Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Monday, December 29, 2008

~Selamat Hari Lahir~




assalamualaikum...

selamat hari lahir untuk ku..hehe..moga panjang umur, di murahkan rezeki dan di permudahkan segalanya..semakin bertambah usiaku..ku harap kan juga agar semakin istiqamah untuk ku meningkatkan amal ibadah ku serta keimanan ku terhadap pencipta ku yang Esa...

salam maal hijrah

SUNNAH DAN BID’AH DI BULAN MUHARAM

SUNNAH DAN BID’AH DI BULAN MUHARAM

Oleh Ustaz Rasul Bin Dahri
(Dengan sedikit tambahan dari sumber
yang lain)
http://fiqh-sunnah.blogspot.com

SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI
KE-
10 DI BULAN MUHARAM)

Pada mulanya puasa Asyura adalah
termasuk puasa yang fardu, namun
setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa
Ramadan, maka puasa Asyura menjadi
sunnah, sebagaimana penjelasan dari
hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى
الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا
هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى
اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ،
قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ
بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-
sallam datang ke Madinah, maka baginda
melihat orang-orang Yahudi berpuasa di
hari Asyura, lalu baginda bertanya:
hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini
adalah hari yang baik, hari dimana
Allah menyelamatkan Bani Israil dari
musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada
hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih
berhak terhadap puasa Musa dari kamu
sekalian. Maka baginda berpuasa dan
memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat
Bukhari (2004) dan Muslim (1130))

كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى
الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ
صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ
تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ
شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah
berpuasa pada hari Asyura dan
Rasulullah juga berpuasa pada hari
Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah
baginda sampai ke Madinah, maka baginda
berpuasa pada hari tersebut dan
menyuruh orang ramai berpuasa. Maka
setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan
baginda meninggalkan puasa Asyura,
baginda bersabda: Barangsiapa yang
mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang
mahu berbuka tinggalkan puasa”.
(Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002)
Muslim (1125))

عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ
يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ
شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Hari ini adalah hari Asyura,
tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa,
tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa
yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa
dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka
ia boleh berbuka”. (Hadis
Muttafaq ‘alaihi)

اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ،
وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa
Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang
diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal
solat selepas solat fardu ialah solat
malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163).
Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906).
Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi
(2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra
(4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-
Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu
Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu
Khuzaimah (1134))

سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ
اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ
اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ
؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah
solat yang paling utama selepas solat
wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh
malam. Baginda ditanya lagi: Puasa
apakah yang lebih utama selepas puasa
Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di
bulan Allah yang kamu panggil Muharam”.
(Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu
Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ
يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya
tentang puasa Asyura, maka baginda
bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun
yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-
9 dan ke-10 dalam bulan Muharam.
Baginda bersabda:

لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ
عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ
اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ :
فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ .
قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ
رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan
menyuruh orang ramai berpuasa, maka
para sahabat bertanya: Ya Rasulullah!
Asyura adalah hari yang diagung-
agungkan oleh orang-orang Yahudi dan
Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika
datang tahun hadapan kita akan berpuasa
pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan
Muharam). (Berkata Ibn Abbas:) Maka
belum tiba tahun hadapan, Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah
wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu
Daud)

Sebagai kesimpulannya, adalah
disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan
ke-10 di bulan Muharam.

PENDAPAT IMAM SYAFIE

Sebenarnya berpuasa pada hari Asyura
tidak boleh dianggap sebagai menyerupai
Yahudi, kerana orang-orang Quraisy
telah berpuasa sejak zaman jahiliyah
sebagaimana hadis Nabi s.a.w.:

كَانَ يَوْمٌ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمَهُ قُرَيْشٌ فِى
الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَصُوْمُهُ . فَلّمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ
النَّاسَ بِصِيَامِهِ

“Orang-orang Quraisy zaman jahiliyah
berpuasa pada hari Asyura dan
Rasulullah berpuasa pada hari tersebut.
Setelah baginda mendatangi Madinah,
maka baginda berpuasa pada hari itu dan
menyuruh orang ramai berpuasa”. (Hadis
Mutaffaq ‘alaihi)

Adapun hadis di bawah ini adalah hadis
lemah:

Imam Syafie rahimahullah telah
menghukum sunnah berpuasa pada hari ke-
9, ke-10 dan ke-11 Muharam. Imam syafie
berpegang dengan hadis dari Ibnu Abbas:

صُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالْعاَشِرَ وَلاَ تُشَبِّهُوْا بَالْيَهُوْدِ

“Berpuasalah kamu pada hari kesembilan,
hari kesepuluh dan hari kesebelas (di
bulan Muharam), janganlah kamu
menyerupai Yahudi”. (Hadis Riwayat
Ahmad dan Baihaqi)

صُوْمُوْا يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَخَالِفُوْا الْيَهُوْدَ وَصُوْمُوْا
قَبْلَهُ يَوْمًا اَوْبَعْدَهُ يَوْمًا

“Berpuasalah pada hari Asyura dan
janganlah kamu menyerupai Yahudi,
berpuasalah pada hari sebelumnya atau
sehari sesudahnya”. (Hadis Riwayat
Ahmad (1/241)). Dua hadis ini terdapat
dalam kitab Al-Umm dan juga dalam kitab
Al-Jami’us as-Saghir oleh Imam as-
Suyuti. Namun, Sheikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani rahimahullah
telah melemahkan (mendhaifkan)
kedudukan hadis ini. Oleh yang demikian
maka tidak wajarlah beramal dengan dua
hadis ini.

Maka, yang sunnahnya adalah berpuasa
pada hari ke-9 dan 10 Muharam atau 9
muharam, atau 10 Muharam sahaja.
Wallahu a’lam.

AMALAN-AMALAN BID’AH (YANG DIREKA
CIPTA) SEMPENA BULAN MUHARAM

Menghidupkan penutup tahun Hijrah
(bulan al-Qamariyah), iaitu penghujung
(hari akhir) bulan Zulhijjah dengan
berpuasa pada siang harinya, bersolat
khusus, membaca surah Yasin beramai-
ramai (kebiasaannya khatam dua kali),
berzikir serta membaca doa-doa khusus
beramai-ramai pada sebelah petang atau
malamnya, ini semua adalah perbuatan
bid’ah (amalan berbentuk agama yang
direka cipta) yang sama sekali tidak
pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak
pernah ada perintah dari baginda malah
tidak ada asal usulnya dari syara’.

Begitu juga mengerjakan puasa khusus,
mandi yang menyerupai mandi hadas,
bersuci, bersolat khusus, mengadakan
majlis membaca surah Yasin, berzikir
beramai-ramai, berdoa dengan doa-doa
khusus dan memberi kelepasan (seperti
berhari raya) untuk keluarga pada siang
atau malamnya, yang mana ini semua
dilakukan semata-mata menyambut sempena
pangkal tahun (awal tahun) Hijrah (1hb.
Muharam). Maka semuanya itu adalah
perbuatan yang menyalahi sunnah
(bid’ah) kerana tidak pernah
dicontohkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak
pernah dilakukan oleh para sahabat,
para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in
serta para Salaf as-Soleh (generasi
awal Islam).

Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh
pembuat bid’ah dan ditambah
pengertiannya mengikut hawa nafsu
mereka, maka semua hadis-hadis tersebut
merupakan hadis-hadis lemah, palsu atau
hadis-hadis mungkar belaka. Antara
hadis-hadis tersebut:

عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ صَامَ اَخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِى الْحِجَّةِ
وَاَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَمَ السَّنَةَ
الْمَاضِيَّةَ وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبِلَةَ بِصَوْمٍ
جَعَلَهُ اللهُ كَفَّارَةَ خَمْسِيْنَ سَنَةً

“Dari Ibn Abbas berkata: Telah bersabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam: Barangsiapa berpuasa pada hari
akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama
di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia
telah menghabiskan tahun yang lalu dan
memulakan tahun baru dengan puasa yang
Allah jadikannya sebagai penghapus
dosanya lima puluh tahun”. (Hadis
palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. Oleh
Ibnul Jauzi. Berkata Ibnul Jauzi bahawa
hadis ini palsu (maudhu’))

AMALAN-AMALAN BID’AH DI HARI ASYURA
(Hari Ke-10 Bulan Muharam)

Terdapat juga umat Islam yang
menghidupkan malam Asyura dengan
bersolat, berzikir dan doa-doa yang
khusus. Perbuatan ini adalah
berpandukan hadis palsu sebagimana
hadis di bawah ini:

مَنْ اَحْيَى لَيْلَةَ عَاشُوْرَاءَ ، فَكَاَنَّمَا عَبَدَ اللهَ
تَعَالَى بِمِثْلِ عِبَادَةِ اَهْلِ السَّمَوَاتِ. وَمَنْ صَلَّى
اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَاُ فِى كَلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُ للهِ مَرَّةً
، وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ ، غَفَرَ اللهُ لَهُ
ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا مَاضٍ وَخَمْسِيْنَ عَامًا مُسْتَقْبِلٍ
، وَبُنِيَ لَهُ فِى الْمَثَلِ اْلاَعْلَى اَلْفُ اَلْفِ مِنْبَرٍ
مِنْ نُوْرٍ

“Barangsiapa menghidupkan malam Asyura,
maka seakan-akan ia beribadah kepada
Allah seperti ibadahnya para penghuni
segala langit. Dan barangsiapa bersolat
empat rakaat, pada setiap rakaat ia
membaca Fatihah sekali, surah al-Ikhlas
lima puluh kali, maka Allah mengampuni
dosa-dosanya lima puluh tahun yang
telah lalu dan lima puluh tahun yang
akan datang, dan dibina untuknya di Al-
Mathalul-A’la (syurga) sebanyak lima
juta mimbar dari cahaya”. (Hadis
palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. 11/122)

Adalah suatu amalan bid’ah bagi sesiapa
yang berpuasa sejak awal Muharam
sehingga kesembilan hari bulan Muharam.
Mereka yang mengamalkan puasa ini
adalah berpegang dengan hadis palsu:

مَنْ صَامَ تِسْعَةَ اَيَّامٍ مِنْ اَوَّلِ الْمُحَرَّمِ ، بَنَى اللهُ
لَهُ قُبَّةً فِى الْهَوَاءِ مِيْلاً فِى مِيْلٍ لَهَا اَرْبَعَةُ
اَبْوَابٍ

“Barangsiapa berpuasa sembilan hari
sejak awal Muharam, maka Allah akan
membina untuknya sebuah kubah di udara,
luasnya satu batu persegi dan mempunyai
empat buah pintu”. (Hadis palsu).
(Hadis Palsu. Lihat: Al-Fawaid. Hlm.
96)

Umat Islam yang merayakan hari Asyura,
mendahulukan hari tersebut dengan
bersuci, mandi dan bercelak. Hakikatnya
mereka tidak menyedari bahawa hadis
yang mereka gunakan adalah hadis palsu:

مَنِ اغْتَسَلَ وَتَطَهَّرَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَمْرَضْ فِى
سَنَتِهِ اِلاَّمَرَضَ الْمَوْتِ

“Barangsiapa mandi dan bersuci pada
hari Asyura, maka dia tidak akan sakit
pada sepanjang tahun itu, kecuali sakit
mati”. (Hadis palsu). (Lihat: Majmu’
Fatawa. 11/248. Ibn Taimiyah. Lihat:
Tamamul Minnah. Hlm. 410-412. Sheikh
Muhammad Nashiruddin al-Albani. Al-
Ibda’. Hlm. 269. Ali Mahfuz)

مَنِ اكْتَحَلَ بِاْلاُثْمُدِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَرْمِدْ
اَبَدًا

“Barangsiapa bercelak mata dengan arang
celak dihari Asyura, maka ia tidak akan
sakit mata buat selama-lamanya”. (Hadis
palsu). (Dinyatakan palsu oleh Ibnul-
Jauzi dalam Al-Maudhu’at 11/203. Lihat:
Majmu’ Fatawa 11/248. Ibn Taimiyah)

Selepas mandi dan bersuci dipagi
Asyura, terdapat juga umat Islam yang
menjadikan hari Asyura sebagai hari
raya kaum Muslimin dengan menjadikannya
hari kelepasan dan menyediakan makanan
tertentu, (antaranya menyediakan bubur
Asyura. (Menasabkan bubur Asyura kepada
perbuatan Nabi Nuh ‘alaihi salam adalah
suatu pembohongan yang keterlaluan.
Setelah selamat dari taufan dan banjir
besar, Nabi Nuh tidak pernah menyuruh
pengikutnya memakai celak dan
menyediakan makanan berupa bubur Asyura
yang dikutip dari sisa-sisa bijirin)
Pent). Ini merupakan talbis (perangkap)
syaitan kepada orang-orang awam
sedangkan perbuatan tersebut menyerupai
perbuatan orang-orang Yahudi di
Khaibar. (Lihat: Al-Ibda’. Hlm. 269.
Ali Mahfuz) Perkara ini telah
diterangkan dalam hadis Muslim:

كَانَ اَهْلُ خَيْبَرَ يَصُوْمُوْنَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ،
وَيَتَّخِذُوْنَهُ عِيْدًا وَيُلْبِسُوْنَ نِسَاءَ هُمْ فِيْهِ حُلِيَّهُمْ
وَشَارَتُهُمْ

“Adalah penduduk Khaibar (Kaum Yahudi)
berpuasa pada hari Asyura, mereka
menjadikannya sebagai Hari Raya dan
mereka memakaikan wanita-wanita mereka
dengan perhiasan dan pakaian mereka
yang cantik-cantik”. (Hadis Riwayat
Muslim)

Berpuasa dihari Asyura adalah amalan
sunnah, tetapi menambahnya dengan
menjadikannya sebagai Hari Raya adalah
perbuatan bid’ah kerana menyerupai
amalan Yahudi sebagaimana dijelaskan
oleh hadis sahih di atas.

Terdapat juga umat Islam yang
mengerjakan solat tertentu disiang hari
Asyura atau dimalam harinya. Mereka
melakukan perkara bid’ah ini lantaran
berpandukan kepada hadis palsu
sebagaimana di bawah ini:

مَنْ صَلَّى فِيْهِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، يَقْرَاُ فِى كُلِّ رَكْعَةٍ
اَلْحَمْدُللهِ مَرَّةً ، وَقُلْ هَوَ اللهُ اَحَدٌ اِحْدَى وَخَمْسِيْنَ
مَرَّةً غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا

“Barangsiapa bersolat padanya empat
rakaat, membaca al-Fatiha sekali pada
tiap-tiap rakaat, surah al-Ikhlas lima
puluh kali, maka Allah akan
mengampunkan dosanya lima puluh tahun”.
(Hadis palsu. Lihat: Al-Ibda’ fi
Madaril Ibtida’. Asy-Syeikh Ali Mahfuz)

فِى يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ تَابَ اللهُ عَلَى آدَمَ ، وَعَلَى
اَهْلِ مَدِيْنَةِ يُوْنُسَ ، وَفِيْهِ وُلِدَ اِبْرَاهِيْمُ ،
وَفِيْهِ وُلِدَ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ ، وَفِيْهِ فُرَّقَ الْبَحْرُ
لِمُوْسَى وَبَنِيْ اِسْرَائِيْلَ وَجَرَتْ السَّفِيْنَةُ وَآخِرُ
ذَلِكَ يَوْمُ الْعَاشُوْرِ لِعَشْرِ مَضَيْنِ مِنَ الْمُحَرَّمِ
وَسْتَوَتْ عَلَى الْجُوْدِيِّ فَصَامَ نُوْحٌ وَاَصْحَابُهُ
وَالْوَحْشُ مَعَهُ شُكْرًا للهِ عِزَّ وَجَلَّ

“Pada hari Asyura Allah menerima Taubat
Adam dan taubat penduduk kota Nabi
Yunus. Pada hari Asyura dilahirkan
Ibrahim dan padanya pula dilahirkan Isa
bin Maryam. Pada hari Asyura Lautan
Merah dibelah untuk Nabi Musa dan Bani
Israil dan kapal Nabi Nuh belayar dan
berakhir pada sepuluh Muharam. Dan dia
berlabuh di atas bukit Judi. Nabi Nuh
dan para sahabatnya dan binatang-
binatang liar lalu berpuasa kerana
bersyukur kepada Allah Azza wa-Jalla.
Demikian juga binatang-binatang yang
ada bersama-sama di atas bahtera itu
turut sama berpuasa”. (Hadis palsu).
(Lihat: Tanzihus as-Syariah. 11/150)

Berkata Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah
lagi:

“Tidak terdapat sebarang hadis sahih
dari Nabi s.a.w. atau sahabat-sahabat.
Tiada Imam mazhab tau Tabi'en yang
mensunnahkan perkara-perkara ini; sama
ada ia diriwayatkan oleh hadis dhaif
(lemah), atau riwayat yg sahih, Al-
Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadis yang
masyhur diketahui mengenainya pada abad
yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini
ada hadis yang meriwayatkan seperti :
{barangsiapa yang memakai celak pada
matanya pada hari Asyura tidak akan
mendapat penyakit mata pada tahun itu,
dan barangsiapa yang mandi pada hari
Asyura tidak akan dapat penyakit pada
tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga
riwayat yang menunjukkan bersolat pada
hari Asyura, dan ada riwayat lain yang
menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi
Adam bertaubat, Bahtera Nuh mendarat di
Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada
Nabi Yaakub, Ibrahim diselamatkan dari
api, kibas di ganti sebagai binatang
sembelihan menggantikan Nabi Ismail,
dan sebagainya. Mereka juga
meriwayatkan sebuah hadis palsu yang
mendustakan Rasulullah s.a.w. berkata:
{barangsiapa yang bermurah hati kepada
keluarganya pada hari Assyuura, Allah
akan bermurah hati kepadanya sepanjang
tahun}".

Bagi perkara lain, seperti memasak
makanan khas dengan atau tanpa bijirin,
atau memakai baju baru, membelanjakan
wang untuk keluarga, atau membeli
bekalan tahunan untuk hari tersebut,
melakukan solat-solat tertentu atau
amalan-amalan tertentu, menyembelih
binatang pada hari itu, menyimpan
daging yang akan dimasak bersama
bijirin, atau memakai celak atau henna,
mandi, berjabat tangan diantara satu
sama lain, menziarahi seseorang,
menziarahi masjid dan kubur-kubur
(mashhad) dan sebagainya..... kesemua
ini adalah bid’ah dan salah. Tiada
diantaranya yang ada kena mengena
dengan sunnah Rasulullah s.a.w. atau
Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak
diluluskan oleh mana-mana imam, tidak
malik, tidak at-Tsauri, tidak al-Layth
ibn Sa’d, tidak Abu Hanifah, tidak al-
Auzaa’i, tidak asy-Syafie, tidak Ahmad
ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Rahawayh,
dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan
ulama' Islam......” (Ringkasan dari
Fatawa Al-Kubra oleh Sheikh al-Islam
Ibnu Taimiyyah Jil. 5)

PERSOALAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL
TAHUN

Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir
tahun dan awal tahun, di sana tidak
terdapat sebarang hadis yang
tsabit/sahih/diterima yang menyebut
tentang amalan membaca doa akhir tahun
dan doa awal tahun dengan jaminan
penghapusan dosa setahun yang lepas,
sebagaimana yang diamalkan oleh
sebahagian kelompok daripada umat
Islam.

