Friday, May 8, 2009
lagi sambungan nya...
Tulisan di bawah ini adalah jawapan kepada surat seorang pemuda bernama MA, berasal dari Ismailiyah, Mesir. Dia meminta agar aku menjawab suratnya dan menyebarkannya di media massa. Surat itu aku terima pada tahun 1955 dan pada tahun yang sama aku jawab dan aku sebarkan.
Puteraku,
Kenapa engkau menulis surat itu dengan perasaan ragu dan main-main? Apakah engkau mengira hanya engkau saja yang mempunyai perasaan seperti itu.
Puteraku, getaran dan godaan perasaan yang disebabkan oleh membaranya nafsu syahwat bukan engkau saja yang merasakannya. Perkara itu adalah penyakit umum para remaja. Tenangkan hatimu, keluhan itu bukan hanya engkau saja yang merasakannya.
Puteraku, usiamu yang baru menjangkau tujuh belas tahun, tetapi seringkali engkau tidak dapat tidur kerana godaan seksual. Sebenarnya godaan seperti itu turut dirasakan oleh orang-orang lain, muda mahupun tua.
Orang yang kurang merasakan nikmatnya tidur adalah seperti murid yang mengabaikan pelajaran, seorang yang melalaikan pekerjaan atau perniagaannya. Syair dan pantun yang ditulis oleh para sasterawan, ungkapan hati para penulis terkenal dengan pujuk rayu dan kemesraan. Semuanya adalah serupa dengan godaan nafsu seperti yang engkau alami sekarang.
Engkau ungkapkan dengan terbuka, lalu orang lain tahu dengan harapan agar mereka tidak mudah tertipu, sementara mereka menutupinya seperti bungkusan coklat yang ditutup dengan rapi dan indah. Engkau teguk air dari sumbernya terus ke mulutmu. Sedangkan yang lain minum dengan gelas terukir emas. Air di dalam gelas Abu Nawas yang pernah dimiliki oleh Kaisar Parsi, serupa dengan air dari mata air yang engkau minum.
Nafsu syahwat (seksual) yang engkau huraikan dalam suratmu itu adalah sama dengan nafsu syahwat yang dihuraikan dengan cumbuan para penyair atau gambargambar para pelukis atau suara merdu penyanyi.
Engkau sampaikan masalahmu dengan hati terbuka, sedang orang lain berusaha menyembunyikan isi hatinya. Ketahuilah puteraku, penyakit yang paling berbahaya adalah yang tersembunyi.
Gejala yang timbul terhadap seorang seusiamu iaitu: Nafsu yang mulanya tenang, timbul dan bergelora. Perasaan menjadi tegang, dunia terasa berubah, manusia kelihatan berbeza, tidak lagi kelihatan wanita dalam keadaan sebenarnya, iaitu manusia yang tercipta daripada daging dan darah, yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Baginya, wanita adalah segalanya, tumpuan harapan dan cita-citanya. Wanita dipuja-puja, dijadikan makhluk idaman, tanpa sedikitpun ada kekurangan atau kelemahan. Indah….. menarik….. menawan….. sempurna….. seperti indahnya patung buatan pengukir terkenal.
Patung bagi seorang penyembah berhala adalah Tuhan, sedangkan wanita bagi pemuda yang dalam mabuk cinta adalah berhala khayalan.
Memang, kejadian seperti itu wajar dan dapat diterima akal. Tetapi yang menjadi tidak wajar dan tidak masuk akal ialah jika seorang remaja yang berusia lima belas tahun sudah dilanda gelojak seperti itu padahal anak seusia itu masih perlu belajar dan bersekolah sehingga………ya, kira-kira dua puluh lima tahun. Lalu, apakah yang patut dilakukannya selama lebih kurang sepuluh tahun itu? Di mana pada masa-masa itu
gelojak seksual datang bertubi-tubi, membara dan membakarnya? Adakah ini satu cabaran!
Sekiranya kita kembali dan berpegang pada sunnatullah dan tabiat nafsu, ubatnya ialah…… berkahwin!!!
Peraturan dan budaya masyarakat atau bimbingan ilmu pengetahuan memberi 3 pilihan kepada kita sebagai jalan keluarnya. Ketiga-tiganya buruk, kecuali yang keempat, iaitu jalan yang diberikan Allah, iaitu…. berkahwin !!!
Ketiga-tiga alternatif tersebut adalah:
Pertama : Menuruti fitrah dan bayangan impian nafsu syahwat. Selalu mengisi fikiran dengan gambar-gambar lucah, sama ada menerusi filem, cerita kotor, gambar dan potret perempuan telanjang. Apa yang dikhayalkan, dilihat, dibaca dan didengar ialah wanita yang tidak senonoh. Kesemua itu dapat dilihat setiap waktu. Bangun tidur kelihatan di dinding kamar, membaca buku pelajaran, terpamer di meja, pendek kata disetiap kegiatan, sama ada di alam sedar ataupun mimpi.
Cara untuk melupakan dengan jalan seperti ini bukan sahaja tidak berjaya, tetapi justeru akan membayangi dan mengganggu fikiran, sehingga akan merosakkan saraf dan mengakibatkan gila atau putus asa.
Kedua : Melakukan masturbasi (istimnaa). Kebiasaan buruk ini merupakan yang paling ringan dari alternatif yang ketiga. Cara masturbasi ini apabila dilakukan berlebih-lebihan akan mengganggu keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, tubuh lemah, mudah sakit, kelihatan tua sebelum waktunya, murung, muka pucat, menyendiri,
menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat, malu bertemu orang, takut risiko hidup, menghindari setiap tanggungjawab. Sesungguhnya dia mati sebelum mati.
Ketiga : Menimba dari sumur dosa dan merasakan kelazatan dari yang haram, meniti jalan sesat, menjadi pelanggan rumah-rumah pelacuran, merosakkan kesihatan, meruntuhkan kepemudaannya dan agamanya, merobek-robek baju agamanya sekadar untuk ditukar dengan kenikmatan yang sebentar sahaja dirasakan.
Apabila anda terus hidup dalam dunia penzinaan, sehingga menyebabkan anda diberhentikan sekolah atau anda kehilangan pekerjaan dan jawatan, kehilangan ilmu pengetahuan yang anda cita-citakan, maka ini bererti anda tidak lagi mempunyai daya kemampuan, kekuatan dan kegairahan untuk bekerja secara bebas.
Puteraku, jangan engkau kira bahawa sekali berzina kemudian engkau akan berhenti, puas dan kenyang. Tidak! Sekali engkau berhubungan dengan wanita, engkau akan lebih bernafsu terhadap wanita-wanita yang lain. Sama seperti halnya meminum air masin, bertambah banyak diminum bertambah haus dirasakan. Setelah ramai pelacur yang engkau gauli, sepuluh, seratus, seribu pelacur engkau tiduri, lalu engkau menemui satu yang menolak, pasti engkau akan berusaha dengan apa-apa carapun untuk mendapatkannya.
