Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, January 14, 2009

Salahkah wanita tidak tahu masak??

Pada zaman yang serba canggih ini, masih sering kita dengar orang berkata "perempuan yang tidak reti masak tidak boleh kahwin..."

Benarkah kata-kata ini?

Patutkah ia dijadikan alat pengukur utama dalam mencari bakal isteri??

Maklumlah kita tahu adanya kata orang-orang tua "walau tinggi mana pangkat yang seseorang perempuan dalam masyarakat, akhirnya ke dapur jua.."

Begitulah persepsi orang dahulu...
Bila direnungkan kembali...Ada benarnya kata-kata itu..
Walaupun benar, kita hendaklah berfikir demi membina mahligai impian yg kukuh bukan terletak pada satu pihak sahaja...
Mengapa???
Kenapa??

Mari kita renungkan bersama...

Jika perempuan yang tidak pandai memasak dikutuk dan disuruh belajar..Bagaimana pula Si lelaki yang tidak yakin menjadi Imam??
Adakah mereka mendapat layanan yang sama atau sebaliknya??
Mengapakah kelemahan si wanita itu dalam memasak menjadi pertikaian??
Usah diperbesarkan perkara kecil...bukankah ia akan mengecilkan hati mereka??

"Apalah perempuan tak tahu masak??"
"Siapalah yang nak kahwin dengan dia nanti???"
Persoalan ini kerap didengar...

"Eh!Dah besar pun takut nak jadi Imam?Macam mana nak kahwin niii??"
Kerapkah kata-kata ini didengar??
Pernahkah ia dijadikan pertikaian di kalangan masyarakat??
Pernahkah kita terfikir... Jika seorang lelaki itu tak pandai menjadi imam atau belum pernah menjadi imam atau masih takut untuk menjadi imam sepatutnya malu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin??

Mengapa begitu??

Teman-teman seperjuangan,

Mari kita fikir sejenak...
Bukankah Si lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga??
Andai dia masih belum mampu untuk mengetuai Solat yang dilakukan sekurang-kurangnya 5 kali sehari, bagaimanakah dia mampu mengetuai dan memimpin keluarganya untuk seumur hidupnya??

Setuju tak??

Pada zaman yang penuh dengan kemajuan ini... Semua pun nak cepat, nak segera!!
Oleh itu, bagi si perempuan yang sedang belajar pastinya dia tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar memasak.. Tambahan pula jika dia tinggal di asrama.. Pihak asrama biasanya tidak membenarkan penghuninya memasak.. Kalau ada masa pun pada waktu cuti.
Ini bukan bermakna si dia tidak mahu memasak, bukan jua bermakna si dia malas kerana waktu yang amat terhad menyebabkan mereka tidak pantas untuk lebih cekap dalam hal masak memasak..

Mungkin si jejaka bertanya dengan penuh semangat... "kalau dah tak reti, kenapa tak belajar dari sekarang??"
Si gadis mungkin menjawab "Bukan tak mahu belajar. Sy sedang berusaha walaupun dalam bahang menuntut ilmu agama dan akademik saya tetap cuba untuk luangkan masa untuk belajar memasak."
Ketika ini, si jejaka ini menggeleng2kan kepalanya...
Beginilah anggapan sebahagian lelaki terhadap perempuan. Baginya tak sempurna kalau seseorang perempuan itu tak tahu memasak..

Mari kita berfikir bersama2,

Apa pula syarat bagi seseorang lelaki yang hendak menjadi suami??

Si jejaka hendaklah berupaya untuk menjadi imam pada isterinya dan seluruh anggota keluarganya..

Mudah tak nak jadi imam ni???
Jawapannya terletak pada si jejaka itu...
Andai dia memiliki pegangan agama yang kukuh, sudah pasti dia mampu membimbing ahlli keluarganya ke jalan yang diredhai Allah...inshaAllah..Ameennn...

Namun begitu, seandainya itu menjadi syarat utama pastinya ada yang mengatakan ramai gadis akan menjadi andartu sampai ke tua..
Oleh itu, mengapakah kebanyakan lelaki meletakkan kebolehan si perempuan dalam hal masak memasak lebih utama berbanding yang lain?? Tak kiralah isterinya berpelajaran tinggi mahupun tidak.. Maklumlah zaman sekarang, ada di kalangan isteri-isteri yang bergaji lebih tinggi dari suaminya..
Namun begitu, kemampuan lelaki sebagai ketua keluarga tidak dapat dinafikan lagi, walaupun dia tidak mengambil inisiatif untuk mempelajari cara-cara untuk menjadi Imam..
Begitu jugalah perempuan walaupun bergelar isteri tak semestinya handal memasak...hendaklah dia mempelajari sehingga handal...

