Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday, May 25, 2010

bila hati disakiti..


Dalam hidup ini pernahkah kita disakiti oleh orang lain?baik dalam hubungan persahabatan, hubungan pekerjaan,hubungan kerjasama, dan sebagainya. apa yang kita rasakan saat itu?,sakit yang mendalam?,tidak terima perlakuan teman kita?,emosi yang tak stabil?sedih? atau berbagai perasaan yang kita rasa. Kemudian Bagaimana sikap kita terhadapnya? ,membenci? ,ingin balas dendam sebab tidak terima telah disakiti?atau diam beribu bahasa tanpa ada penyelesaian dan kebaikan yang kita perolehi ?

Padahal kita boleh mengubah hal-hal yang sangat menyakitkan ini menjadi kebaikan untuk kita ,menjadi ladang pahala untuk kita juga menambah kekayaan iktibar atas segala apa yang telah terjadi.

Jika kita disakiti,ada dua sikap yang harus kita lakukan :
1) sikap terhadap mereka yang menyakiti
2) sikap terhadap diri kita sendiri.

SIKAP TERHADAP MEREKA YANG MENYAKITI

1) Menahan Amarah(kazmul ghaizh)

Jika amarah yang diperturutkan maka kitalah yang akan mendapt dua kerugian.yang pertama kita telah disakiti yang kedua kita telah menyakiti diri kita sendiri.kerana sikap amarah akan merosak diri kita sendiri baik secara mental ataupun fizikal.


Sikap amarah yang diperturutkan akan membawa perasaan dan hati kita menjadi sempit dan terbeban.Bahkan boleh membuat hati tidak menjadi tenang.

”dan orang-orang yang menahan amarahnya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain,Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”(QS:3:143)

2) Memaafkan ( al afwu)

Sikap ini menjadikan hati kita kuat,jernih dan bersih terhadap orang yang telah menyakiti kita,juga menandakan bahawa kita adalah orang yang mencintai kebaikan dan memberikan manfaat kepada orang yang telah menyakiti kita.cuba kita fikirkan lagi.dendam atau memberi maaf?mana yang membawa kebaikan untuk kita dan orang yang telah menyakiti kita?,tanyakan pada hati nurani kita.


3) Berbuat baiklah kepadanya (Al ihsan)

“Barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik (tidak menuntut balas kepada orang yang menzaliminya) maka pahalanya dijamin oleh Allah (QS.42:40)

Cukuplah Rasulullah saw sebagai qudwah dalam hal ini.Rasulullah disakiti,di zalimi oleh orang kafir saat itu,tapi siapa yang pertama kali menjenguk orang yang telah menzaliminya? tiada lain dan bukan dialah Rasulullah yang penuh dengan teladan. lihatlah apa yang terjadi setelah itu,orang yang biasa menyakiti Rasulullah akhirnya ia masuk Islam,Subhanallah…

4) Menyedari bahawa seseorang tidak akan menyakiti anda ,kecuali atas qada' dan qadar Allah.sedangkan seorang hamba hanyalah perantara terjadinya sesuatu,sementara yang menentukan dan menetapkan hanyalah Allah.

5) memahami bahawa perlakuan orang lain yang menyakitkan kita adalah sebagi penebus dosa kita,penghapus atas segala kesalahan,kekhilafan,dan sebagai menaikkan darjat kita.

”Maka orang-orang yang berhijrah,yang diusir dari kampung halamannya,yang disakiti pada jalan-Ku,yang berperang dan yang dibunuh,pastilah akan ku hapus kesalahan-kesalahan mereka (QS:3:195)


SIKAP TERHADAP DIRI KITA SENDIRI

1) Sedarilah bahawa hal-hal yang menyakitkan kita,boleh jadi akibat dosa yang telah kita lakukan,
”Musibah apa saja yang menimpa diri kalian adalah akibat dari perbuatan kalian sendiri”(QS.42: 30)
Untuk hal ini,perbanyakalah bermuhasabah ..,Review apa yang sebenarnya apa yang telah terjadi.


2) Bersyukurlah kepada Allah,kerana kita telah dijadikan-Nya sebagai pihak yang teraniaya,bukan yang menganiaya.Jika kita terus bersabar hal ini dapat menjadi ladang amal untuk kita.kebikan- kebaikan akan terus menghiasi hidup kita.

3) bersikap kasih sayanglah kepada orang yang telah menyakiti kita,kerana dia adalah orang yang paling berhak mendapatkan kasih sayang kita.Seorang yang menyakiti kita sangat memerlukan kelembutan.bukan untuk disakiti kembali atau bukan untuk di benci.


Memang sebuah amal tidak semudah dengan kata-kata,tapi ingatlah tiada yang sulit dalam hidup ini kecuali kita terus berlatih.kita boleh kerana terbiasa.cubalah melatih dengan sikap seperti ini.

Insan yang lemah ini pun merasa begitu sakit jika kita harus disakiti,tapi akan jauh lebih sakit jika kita membalas dengan menyakiti.balaslah keburukan dengan kebaikan,maafkan orang-orang yang telah menyakiti.., ini akan membuat hidup jauh lebih indah.jauh lebih tenang,dan akan terus dekat kepada-Nya

Ya Allah bimbinglah kami untuk senantiasa mengambil hikmah dari setiap kejadian, jadikanlah kami menjadi hamba yang dapat menahan amarah yang terus diperturutkan, lapangkan hati ini untuk senantiasa memaafkan segala kesalahan,berikan kepada kami untuk membalas segala keburukan dengan kebaikan.

Ya Allah..,sedarkan kami bahwa segala sesuatu yang akan dan telah terjadi adalah atas kehendak-Mu, atas taqdir-Mu,jadikan setiap taqdir yang engkau berikan kepada kami sentiasa membawa kami dekat kepada-Mu.

Ya Allah ampuni segala dosa kami dan dosa orang-orang yang telah menyakiti kami..,Satukan hati kami dengan cahaya dan makrifah-Mu..
Perkenankanlah doa kami… Amin

pada aku..setiap manusia telah allah ciptakan dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing.kadang-kadang memang kita akan terasa dengan sikap sahabat kita.tapi untuk apa aku simpan perasaan marah itu dan sakit hati itu lama-lama..sebab aku juga punya kelemahan.aku belaja redha dengan semua orang dan setiap apa yang berlaku..

Lagipun, siapa lah aku nak pertikaikan kelemahan orang sedangkan aku sendiri ada kelemahan yang mengundang marah orang dan murka ALLAH swt.

Sahabat, kalau kita pasang niat awal memang bersahabat kerana ALLAH swt..InsyaALLAH pasti kita redha dengan setiap perlakuan sahabat-sahabat kita. Yang baik kita pasti jadikan contoh dan ikutan, yang lemah kita cuba bantu untuk nasihat dan lengkapkan dengan diri kt sendiri..

Niat bersahabat kerana Allah... niat menegur kerana Allah...
niat menyembunyikan (demi kebaikan) kerana Allah...
niat berkongsi kerana Allah...
niat melakukan sesuatu kerana Allah...

p/s: egokah aku mlm tu??melangkah pergi dengan penuh persoalan didada..tanpa menoleh padanya lagi..pergiku takkan kembali..apakah maksud tersirat akk tu..nasiblah aku yang x bawa motor tu,,..terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada..:-)

Wednesday, May 19, 2010

MENJADI DIRIKU

MENJADI DIRIKU
Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Kerana diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......
Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

kepada mereka..terima lah aku seadanya..kerana itulah aku...tiada hipokrit dalam diri...

Saturday, May 8, 2010

~selamat hari ibu~

assalamualaikum....

hari ini ingin ku ucap kan SELAMAT HARI IBU kepada semua indan yang bergelar ibu di muka bumi ini...dan di sini juga ingin ku ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada insan yang amat berharga kepada diri ku...iaitu...

Pn Mariam binti Hj Abu Bakar
~ibu yang telah melahir kan aku..yang telah mengandungkan aku 9bulan 10 hari..dan yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan aku...terima kasih ibu...

allahyarhamah Khadijah binti Daud
~nenek@mak..terima kasih kerana telah membesarkan aku sejak dari bayi lagi sehingga umur ku 19tahun..jasa-jasa dan kasih sayang mu..kemanjaan yang kau berikan pada ku tak pernah sedikit pun ku lupa..sehingga kini ku masih merindui mu...moga allah temukan kita di syurga..moga allah merahmati mu mak...

Pn Aishah binti Hj Abu Bakar
~ibu saudara@mak..mak..terima kasih juga kerana telah menjaga ku dari sekarang..kasih sayang mu tak pernah ku lupakan...terima kasih juga atas segala layanan mak selama ni..menjaga dengan penuh kasih sayang seperti anak sendiri..sungguh kasih sayang mu tak berbelah bagi..

insyaallah moga diri ku sempat dan mampu untuk membalas segala jasa-jasa dan kasih sayang bagi semua insan yang amat berharga buat diriku...