Andaikata engkau mampu membayar harga wanita, walau berapapun harganya, kerana harta dan kekuasaanmu, apakah tubuhmu mampu melakukannya? Apakah kesihatan dan kekuatan tubuhmu yang mempunyai batasan itu akan mampu menuruti nafsu syahwat yang buas dan besar?
Kita pernah mengenali jaguh-jaguh sukan berkaliber dunia, atlit olahraga, penggusti, pemain bolasepak atau lain-lain lagi. Tetapi, oleh kerana mereka menuruti dorongan nafsu syahwat, akhirnya turunlah prestasinya.
Suatu keajaiban dan hikmah kebijaksanaan Allah ialah memberi ganjaran bagi mereka yang beramal soleh dan berakhlak mulia iaitu diberikan kesihatan dan kesegaran tubuh. Sebaliknya, Allah memberi hukuman bagi mereka yang melakukan perbuatan rendah dan kotor berupa kelemahan tubuh dan penyakit. 4
Kita dapat melihat, betapa ramai orang-orang yang usianya baru sekitar tiga puluhan, tetapi oleh kerana mereka banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang membawa kerugian pada dirinya, kelihatan fizikal dan wajahnya seolah-olah berusia enam puluh tahun.
Ada pepatah dari barat: "Barangsiapa memelihara usia mudanya, maka ia akan terpelihara pada usia tuanya"
Apabila manusia dibiarkan hidup sesuai dengan fitrahnya tanpa digoda dan dirangsang oleh filem lucah, gambar wanita telanjang dan pelacuran. Pasti nafsu syahwatnya akan dapat dibatasi, misalnya sekali dua sahaja sebulan.
Menurut penyelidikan, bahawa haiwan (sama seperti manusia) semakin tinggi tahap kemajuannya, semakin berkurang nafsu bersetubuhnya dan semakin lama pula masa kehamilannya.
Binatang seperti ayam, bersetubuh setiap hari, kerana masa bertelumya juga setiap hari. Tetapi kucing (dari jenis haiwan menyusu) bersetubuh beberapa kali saja dalam setahun, kerana bilangan kehamilannya hanya sekali atau dua kaIi dalam setahun. Biasanya, musim kucing hamil pada bulan Februari.
Manusia lebih tinggi dan maju daripada kucing, tetapi kenapa manusia bersetubuh terus menerus tanpa musim? Setahun penuh tanpa mengenal batasan waktu. Persoalannya kenapa? Sebabnya ialah manusia menghadapi godaan dan rayuan yang selalu mengganggu. Malapetaka bagi manusia ini memang sengaja dibuat oleh mereka iaitu pengikut-pengikut iblis dengan pelbagai cara. Para wanita diperhiaskan, disuruhnya untuk memakai pakaian yang terdedah dan separuh bogel. Bercampur dan bergaul bebas di atas nama kemajuan, kemodenan dan akhirnya melakukan seks bebas.
Mereka menangani dan menguruskan kaum wanita serupa seperti pedagang kambing. Kambing-kambing
dipelihara dan diberi makanan terpilih supaya gemuk, dengan tujuan disembelih.
Para penganjur pergaulan bebas menyebarkan idea-idea lucah dengan penampilan yang sama sekali tidak sopan dan biadap. Mereka berjaya memasuki sekolah dengan model berpakaian separuh telanjang iaitu ketika siswa-siswi bersukan atau bersenam. Berpakaian dengan berseluar pendek dan berbaju ketat.
Selain itu memberi contoh menerusi para pelancong yang begitu berani melepaskan pakaian di pantai-pantai.
Mereka telah berusaha sejak sekian lama, berjalan dengan perlahan, lancar, penuh kesabaran dan sistematik. Akhimya pesanan-pesanan iblis disambut dan dilaksanakan.
Liberalisasi seks menerusi video sudah sampai ke tahap mengkhuatirkan dan terlepas daripada kawalan. Justeru benar-benar merupakan ancaman serius kepada kehidupan pelajar dan remaja.
Allah S.W.T memberi pengajaran dengan mengirim peringatan-peringat an, agar kita dapat mengambil hikmahnya. Disebar-Nya penyakit berbahaya seperti yang kita lihat sekarang ini. Sehinggalah para penyelidik menjadi bingung untuk mengatasi permasalahan AIDS. Penyakit ini dihidapi oleh mereka yang terlibat dengan pelacuran atau homoseksual. Nanti, suatu ketika jika doktor sudah menemui ubat untuk
penyembuhan penyakit itu, Allah akan mengirim penyakit yang baru, peringatan demi peringatan disampaikan kepada manusia. Sehinggalah kepada bencana yang terakhir, di mana manusia tidak lagi dapat menolak dan mencegahnya, iaitu Hari Kiamat. Di mana ketika itu, api neraka menyala, membakar setiap orang kufur dan berdosa.
Resepi yang kedua ini bersifat altematif, tetapi cukup ampuh, kuat dan bermanfaat sebagai pertahanan sementara.
Manusia pasti suka dan cinta pada dirinya. Kalau dia menghadap cermin, melihat tubuhnya yang kelihatan seperti atlit, tentunya tidak mudah untuk dikorbankan hanya kerana kerlingan mata wanita.
Puteraku, sekiranya kita mendengar pandangan para perosak atau orang-orang yang lengah dan lalai, mereka mengatakan bahawa untuk memulihkan keruntuhan moral di dalam masyarakat ialah dengan membiasakan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan.
Dengan cara itu keganasan nafsu syahwat dapat dilemahkan dan dipadamkan. Pelacuran secara sembunyi dapat dihapuskan dan dibuat tempat rasmi untuk pelacur yang diawasi. Ketahuilah sesungguhnya, alasan-alasan itu adalah kebodohan yang besar.
Malah negara-negara bukan Islam yang telah mempraktikkan teori seperti itu, ternyata hasilnya ialah keruntuhan moral dan rangsangan nafsu syahwat menjadi semakin meluas.5
Apabila penempatan pelacur diwartakan secara rasmi maka akibatnya jumlah pelacur yang disediakan hendaklah sesuai dengan keperluan pemudanya, tempatnya perlu diperbesarkan agar dapat menampung pertemuan mereka.
Sebagai contoh, di kota yang berpenduduk dua setengah juta orang, di mana jumlah pemudanya mencapai dua ratus ribu, maka paling tidak diperlukan lebih dari sepuluh ribu wanita yang bersedia dilacurkan.
Untuk menjaga "keadilan", apabila lelaki dibolehkan mendatangi tempat pelacuran tanpa memerlukan perkahwinan, maka bagaimanakah nasib para puterinya?
Apakah untuk mereka juga perlu disediakan tempat-tempat mencari kepuasan seks yang penghuninya ialah lelaki?
Omongan kosong puteraku.
Demi Allah, semua itu kebohongan besar.
Mereka tidak berbicara berdasar petunjuk akal.
Mereka berbicara dengan watak dan fitrah hawa nafsu.
Mereka tidak menghendaki pemulihan akhlak, moral dan budi pekerti.
