mahasiswa". Orang-orang seperti itu kebanyakannya tidak mempunyai isteri atau anak. Mereka hanya akan menjilat dan mengemam kelazatanmu untuk seketika, kemudian berlalu pergi meninggalkan engkau.
Aku, adalah ayah kepada beberapa orang puteri. Aku menulis pesanan ini adalah untuk membela kepentinganmu, ini bererti aku juga membela kepentingan puteriku sendiri. Aku menghendaki yang baik kepada kamu, sebagaimana aku menghendaki yang baik pula kepada anak-anakku. Mereka, para pemuda pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikitpun akan nasibmu yang hilang kehormatan dan harga diri. Mereka tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada kehinaan dan nama baikmu yang telah ternoda. Apabila itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu? Pasti tidak seorangpun akan datang membantumu. Mereka akan datang, jika engkau masih boleh dinikmati. Tapi sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar, mereka akan pergi seperti perginya kerumunan anjing yang kehabisan daging bangkai.

Wahai Puteriku,
Itulah nasihatku yang hak dan benar,
mudah-mudahan engkau mahu mendengar. Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,
yang mengajak kepada kelalaian.
Hanya di tanganmu wahai puteriku, bukan di tangan kami kaum lelaki. Hanya di tanganmu sahaja kunci pintu kebaikan. Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu, maka pasti seluruh umat akan menjadi baik.


sambung lagi...

No comments: