Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday, April 21, 2009

~hari temuduga~

assalamualaikumwbt...alhamdulillah..syukur sangat kepadaNya kerana telah memberi peluang kepada ku untuk merasai pengalaman yang amat berharga bagi ku..pagi tadi aku telah menjalani sesi temuduga yang ku rasa ianya begitu penting bagi setiap calon yang ingin kan pekerjaan..bagi aku ianya satu peluang yang cukup bermakna untuk aku jadikan pengalaman di masa hadapan..

aku bertolak dari rumah pada pukul 4pagi dan singgah solat subuh di kota tinggi..masa tu hati ini tak rasa apa-apa lagi...berdebar atau sebaliknya...seusai menunaikan solat serta bermunajat kepada yg Esa agar di permudahkan, aku meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang di tetap kan di Menara Ansar di Johor Bahru..

alhamdulillah sampai di tempat tersebut pada pukul 7.30pagi..aku menyiap kan diri agar kelihatan segar,,almaklumlah ketiduran di dalam perjalanan..tentunya keletihan..lantas aku mengambil fail yang ttelah sedia dan mengatur langkah menuju ke tingkat 9&10..di bahagian tenaga kerja..masa itu perasaan dah berubah,..seakan gementar,ketakutan pun ada..tapi ku tenangkan hati dengan bacaan ayat al-quran serta selawat agar ia dapat ,meredakan gementar di hati ini..

pukul 8 pagi pendaftaran bermula..aku dapat giliran ke-6..sempat juga beramah mesra dengan calon yang lain..majoritinya sama macam aku..dari lepasan politeknik..kami bertukar info dan bertanya tentang pengalaman masing-masing..kebanyakannya semua merupakan pengalaman pertama bagi mereka..

SPA-juruteknik komputer..itulah panggilan temuduga yang aku di tawarkan..pengalamn belajar dalam bidang tu amatlah sedikit berbanding dengan subjek toeri serta amali elektrik yang aku belajar sejak di tinggkatan 4 lagi..bagi aku ianya tidak mencukupi lagi..tapi tidak mengapa aku sekadar mencuba..manalah tahu kalau-kalau ada rezeki..heheh..terima sajalah..

tepat jam 9.15 aku di panggil masuk ke bilik temuduga..dengat lafaz bismillah aku melangkah masuk dengan berbagai-bagai perasaan yang tak tahu nak ku gambarkan..ye lah aku ni dah lah pendiam orang nya..ada pula nanti dok diam masa orang tu tanya,,,tak ke masalah nanti..hhuhu..dengan penuh yakinnya aku memberi salam dan menghulurkan segala dokumen yang diminta..dan aku dipersilakan duduk..

soalan 1:
perkenalkan diri anda...

soalan 2:
boleh berbahasa inggeris..

soalan 3:
tell me what your hobbies..(aku kata aku suka bersukan...pastu nth mcm mana mulut ni leh p ckp suka melancong pula..huhuhu)

soalan 4:
siapakah pemain badminton negara...(sebbnya aku kata hobi aku bersukan..soa dia tnya lah mcm tu..huhhuh)

soalan 5:
masa praktikel di telekom apa yang awk lakukan..sila cerita satu persatu...(mau haus aku nak cerita...)

soalan 6:
apakah operating system yang terbaru...(huhuhu apa erk?aku pun tak tahu..hentam sajalah)

soalan 7:
terangkan mcm mana nak format komputer..(masalah pc xda depan mata...aku main ikut cakap sajalah)

soalan 8:
apa itu router...

soalan 9:
apa tugas sorg juruteknik kompt..(aku jawab apa yg aku bacalah..dorg p gelak..bleh tnya mana aku tahu jawpan tu..huhuhu..apa daaa)

lagi aku dah x ingtlah sebbnya dia dok gelak je kat aku..aku pun gelak jugalah..huhu..ntah apa yang di gelakkan pun aku x tahu..

lebih kurang jam 9.30 aku keluar dari bilik temuduga tu..huhuhu..lega rasanya...itulah pengalaman yang x kan aku lupakan...sekiranya aku berjaya..akan aku teruskan dan sekiranya tidak..aku akan capai matlamat yang nak aku tuju selama ini...insyallah aku akan menyambung pengajian ku dalam bidang yang aku impikan...

doa dan harapan aku untuk diri sendiri..janganlah mudah menyerah sebelum berjuang dan teruskan lah berusaha sehingga berjaya...moga aku kan terus tabah serta sabar dalam mengharungi apa jua rintangan dan juga halangan yang datang di depan mata..insyaallah moga kau berjaya wahai diriku...