Mereka tidak menghendaki kemajuan kaum wanita.
Mereka tidak menginginkan meningkatnya jiwa kesukanan dan tersebamya olahraga.
Mereka juga tidak mengharapkan kebaikan kehidupan kampus, suasana kemahasiswaan dan pelajar.
Jika mereka itu berkata apa yang dilakukannya adalah untuk semua seperti di atas, semua itu sebenamya hanyalah slogan kosong saja.
Negara-negara Skandinauia memberi kebebasan penuh kepada rakyatnya untuk melakukan pergaulan seks secara terbuka. Mereka diberi kebebasan menghamburkan nafsu syahwat tanpa peraturan. Pertanyaannya sekarang: "Apakah dengan cara itu mereka dapat hidup bahagia?" Mereka merupakan pemecah rekod dalam kes bunuh diri, penyakit saraf, narkotik dan ubat-ubat terlarang dan apaapa sahaja yang mendorong mereka untuk lari dari tanggungjawab kehidupan. Pornografi telah melampaui batas-batas yang dapat diterima oleh masyarakat. Tindakan biadap terhadap wanita sudah mencapai puncaknya, sehingga memuakkan rakyat. Kaset-kaset video dijual seperti kacang goreng, tersebar di mana-mana. Filem lucah yang melampui batas sudah menjadi pemandangan biasa di televisyen. Masyarakat di sana sendiri sebenarnya ramai yang tidak setuju. Penonton televisyen ramai yang protes. Tetapi rupanya pemerintah belum mahu mengerti, tetap memberi ruang dan merestui.
Mereka mempunyai wawasan, setiap masa bersiap sedia dengan slogan-slogan baru untuk menjayakan programprogramnya dengan mengelabui masyarakat.
Puteraku, mereka menghendaki agar puteri-puteri dan adik-adikmu keluar rumah untuk dilihat auratnya, dinikmati oleh yang halal atau yang haram, boleh diajak keluar bersama untuk menemani ke mana saja dan apa acarapun, boleh menghiburkannya dengan menari atau di tempat tidur.
Ramai orang tua tertipu. Mereka rela menerima pengorbanan puteri-puterinya hanya sekadar untuk
mendapat gelaran moden.
Apakah yang akan berlaku jika semua itu menjadi kenyataan wahai puteraku? Na'uzu billaahi minzaalik.
Puteraku, jangan engkau ragu untuk menulis surat kepadaku apabila engkau anggap jawapan suratmu ini kurang memuaskanmu.
Engkau jangan merasa malu jika memiliki nafsu syahwat yang membara. .Itu adalah sebagai pemberian Allah kepadamu. Dan perkara itu pula sebagai petanda bahawa engkau mempunyai kekuatan tubuh dan keperkasaan sebagai pemuda.
Puteraku, kesimpulan dari nasihatku ialah engkau patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling ampuh. Apabila engkau belum mampu, engkau mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah. Engkau hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada kesenian, kesukanan, organisasi atau lain-lain lagi.
Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungi
kenikmatan.
Puteraku, membahaskan pertanyaanmu akan sangat panjang. Hanya inilah sekadar untuk memenuhi waktu, memanfaatkan kesempatan dalam memberi jawapan.
tamat...
Copy paste dari Portal I luv Islam
usrahonline_ukhwahteam
sambungan nya...
Mereka menjawab: "Boleh! Pergaulan bebas boleh mengurangkan atau memadam api nafsu yang membara, boleh mendidik untuk berlaku sopan dan berbudi pekerti "mulia" dan boleh mengurangkan gelojak dorongan nafsu.
Jawapan itu aku kembalikan kepada mereka yang telah mempraktikkannya. Kita tanyalah kepada pelajar sekolah yang bercampur dan sekolah yang berasingan di antara kedua-dua jantina ini.
Rusia, negara yang tidak mengenali agama dan tidak pernah mendengar nasihat-nasihat ulama, paderi atau pendeta kini mengubah haluan setelah melihat kesan negatif dari pergaulan bebas.
Amerika, negara yang dijadikan kiblat kemajuan, telah dipeningkan oleh ramainya siswi-siswi hamil yang jumlahnya terus meningkat. Lalu, di manakah buktinya yang nyata jika pergaulan bebas akan memberikan jawapan seperti di atas? Dan siapa yang selesa melihat kesulitan seperti di Amerika itu terjadi di negara kita?
Apa yang aku tulis ini bukanlah ditujukan kepada pemuda. Para pemuda pasti menolak dan mengambil mudah pendapatku ini. Kerana aku mengharamkan apa yang menurut mereka enak dan lazat. Aku hanya berbicara kepada engkau wahai puteri-puteriku yang suci, mulia dan terhormat. Kerana engkaulah yang bakal menerima akibat, engkau yang bakal menjadi korban kepada pengikut-pengikut iblis. Janganlah engkau mudah menerima pandangan orang-orang yang berdalih dengan "Persamaan dan Kebebasan", "Kemajuan dan Modenisasi", "Kebudayaan dan Kesenian", "Kehidupan Kampus", "Alam Pelajar dan Mahasiswa". Orang-orang seperti itu kebanyakannya tidak mempunyai isteri atau anak. Mereka hanya akan menjilat dan mengemam kelazatanmu untuk seketika, kemudian berlalu pergi meninggalkan engkau.
Aku, adalah ayah kepada beberapa orang puteri. Aku menulis pesanan ini adalah untuk membela kepentinganmu, ini bererti aku juga membela kepentingan puteriku sendiri. Aku menghendaki yang baik kepada kamu, sebagaimana aku menghendaki yang baik pula kepada anak-anakku. Mereka, para pemuda pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikitpun akan nasibmu yang hilang kehormatan dan harga diri. Mereka tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada kehinaan dan nama baikmu yang telah ternoda. Apabila itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu? Pasti tidak seorangpun akan datang membantumu. Mereka akan datang, jika engkau masih boleh dinikmati. Tapi sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar, mereka akan pergi seperti perginya kerumunan anjing yang kehabisan daging bangkai.
Wahai Puteriku,
Itulah nasihatku yang hak dan benar,
mudah-mudahan engkau mahu mendengar. Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,
yang mengajak kepada kelalaian.
Hanya di tanganmu wahai puteriku, bukan di tangan kami kaum lelaki. Hanya di tanganmu sahaja kunci pintu kebaikan. Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu, maka pasti seluruh umat akan menjadi baik.
sambung lagi...
sambungan...
Kamu semua sedikit demi sedikit memendekkan pakaian, di kaki dan di tangan. Kamu juga menipiskan kain tudung. Dan prosesnya berjalan perlahan-perlahan selama berabad-abad. Sebaliknya, kaum lelaki tidak melihat dan merasakan perubahan itu seperti apabila kita perhatikan jam dinding, kita dapat lihat jarum pendek seolah-olah tidak bergerak. Tetapi apabila anda datang setelah dua jam anda akan melihat jarum itu bergerak. Begitu juga peralihan dari masa kanak-kanak menjadi remaja dan usia muda kepada tua, seolah-olah tidak boleh diikuti dengan indera. Demikanlah juga berubahnya satu umat manusia, dari satu keadaan kepada keadaan lain yang berlaku secara berperingkat.
Majalah dan suratkhabar perosak akhlak terus beredar dan semakin meluas. Para penganjur kerosakan moral bersorak gembira kerana berjaya meraih kemenangan besar dalam pertandingan. Kini, kita telah sampai pada batas yang tidak lagi diredhai islam.
Jika anda membaca sejarah, anda tidak akan menemui keadaan seperti ini. Bahkan kaum majusi pun tidak mengenali kebebasan yang sedemikian itu. Binatang yang tidak mempunyai akal pun, tidak sehina manusia masa kini.
Dua ayam jantan akan bersabung mempertaruhkan nyawa untuk berebut ayam betina demi menjaga kehormatannya. Tetapi manusia, dengan dalih kebebasan mengorbankan harga dirinya. Dijual dengan harga yang murah tubuh dan kehormatannya.
Kita ambil contoh yang dekat saja, tak perlu melangkah jauh ke negera-negara Barat. Kita pergi ke pantai dan lihat betapa wanita-wanita muslimah mempertontonkan tubuhnya. Hampir seluruh tubuhnya diperlihatkan. Kecuali dua bahagian yang tertutup. Malah ada yang lebih berani membuka bahagian atasnya. Tontonan seperti itu ada di mana-mana. Di negara muslim atau di negara yang majoritinya muslim.
Di tempat pesta atau kelab malam di mana keluarga "moden" datang, menari berganti pasangan, saling bertukar isteri untuk bergoyangan dan berpelukan, berhimpitan dada, perut dan menggenggam tangan. Tidak ada perasaan malu dan memberi harga kepada diri mereka sendiri. Di sekolah atau universiti, terdapat juga pergaulan bebas. Para puteri membuka sebahagian aurat tanpa pencegahan ibubapanya. Contoh-contoh seperti yang aku sebutkan itu hanyalah sebahagian dari fenomena yang berlaku. Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang beraneka ragam yang pasti anda juga melihatnya. Semua itu tak mungkin diubah sekelip mata. Maka kita memerlukan cara khusus dan proses waktu untuk menghilangkannya. Jalan yang tepat yang perlu ditempuhi adalah kembali kepada hak dan kebenaran dengan melalui jalan yang boleh membawa kepada kebaikan. Jalan tersebut memang memakan masa yang lama dan lambat. Tetapi itulah satu-satunya jalan yang mesti dilalui.
Usaha awal kita ialah membanteras pergaulan bebas dan pembukaan aurat. Bagi wanita yang bergaul bebas tetapi masih memakai tudung dan menutup aurat, penggarapannya lebih mudah. Mereka yang bertudung diusahakan agar tudung dan pakaian muslimah yang dipakainya tidak diniatkan untuk meningkatkan kecantikan dan menggoda lelaki.
Perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai pergaulan bebas adalah: Seorang wanita menerima tetamu lelaki di rumahnya. Manakala ditempat umum, berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Bersama-sama pergi atau pulang dari sekolah (kuliah, berbual secara bebas, berkumpul dengan dalih belajar bersama). Semua itu tergolong dalam pergaulan bebas. Dan ini merupakan sumber malapetaka kehancuran akhlak.
Cara pergaulan seperti itu dianggapnya biasa. Dia lupa bahawa Allah menciptakannya sebagai wanita dan yang lain ialah lelaki. Masing-masing mempunyai kecenderungan dan daya tarikan. Tidak ada satu makhluk di muka bumi ini yang dapat mengubah ciptaan Allah atau membuat persamaan di antara keduanya ataupun menghilangkan kecenderungan (hasrat) dari pihak masing-masing.
Wanita-wanita menganjurkan persamaan hak dan pergaulan bebas, menuntut persamaan di atas dasar kemajuan dan tuntutan zaman adalah pembohong besar. Mereka sebenarnya hanya mencari kepuasan nafsu sahaja. Mereka beranggapan, bahawa kaum lelaki lebih mendapat kenikmatan daripada wanita. Kerana itu mereka berusaha untuk merasakan kenikmatan itu.
Mereka tidak berani untuk menyatakan secara terang-terangan. Mereka sembunyikan hasrat itu dan yang ditonjolkan ialah isu "tuntutan zaman", "seni dan budaya", "kehidupan kampus", "alam mahasiswa atau pelajar", "semangat kesukanan". Mereka gembar-gemburkan perkara ini seperti suara beduk kosong yang tidak membawa sebarang pengertian.
Hak yang mereka tuntut adalah batil. Mereka menjadikan Amerika dan Eropah sebagai kiblat dan pemimpin kemajuan. Apa-apapun yang datang dari sana maka itu adalah baik dan tepat. Eropah mengirimkan tarian, diterima! Mengirimkan model pakaian telanjang, ditiru! Percampuran bebas di kampus, mempertontonkan paha dan dada di kolam renang dan tepi pantai dipandang wajar. Sebaliknya, yang datang dari timur dipandang jelik dan batil, walaupun itu adalah pancaran dari suara masjid, bimbingan dan tuntunan agama, kehormatan dan harga diri, kebersihan dan kemuliaan jiwa, hati dan jasmani serta penutupan aurat sebagai pelindung dan harga peribadi muslimah.
Kita sebagai orang timur menerima mentah-mentah apa yang datang dari barat. Tapi sebahagian orang barat menolak "produknya" sendiri. Masyarakat Eropah dan Amerika, sebahagiannya menolak pergaulan bebas. Mereka sangat menjaga pergaulan anak-anaknya. Di Paris, kebanyakan orang tua melarang puterinya keluar bersama pemuda untuk ke pawagam misalnya. Ada juga yang muak jika menonton filem lucah. Di Amerika, ramai orang tua yang memilih sekolah khusus untuk puteri untuk anak-anak gadisnya. Mereka takut untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah yang bercampur dengan pemuda. Mereka juga mengawal jika puteri-puterinya pergi berenang.
Malam gelap gelita dan siang terang benderang. Allah tidak merubah gelap menjadi terang dalam masa yang singkat, tetapi dengan perlahan-Iahan siang masuk ke malam tanpa manusia merasakan perubahannya.
bersambung....
Nasihat dan Bimbingan Untuk Putera Puteriku
sekadar berkongsi artikel yang ana dapat..copy paste dari email yang di terima..untuk di kongsi bersama...
Nasihat dan Bimbingan Untuk Putera Puteriku
Oleh: Syeikh Ali Thantawi
KEPADA PUTERIKU
Wahai puteriku.... ....aku seorang bapa yang sedang
berjalan memasuki usia lima puluh tahun.1
Usia muda telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puterikubanyak aku menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan sehingga pena yang aku gunakan menjadi
tumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.
Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu pun negara Islam yang mampu mengelak.