Lebih baik pula andai si suami berganding bahu dengan isterinya mempelajari bersama.. Barulah hubungan keluarga nampak manis dan bahagia selalu..inshaAllah..
Ayuhlah bersama kita mengambil iktibar dari maklumat ini...Apa yang baik datangnya dari Yang Maha Esa, Allah

Ashabul Kahfi

Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai tujuh orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun beberapa ratus tahun kemudian.

Kisah dalam Islam

Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.

Firman Allah dalam Al-Quran:

  • "(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".
  • "Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".
  • "Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".
  • "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".
  • "Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".
  • "(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu?(Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
  • "Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".
  • "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".
  • "Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".
  • "Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
  • "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya".
  • “Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.
  • “(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhaiku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.
  • “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.
  • “Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.
  • “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun(dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.
  • “Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”.

Al-Quran (Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26)

Sunday, January 11, 2009

:: Ainul_Mardhiah ::

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tsb).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah… … :

‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut… . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama… .

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… tak pernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai… . lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab… eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini… ainul mardiah ada di atas mahligai sana,… .. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan… lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua… . dan tak pernah dia lihat di dunia… . lalu wanita itu berkata … akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku… . bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii… … tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar… benar… dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga… .

persediaan alam rumahtangga

1. Perbezaan Alam Bujang dan Alam Rumahtangga

Suami isteri hendaklah mengetahui dan menyedari perbezaan berikut :

‘Alam Bujang’ bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang belum pemah melakukan akad nikah yang sah mengikut hukum syarak.

‘Alam Ruinahtangga’ bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang sudah diakadnikahkan secara sah mengikut hukum Syarak.

Tanggungjawab manusia sama ada semasa alam bujang mahupun setelah berumahtangga adalah terhadap Allah, diri sendiri, keluarga dan sekalian makhluk.

Firman Allah Ta’ala dalam surah Ali Imran ayat 112 :

  • Maksudnya : “Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)”.

Keistimewaan beribadah bagi pasangan yang telah berumahtangga :

  • Solat orang yang berumahtangga ganjarannya adalah 70 kali ganda daripada solat orang yang bujang.
  • Amalan anak-anak yang belum baligh, ganjarannya adalah diterima oleh kedua ibubapanya.
  • Kematian anak yang masih kecil akan menjamin ibubapanya masuk Syurga.
  • Memberi makan anak isteri adalah sedekah.
  • Bekerja mencari nafkah adalah jihad.

2. Tanggungjawab suami

  • Patuh kepada perintah Allah dan Rasul. Ianya bertepatan dengan Firman Allah Ta’ala dalam surah An-Nisa’ ayat 59:
    • Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pu/a kesudahannya”.
  • Menjadi pemimpin (ketua keluarga) kepada anak dan isteri.
  • Mengajar ilmu Fardu ‘Ain kepada anak dan isteri seperti berikut :
    • Ilmu Tauhid, supaya akidah mereka berbetulan dengan akidah Ahli Sunnah WaI-Jamaah.
    • Ilmu Feqah, supaya ibadahnya berbetulan dengan syariat agama.
    • Ilmu akhlak, supaya terhiaslah kehidupannya dengan akhlak terpuji.
    • Ilmu Tasauf, supaya ia ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dan rasa riak, ujub dan takabbur.
  • Memberi nafkah zahir seperti makan, minuman, pakaian dan tempat tinggal dan wang dan punca usaha yang halal.
  • Memberi nafkah batin.
  • Sebagai penasihat dan pemudahcara kepada ahli keluarga.
  • Bertanggungjawab memastikan jalan dan laluan hidup mengikut lunas-lunas Islam.
  • Berlaku adil dan tidak menzalimi anak isteri.
  • Memberi keutamaan kepada urusan kebahagiaan rumahtangga.
  • Memastikan tidak berlaku sebarang kemaksiatan dalam rumahtangga.

3. Tanggungjawab isteri

  • Patuh kepada hukum Allah dan Rasul.
  • Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah dan senang kecuali yang bertentangan dengan hukum syarak.
  • Sentiasa berhias din untuk suami sahaja.
  • Sentiasa menjaga din dan rumahtangga.
  • Menjadi pendorong dan penasihat dalam hal kebajikan.
  • Memahami hal-hal yang digemari dan dibenci oleh suami.
  • Segala tingkahlaku dan perbuatan hendaklah menyenangkan hati suami.
  • Sentiasa mendoakan keselamatan atas suami dan keluarganya dalam setiap waktu terutama selepas sembahyang.
  • Sentiasa menambah ilmu agama dan serta amalan-amalannya dengan gemar membaca, mendengar kaset-kaset syarahan agama, menonton dan mendengar rancangan berbentuk agama di televisyen dan radio serta mengikuti majlis-majlis ta’lim.
  • Bersifat keterbukaan dan (menilai diri).