Demikian juga tidak ada hadis-hadis
sahih yang menyebut doa tersebut secara
khusus.

As-Sheikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya
al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut
bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang
berkaitan dengan amalan pada bulan
Muharam khususnya pada hari Asyura
telah dicipta oleh golongan pembunuh
Husain (kaum Syi’ah).

Beliau juga memetik kata-kata al-
Allamah Ibn al-'Izz al-
Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih
daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan
pun pada hari Asyura selain puasa
Baginda.

Ada pun golongan Rafidhah melakukan
bid’ah dengan mengadakan upacara
berkabung demi melahirkan kesedihan di
atas pembunuhan Husain pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli
Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka
dengan membuat makanan daripada biji-
bijian/bijirin (bubur) dan memakai
celak, dan mereka meriwayatkan hadis-
hadis maudhu' tentang bercelak mata dan
melapangkan pemberian makanan dan
pakaian kepada ahli keluarga.''

(Sheikh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar
al-Ibtida' ( Beirut : Dar Kutub al-
Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Sebagai kesimpulan, tiada doa-doa yang
khusus yang dicontohkan melalui hadis
yang sahih bahawa Nabi s.a.w.
mengajarkannya kepada kita bagi tanggal
awal tahun dan akhir tahun sempena
menjelangnya Muharam.

Kepada pihak tertentu yang tetap
mempertahankan kebatilan, jika benar
ada doa-doa khusus di waktu awal/akhir
tahun, silakan mengutarakan dalilnya,
sumbernya, takhrij & sanad hadisnya,
siapa yang meriwayatkannya, dan siapa
ulama hadis yang mensahihkannya.
Wallahu a’lam...

AMALAN/BENTUK IDABAH YANG TIADA
HUJJAH/DALIL ADALAH BID’AH

Ingatlah! Tidak pernah ditemui hadis-
hadis sahih yang membolehkan mengadakan
apapun upacara majlis sempena menyambut
awal tahun. Begitu juga tidak pernah
diperintahkan supaya mengadakan majlis
zikir atau majlis-majlis tertentu
kerana mengucapkan selamat tinggal
kepada tahun-tahun yang telah berlalu.
Sesiapa yang melakukannya termasuk
dalam golongan yang ditergur oleh Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
dalam sabdanya:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa mengamalkan/melakukan satu
amal yang bukan perintah kami, maka
amal itu tertolak (bid’ah)”. (Hadis
Riwayat Muslim)

مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَى غَيْرِ اَمْرِنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa yang mencipta sesuatu
perkara yang bukan dari perintah kami,
maka ia tertolak”. (Hadis Riwayat Ibnu
Majah)

مَنْ اَحْدَثَ فِى اَمْرِنَا هَذَا مَالَيْسَ مِنْهُ فَهُوْ رَدٌّ

“Barangsiapa yang menambah/mengadakan
yang baru dalam urusan kami ini, maka
tambahan yang bukan dari kami itu
tertolak”. (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim dan Abu Daud)

Tertolak kerana setiap tambahan itu
adalah bid’ah sebagaimana sabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam:

اِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ،
وكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ ،
وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ

“Aku peringatkan kamu sekalian tentang
perkara-perkara yang baru/yang diada-
adakan, kerana setiap yang diada-adakan
itu bid’ah, setiap yang bid’ah itu
sesat, dan setiap yang sesat itu di
neraka”. (Hadis Riwayat Muslim, An-
Nasai’i dan Ahmad)


http://fiqh-
sunnah.blogspot.com/2008/01/072-sunnah-
dan-bidah-di-bulan-muharam.htm