Sebagai contoh Negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang Masya-Allah! !! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?
Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya.
Wahai puteriku, pintu pemulihan ada dihadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau menyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri: "Silakan masuk"...... . dan setelah engkau kecurian barulah tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak "Tolong tolong .......aku kecurian".
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu...... . iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Wahai puterikuDemi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu telanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …….. bohong ....... Bohong…… demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu wahai puteriku?
Renungkanlah!
Kamu berdua, bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. Dan engkau….akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya. Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya. Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru, engkau perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal di perutmu.
Engkau sedih dan muram.
Engkau bingung dan gelisah.
Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan….. diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan: "Dia yang dahulu sesat, tetapi sekarang sudah bertaubat".
Tapi engkau?
Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu.
Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas….. Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya Seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata-kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau tanggalkan kasut dari kakimu dan pukullah kepalanya Kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar tempat itu akan serentak menolongmu.
Sesudah itu….Dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.
Wahai puteriku .......
Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan,menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu.
Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: "Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami, menjadi isteri yang solehah, terhormat dan ibu rumahtangga yang baik".
Cita-cita seperti itu pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira sama ada dia seorang ratu, keluarga raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.
Aku mengenali dua orang sasterawati dari Mesir dan Syria. Kedua-duanya bergelar tokoh. Ilmunya dikagumi, kekayaanya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan kehormatannya. Kedua-duanya telah kehilangan suami, namun tiba-tiba hilang keseimbangan akalnya ....... dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya, pasti semua orang Mesir dan Syria sudah mengenalinya.
Perkahwinan adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota parlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.
Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau rosak akhlaknya. Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam perangkap nista, pasti dengan segera lelaki itu pergi meninggalkannya. Dia akan tegap melangkah keluar.
Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya. Seorang pemuda jalang yang rosak dan menjijikkan, apabila tidak mendapati mangsa gadis yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya di bawah tapak kakinya dan menjadi alat permainannya dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau gadis lalai yang rela dikahwini dengan agama syaitan dan iblis serta mengikut syariat binatang, pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang isteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.
Puteriku,….suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan, penyebabnya adalah kerana kesalahanmu sendiri. Jatuhnya pasaran dan nilai perkahwinan dan semakin pesat bursa pelacuran juga adalah kerana perbuatanmu!
Lantas, kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?
Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu?
Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan berkemampuan bertindak daripada kaum lelaki.
Kamu sebagai wanita terhormat, mulia, memiliki harga diri dan memegang teguh agama, pada akhirnya akan menjadi mangsa dan korbannya.
Hampir di setiap rumah di negeri Syam terdapat gadis-gadis pada usia yang layak berkahwin belum mempunyai calon dan gadis yang sudah lewat usianya belum juga bersuami.
Para pemudanya merasa puas dengan hanya berpacar-pacaran dan bergaul bebas daripada beristeri. Mungkin keadaan seperti ini juga terdapat di negara-negara Islam yang lain.
Wahai puteriku .......
Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya terdiri daripada para cendiakawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran.
Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan tidak rasa takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya.
Kalau mereka tidak juga peduli, berikan penjelasan dan contoh-contoh kenyataan yang ada, katakan kepada mereka:
"Anda remaja cantik, ramai pemuda yang tertarik dan mengharapkan anda. Kecantikan anda seperti sekarang ini apakah akan terus bertahan?
Bagaimana nasib anda nanti setelah tua? Ketika muka anda sudah kerepot dan badan membongkok? Siapakah nanti yang akan menguruskan anda? Siapakah ketika itu akan memperhatikan nasib anda? Tahukah anda, siapa yang akan menghormati dan memuliakan orang tua yang tidak berdaya lagi? Hanya anak dan cucu-cucunya! Di tengah-tengah mereka, orang tua sepertinya menjadi ratu di antara rakyat, bermahkota, duduk di singgahsana.
Bagaimana nasib anda nanti jika terus begini? Bagaimana derita anda di kemudian hari? Anda lebih
tahu dari kami. 2
Cuba anda renungkan "Apakah boleh disamakan lazatnya berhubungan yang sebentar sahaja nikmatnya itu dengan penderitaan- penderitaan anda?
Apakah patut, harga kegadisan anda dibayar begitu murah dan penderitaan anda setelah itu ditebus dengan harga sebegitu mahal?
Saya rasa, anda cukup mampu mengarahkan dan memberi petunjuk pada kawan-kawan yang tersesat dan perlu dikasihani. Saya tidak perlu berlama-lama memberi bimbingan kata kepada anda. Saya yakin anda sendiri tentu telah mempunyai banyak bahan untuk melakukan penyelamatan.
Sekiranya segala usaha penyelamatan yang dilakukan kepada mereka tidak membawa hasil. Ya cukuplah.... ... anda perlu menukar sasaran. lakukan penyelamatan kepada mereka yang belum terkena. Cegah mereka dari serangan penyakit menular itu. Pada umumnya, penyakit seperti itu mudah menyerang wanita-wanita lalai dan gadis yang menginjak dewasa. Bimbinglah mereka agar tidak tersesat jalan.
Apa yang anda lakukan adalah secara bertahap. Saya tidak mengharapkan anda mengajak para wanita Islam melakukan perubahan yang drastik, sekali nasihat terus berubah menjadi muslimah sejati. Segalanya hendaklah dengan wajar, perlahan dan mencapai sasaran.
Biasanya, adalah mustahil dengan memberi sekali kefahaman kemudian dapat mengubah haluan3. Kembalikanlah dia kepada kebaikan selangkah demi selangkah, sebagaimana dia sebelumnya sedikit demi sedikit menuju kepada kejahatan.
bersambung....
Tuesday, May 5, 2009
APA ALASAN KITA??
Mudahnya beri alasan. Senang beri dalih, kononnya kesibukan kerja merantai kita untuk melaksanakan ibadah yang wajib.
Solat lima waktu adalah salah satu rukun Islam yang wajib di patuhi setiap orang Islam. Solat juga merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Oleh itu tidak wajar kita menjadikan alasan sibuk kerja atau apa-apa saja sebagai halangan untuk mendekatkan diri dengan allah.
Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mengerjakannya bermakna dia menegakkan agamanya. Manakalah ornag yang meniggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.
Besarnnya peranan solat sehingga Allah tidak membenarkan sebarang alasan untuk kita abaikan ibadah ini. Dalam sakit, apatah lagi sihat, dalam apa jua cuaca dan tempat, solat tetap wajib ditunaikan. Hatta jika terlupa sekalipun, apabila teringat wajib kita tunaikan atau gantikannya dengan kadar segera.
Tetapi sekarang berapa ramai yang tidak menunaikan solat? Berapa ramai yang terus melupakan kewajipan wajib?
"sembahyang lah kamu sebelum kamu di sembahyang kan"
Wednesday, April 29, 2009
sekadar coretan..
Sunday, April 26, 2009
~seri Di hati~
Dedaun berguguran tandus tiada harapan
Umpama hidup kita tiada bertandang kasih dan sayang
Tertanam kebencian , kesunyian
Kasih yang sejati anugerah ilahi
Hadirnya dijiwa bukannya kerna dipaksa
Cinta yang terjalin didalam diri manusia
Kesuciannya bagai sutera putih
Tautan cinta yang bersemi di sulami kasih ilahi
Yang melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan tuhan
Temuilah seri di hati itulah cinta hakiki
Andai kau salami rahsia keimanan…
Telah bermula episod cinta yang suci
Dua insan berkasih pun berikrar janji
Dengan tersarung sebentuk cincin di jari
Kedua orang tua pun merestui
Terikat janji bakal mebina mahligai impian
Demi kesucian cinta restu yang esa
Demi cinta suci yang tiada ternoda…..
Thursday, April 23, 2009
HAKIKAT PERNIKAHAN

Tuesday, April 21, 2009
~hari temuduga~
alhamdulillah sampai di tempat tersebut pada pukul 7.30pagi..aku menyiap kan diri agar kelihatan segar,,almaklumlah ketiduran di dalam perjalanan..tentunya keletihan..lantas aku mengambil fail yang ttelah sedia dan mengatur langkah menuju ke tingkat 9&10..di bahagian tenaga kerja..masa itu perasaan dah berubah,..seakan gementar,ketakutan pun ada..tapi ku tenangkan hati dengan bacaan ayat al-quran serta selawat agar ia dapat ,meredakan gementar di hati ini..
pukul 8 pagi pendaftaran bermula..aku dapat giliran ke-6..sempat juga beramah mesra dengan calon yang lain..majoritinya sama macam aku..dari lepasan politeknik..kami bertukar info dan bertanya tentang pengalaman masing-masing..kebanyakannya semua merupakan pengalaman pertama bagi mereka..
SPA-juruteknik komputer..itulah panggilan temuduga yang aku di tawarkan..pengalamn belajar dalam bidang tu amatlah sedikit berbanding dengan subjek toeri serta amali elektrik yang aku belajar sejak di tinggkatan 4 lagi..bagi aku ianya tidak mencukupi lagi..tapi tidak mengapa aku sekadar mencuba..manalah tahu kalau-kalau ada rezeki..heheh..terima sajalah..
tepat jam 9.15 aku di panggil masuk ke bilik temuduga..dengat lafaz bismillah aku melangkah masuk dengan berbagai-bagai perasaan yang tak tahu nak ku gambarkan..ye lah aku ni dah lah pendiam orang nya..ada pula nanti dok diam masa orang tu tanya,,,tak ke masalah nanti..hhuhu..dengan penuh yakinnya aku memberi salam dan menghulurkan segala dokumen yang diminta..dan aku dipersilakan duduk..
perkenalkan diri anda...
soalan 2:
boleh berbahasa inggeris..
soalan 3:
tell me what your hobbies..(aku kata aku suka bersukan...pastu nth mcm mana mulut ni leh p ckp suka melancong pula..huhuhu)
soalan 4:
siapakah pemain badminton negara...(sebbnya aku kata hobi aku bersukan..soa dia tnya lah mcm tu..huhhuh)
soalan 5:
masa praktikel di telekom apa yang awk lakukan..sila cerita satu persatu...(mau haus aku nak cerita...)
soalan 6:
apakah operating system yang terbaru...(huhuhu apa erk?aku pun tak tahu..hentam sajalah)
soalan 7:
terangkan mcm mana nak format komputer..(masalah pc xda depan mata...aku main ikut cakap sajalah)
soalan 8:
apa itu router...
soalan 9:
apa tugas sorg juruteknik kompt..(aku jawab apa yg aku bacalah..dorg p gelak..bleh tnya mana aku tahu jawpan tu..huhuhu..apa daaa)
lebih kurang jam 9.30 aku keluar dari bilik temuduga tu..huhuhu..lega rasanya...itulah pengalaman yang x kan aku lupakan...sekiranya aku berjaya..akan aku teruskan dan sekiranya tidak..aku akan capai matlamat yang nak aku tuju selama ini...insyallah aku akan menyambung pengajian ku dalam bidang yang aku impikan...
doa dan harapan aku untuk diri sendiri..janganlah mudah menyerah sebelum berjuang dan teruskan lah berusaha sehingga berjaya...moga aku kan terus tabah serta sabar dalam mengharungi apa jua rintangan dan juga halangan yang datang di depan mata..insyaallah moga kau berjaya wahai diriku...
Monday, April 20, 2009
~wajah di hati~
Saturday, April 18, 2009
Ku Titipkan Buat Mu Sayang


~loving u very much~
Friday, April 17, 2009
doa untuk sahabat...
Wednesday, April 15, 2009
~doa ku pada Mu ya Rabb~
Wahai Tuhanku,
saya memohon pertolongan dengan Mu dan saya menyerah diri kepada Mu.
Wahai Tuhanku, mudahkanlah untukku kesukaran pekerjaanku dan
mudahkanlah untukku kesukaran perjalananku dan rezekikanlah daku
kebajikan lebih banyak dari yang saya minta dan palingkanlah daripadaku
segala kejahatan.
Tuhanku, bahwasanya saya memohon pemeliharaan Mu dan
mempertaruhkan kepada Mu diriku, agamaku, ahliku dan kerabatkerabatku
dan segala nikmat yang telah * saudari/saudara * berikan
kepadaku dan kepada mereka, baik mengenai akhirat mau pun mengenai
dunia, peliharakanlah kami semua dari segala kejahatan, wahai Tuhan yang
mulia.
Monday, April 13, 2009
tiada kata...
terasa diri ini makin hina lantaran dosa yang menggunung..
pada 9 April 2009...penantian ku telah berakhir...dikesempatan ini...aku berpeluang menemui insan yang kian lama menyepi...kian lama ku rindui...jarak antara kami yang menjadi penghalang untuk menjalinkan sebuah ukhwah yang cukup erat...alhamdulillah....hatiku berbunga riang...kerana pertemuan kali ini benar2 memberi ku semangat untuk meneruskan kehidupan..........terima kasih kerana sudi menemui diriku ini....aku amat gembira atas pertemuan kali ini....gelak tawab ersama...nangis x?...hehehe nangis ptg tadi....rindu...rasa xnak balik...
akan bersambung...
Tuesday, March 17, 2009
adab dan rahsia memotong kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit..
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Friday, February 20, 2009
muslimah Idaman saya
kini ku kembali lagi...

Wednesday, January 14, 2009
Salahkah wanita tidak tahu masak??
Benarkah kata-kata ini?
Patutkah ia dijadikan alat pengukur utama dalam mencari bakal isteri??
Maklumlah kita tahu adanya kata orang-orang tua "walau tinggi mana pangkat yang seseorang perempuan dalam masyarakat, akhirnya ke dapur jua.."
Begitulah persepsi orang dahulu...
Bila direnungkan kembali...Ada benarnya kata-kata itu..
Walaupun benar, kita hendaklah berfikir demi membina mahligai impian yg kukuh bukan terletak pada satu pihak sahaja...
Mengapa???
Kenapa??
Mari kita renungkan bersama...
Jika perempuan yang tidak pandai memasak dikutuk dan disuruh belajar..Bagaimana pula Si lelaki yang tidak yakin menjadi Imam??
Adakah mereka mendapat layanan yang sama atau sebaliknya??
Mengapakah kelemahan si wanita itu dalam memasak menjadi pertikaian??
Usah diperbesarkan perkara kecil...bukankah ia akan mengecilkan hati mereka??
"Apalah perempuan tak tahu masak??"
"Siapalah yang nak kahwin dengan dia nanti???"
Persoalan ini kerap didengar...
"Eh!Dah besar pun takut nak jadi Imam?Macam mana nak kahwin niii??"
Kerapkah kata-kata ini didengar??
Pernahkah ia dijadikan pertikaian di kalangan masyarakat??
Pernahkah kita terfikir... Jika seorang lelaki itu tak pandai menjadi imam atau belum pernah menjadi imam atau masih takut untuk menjadi imam sepatutnya malu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin??
Mengapa begitu??
Teman-teman seperjuangan,
Mari kita fikir sejenak...
Bukankah Si lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga??
Andai dia masih belum mampu untuk mengetuai Solat yang dilakukan sekurang-kurangnya 5 kali sehari, bagaimanakah dia mampu mengetuai dan memimpin keluarganya untuk seumur hidupnya??
Setuju tak??
Pada zaman yang penuh dengan kemajuan ini... Semua pun nak cepat, nak segera!!
Oleh itu, bagi si perempuan yang sedang belajar pastinya dia tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar memasak.. Tambahan pula jika dia tinggal di asrama.. Pihak asrama biasanya tidak membenarkan penghuninya memasak.. Kalau ada masa pun pada waktu cuti.
Ini bukan bermakna si dia tidak mahu memasak, bukan jua bermakna si dia malas kerana waktu yang amat terhad menyebabkan mereka tidak pantas untuk lebih cekap dalam hal masak memasak..
Mungkin si jejaka bertanya dengan penuh semangat... "kalau dah tak reti, kenapa tak belajar dari sekarang??"
Si gadis mungkin menjawab "Bukan tak mahu belajar. Sy sedang berusaha walaupun dalam bahang menuntut ilmu agama dan akademik saya tetap cuba untuk luangkan masa untuk belajar memasak."
Ketika ini, si jejaka ini menggeleng2kan kepalanya...
Beginilah anggapan sebahagian lelaki terhadap perempuan. Baginya tak sempurna kalau seseorang perempuan itu tak tahu memasak..
Mari kita berfikir bersama2,
Apa pula syarat bagi seseorang lelaki yang hendak menjadi suami??
Si jejaka hendaklah berupaya untuk menjadi imam pada isterinya dan seluruh anggota keluarganya..
Mudah tak nak jadi imam ni???
Jawapannya terletak pada si jejaka itu...
Andai dia memiliki pegangan agama yang kukuh, sudah pasti dia mampu membimbing ahlli keluarganya ke jalan yang diredhai Allah...inshaAllah..Ameennn...
Namun begitu, seandainya itu menjadi syarat utama pastinya ada yang mengatakan ramai gadis akan menjadi andartu sampai ke tua..
Oleh itu, mengapakah kebanyakan lelaki meletakkan kebolehan si perempuan dalam hal masak memasak lebih utama berbanding yang lain?? Tak kiralah isterinya berpelajaran tinggi mahupun tidak.. Maklumlah zaman sekarang, ada di kalangan isteri-isteri yang bergaji lebih tinggi dari suaminya..
Namun begitu, kemampuan lelaki sebagai ketua keluarga tidak dapat dinafikan lagi, walaupun dia tidak mengambil inisiatif untuk mempelajari cara-cara untuk menjadi Imam..
Begitu jugalah perempuan walaupun bergelar isteri tak semestinya handal memasak...hendaklah dia mempelajari sehingga handal...
Lebih baik pula andai si suami berganding bahu dengan isterinya mempelajari bersama.. Barulah hubungan keluarga nampak manis dan bahagia selalu..inshaAllah..
Ayuhlah bersama kita mengambil iktibar dari maklumat ini...Apa yang baik datangnya dari Yang Maha Esa, Allah
Ashabul Kahfi
Kisah dalam Islam
Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.
Firman Allah dalam Al-Quran:
- "(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".
- "Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".
- "Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".
- "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".
- "Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".
- "(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu?(Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
- "Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".
- "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".
- "Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".
- "Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
- "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya".
- “Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.
- “(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhaiku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.
- “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.
- “Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.
- “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun(dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.
- “Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”.
Al-Quran (Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26)
Sunday, January 11, 2009
:: Ainul_Mardhiah ::
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tsb).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah… … :
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut… . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama… .
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… tak pernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar… benar… dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga… .
persediaan alam rumahtangga
1. Perbezaan Alam Bujang dan Alam Rumahtangga
Suami isteri hendaklah mengetahui dan menyedari perbezaan berikut :
‘Alam Bujang’ bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang belum pemah melakukan akad nikah yang sah mengikut hukum syarak.
‘Alam Ruinahtangga’ bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang sudah diakadnikahkan secara sah mengikut hukum Syarak.
Tanggungjawab manusia sama ada semasa alam bujang mahupun setelah berumahtangga adalah terhadap Allah, diri sendiri, keluarga dan sekalian makhluk.
Firman Allah Ta’ala dalam surah Ali Imran ayat 112 :
- Maksudnya : “Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)”.
Keistimewaan beribadah bagi pasangan yang telah berumahtangga :
- Solat orang yang berumahtangga ganjarannya adalah 70 kali ganda daripada solat orang yang bujang.
- Amalan anak-anak yang belum baligh, ganjarannya adalah diterima oleh kedua ibubapanya.
- Kematian anak yang masih kecil akan menjamin ibubapanya masuk Syurga.
- Memberi makan anak isteri adalah sedekah.
- Bekerja mencari nafkah adalah jihad.
2. Tanggungjawab suami
- Patuh kepada perintah Allah dan Rasul. Ianya bertepatan dengan Firman Allah Ta’ala dalam surah An-Nisa’ ayat 59:
- Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pu/a kesudahannya”.
- Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pu/a kesudahannya”.
- Menjadi pemimpin (ketua keluarga) kepada anak dan isteri.
- Mengajar ilmu Fardu ‘Ain kepada anak dan isteri seperti berikut :
- Ilmu Tauhid, supaya akidah mereka berbetulan dengan akidah Ahli Sunnah WaI-Jamaah.
- Ilmu Feqah, supaya ibadahnya berbetulan dengan syariat agama.
- Ilmu akhlak, supaya terhiaslah kehidupannya dengan akhlak terpuji.
- Ilmu Tasauf, supaya ia ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dan rasa riak, ujub dan takabbur.
- Memberi nafkah zahir seperti makan, minuman, pakaian dan tempat tinggal dan wang dan punca usaha yang halal.
- Memberi nafkah batin.
- Sebagai penasihat dan pemudahcara kepada ahli keluarga.
- Bertanggungjawab memastikan jalan dan laluan hidup mengikut lunas-lunas Islam.
- Berlaku adil dan tidak menzalimi anak isteri.
- Memberi keutamaan kepada urusan kebahagiaan rumahtangga.
- Memastikan tidak berlaku sebarang kemaksiatan dalam rumahtangga.
3. Tanggungjawab isteri
- Patuh kepada hukum Allah dan Rasul.
- Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah dan senang kecuali yang bertentangan dengan hukum syarak.
- Sentiasa berhias din untuk suami sahaja.
- Sentiasa menjaga din dan rumahtangga.
- Menjadi pendorong dan penasihat dalam hal kebajikan.
- Memahami hal-hal yang digemari dan dibenci oleh suami.
- Segala tingkahlaku dan perbuatan hendaklah menyenangkan hati suami.
- Sentiasa mendoakan keselamatan atas suami dan keluarganya dalam setiap waktu terutama selepas sembahyang.
- Sentiasa menambah ilmu agama dan serta amalan-amalannya dengan gemar membaca, mendengar kaset-kaset syarahan agama, menonton dan mendengar rancangan berbentuk agama di televisyen dan radio serta mengikuti majlis-majlis ta’lim.
- Bersifat keterbukaan dan (menilai diri).
4. Ciri-ciri dan adab suami soleh dan isteri yang solehah
Ciri-Ciri Suami Yang Soleh :
- Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga.
- Tidak kedekut dan bersikap sederhana di dalam perbelanjaan keluarga.
- Kasih sayang, mesra serta mengambil berat terhadap ahli keluarga.
- Tidak terburu-buru dalam menerima aduan, khabar-khabar angin.
- Tidak berlaku curang.
- Jujur serta sentiasa menepati janji terhadap anak dan isteri.
- Sentiasa menjaga kebersihan diri zahir dan batin.
- Mencegah perkara-perkara yang mungkar di kalangan keluarga.
Ciri-Ciri Isteri Yang Solehah :
- Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami.
- Maksudnya : “Jikalau seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak kemudian suami itu bermalam dalam keadaan marah maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat sehingga waktu pagi”
- Muttafaqun A’laih
- Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum Syara’.
- Tidak bermasam muka terhadap suami.
- Sentiasa menuturkan kalimah-kalimah hasanah (yang baik-baik).
- Tidak membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuannya.
- Keluar rumah hendaklah dengan izin suami.
- Berhias hanya untuk suami.
- Menilai pengorbanan suami.
- Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suarni masuk ke dalam rumah.
- Menerima tunjuk ajar daripada suami.
- Menghormati mertuanya serta kaum keluarga suami.
- Sentiasa berada dalam keadaan bersih.
- Isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.
5. Cabaran Hidup Suami Isteri
Suami isteri hendaklah juga mengetahui dan bersedia menghadapi cabaran hidup sebagai suami isteri. Antaranya adalah seperti berikut:
Cabaran Dalaman :
- Kejahilan tentang pengurusan keluarga dan rumahtangga.
- Kekurangan persediaan untuk menjadi suami dan isteri samada dan segi umur dan kematangan.
- Tidak memahami matlamat perkahwinan yang sebenar.
- Tiada kemampuan fizikal.
- Sikap penbadi semulajadi yang negatif
Cabaran Luaran :
- Ekonomi yang tidak stabil.
- Keadaan persekitaran yang tidak menjurus kepada kebahagiaan rumahtangga.
- Perkahwinan yang tidak direstui oleh keluarga.
- Berlainan budaya dan cara hidup.
- Perkahwinan yang tidak kufu.
- Tidak boleh menyesuaikan din.
- Tiada kemahuan mengasuh, memelihara dan mendidik anak.
- Pengaruh media massa yang tidak terkawal.
6. Gangguan Orang Ketiga
Dalam mengharungi hidup berumahtangga tidak dapat dinafikan akan melibatkan pihak-pihak lain seperti mertua, ipar duai, saudara mara dan rakan-rakan serta jiran tetangga. Oleh yang demikian, suami dan isteri hendaklah menjaga batas-batas yang digariskan oleh Islam supaya tidak menjejaskan perhubungan dan keharmonian rumahtangga mereka.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 229:
- Maksudnya : “Dan barangsiapa yang melampaui batas-batas hukum Allah maka sesungguhnya ia telah menzalimi dirinya sendiri”
FirmanNya lagi:
- Maksudnya : “Wahai Nabi, serulah isteri-isteri dan anak-anak perempaunmu serta perempuan-perempuan yang beriman spaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa hendak keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk dikenal (sebagai perempuan yang balk). Maka dengan ini mereka tidak diganggu dan ingatlah Allah amat mengampun lagi amat mengasihani “.
Al-Ahzab : 59
7. Psikologi Suami Isteri
Suami isteri hendaklah saling memahami psikologi pasangan masing-masing. Dengan yang demikian dapat mengurang risiko krisis dan seterusnya dapat menerima perubahan-perubahan fzikal dan emosi yang berlaku di kalangan mereka.
8. Mengiktiraf Kelemahan Dan Kekurangan Diri
Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-masing umpamanya sikap suami yang suka buang masa, pemarah atau cepat berang. Sikap isteri pula suka berleter, terlalu cerewet, suka mengumpat dan tidak amanah di dalam menyimpan rahsia dan lain-lain sifat yang negatif. Firman Allah Taala:
- Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diolok-olokkan lebih baik daripada mereka”.
..mengapa aku bercinta..
kehidupan yang sebenar
Mengapa hati ini terpaut pada insan
yang diciptakan
sedangkan perjuangan merebut
cinta ALLAH
lebih suci dan utama terkorban
dan di abaikan..
mengapa ku bercanda dengan
badai perasaan
sehingga bercemamai
keimanan ku gadaikan
sedangkan nun di sana
perjuangan memerlukan
pengorbanan perwira&srikandi
yang setia
itulah bahana nya cinta pada dunia
memusnahkan cinta hakiki ILLAHI
memberi kekecewaan di hati sanubari
berap ramai insan memdamba pada dunia
keremajaannya dipandu angan-angan palsu
terpesona jiwanya
dan terpudarlah imannya
perjudian angkara perasaan
yang inginkan perhatian
Oh TUHANKU..
kudratkan ku ke hadratMU pengharapan
pimpinlah hambaMU ini
agar tidak terpedaya lagi...
Wednesday, January 7, 2009
Puasa pada bulan Muharram
Daripada Ibu 'Abbas .a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)
Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)
Daripada Abi Qatadah .a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)
Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)
Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan. Aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
PERINGATAN
Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
summber:www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=68&topic=40512
Tuesday, January 6, 2009
"Generasi Harapan"

Generasi Harapan
Album : Kembali..!
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com
Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi
Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang
Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mampu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana
Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman
Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkulai
Menanti bangkit kepalmu