4. Ciri-ciri dan adab suami soleh dan isteri yang solehah

Ciri-Ciri Suami Yang Soleh :

  • Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga.
  • Tidak kedekut dan bersikap sederhana di dalam perbelanjaan keluarga.
  • Kasih sayang, mesra serta mengambil berat terhadap ahli keluarga.
  • Tidak terburu-buru dalam menerima aduan, khabar-khabar angin.
  • Tidak berlaku curang.
  • Jujur serta sentiasa menepati janji terhadap anak dan isteri.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri zahir dan batin.
  • Mencegah perkara-perkara yang mungkar di kalangan keluarga.

Ciri-Ciri Isteri Yang Solehah :

  • Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami.
    • Maksudnya : “Jikalau seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak kemudian suami itu bermalam dalam keadaan marah maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat sehingga waktu pagi”
  • Muttafaqun A’laih
  • Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum Syara’.
  • Tidak bermasam muka terhadap suami.
  • Sentiasa menuturkan kalimah-kalimah hasanah (yang baik-­baik).
  • Tidak membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuannya.
  • Keluar rumah hendaklah dengan izin suami.
  • Berhias hanya untuk suami.
  • Menilai pengorbanan suami.
  • Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suarni masuk ke dalam rumah.
  • Menerima tunjuk ajar daripada suami.
  • Menghormati mertuanya serta kaum keluarga suami.
  • Sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  • Isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.

5. Cabaran Hidup Suami Isteri

Suami isteri hendaklah juga mengetahui dan bersedia menghadapi cabaran hidup sebagai suami isteri. Antaranya adalah seperti berikut:

Cabaran Dalaman :

  • Kejahilan tentang pengurusan keluarga dan rumahtangga.
  • Kekurangan persediaan untuk menjadi suami dan isteri samada dan segi umur dan kematangan.
  • Tidak memahami matlamat perkahwinan yang sebenar.
  • Tiada kemampuan fizikal.
  • Sikap penbadi semulajadi yang negatif

Cabaran Luaran :

  • Ekonomi yang tidak stabil.
  • Keadaan persekitaran yang tidak menjurus kepada kebahagiaan rumahtangga.
  • Perkahwinan yang tidak direstui oleh keluarga.
  • Berlainan budaya dan cara hidup.
  • Perkahwinan yang tidak kufu.
  • Tidak boleh menyesuaikan din.
  • Tiada kemahuan mengasuh, memelihara dan mendidik anak.
  • Pengaruh media massa yang tidak terkawal.

6. Gangguan Orang Ketiga

Dalam mengharungi hidup berumahtangga tidak dapat dinafikan akan melibatkan pihak-pihak lain seperti mertua, ipar duai, saudara mara dan rakan-rakan serta jiran tetangga. Oleh yang demikian, suami dan isteri hendaklah menjaga batas-batas yang digariskan oleh Islam supaya tidak menjejaskan perhubungan dan keharmonian rumahtangga mereka.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 229:

  • Maksudnya : “Dan barangsiapa yang melampaui batas-batas hukum Allah maka sesungguhnya ia telah menzalimi dirinya sendiri”

FirmanNya lagi:

  • Maksudnya : “Wahai Nabi, serulah isteri-isteri dan anak-anak perempaunmu serta perempuan-perempuan yang beriman spaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa hendak keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk dikenal (sebagai perempuan yang balk). Maka dengan ini mereka tidak diganggu dan ingatlah Allah amat mengampun lagi amat mengasihani “.

Al-Ahzab : 59

7. Psikologi Suami Isteri

Suami isteri hendaklah saling memahami psikologi pasangan masing-masing. Dengan yang demikian dapat mengurang risiko krisis dan seterusnya dapat menerima perubahan-perubahan fzikal dan emosi yang berlaku di kalangan mereka.

8. Mengiktiraf Kelemahan Dan Kekurangan Diri

Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-­masing umpamanya sikap suami yang suka buang masa, pemarah atau cepat berang. Sikap isteri pula suka berleter, terlalu cerewet, suka mengumpat dan tidak amanah di dalam menyimpan rahsia dan lain-lain sifat yang negatif. Firman Allah Taala:

  • Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diolok-olokkan lebih baik daripada mereka”.

..mengapa aku bercinta..

mengapa aku bercinta dengan
kehidupan yang sebenar
Mengapa hati ini terpaut pada insan
yang diciptakan
sedangkan perjuangan merebut
cinta ALLAH
lebih suci dan utama terkorban
dan di abaikan..

mengapa ku bercanda dengan
badai perasaan
sehingga bercemamai
keimanan ku gadaikan
sedangkan nun di sana
perjuangan memerlukan
pengorbanan perwira&srikandi
yang setia

itulah bahana nya cinta pada dunia
memusnahkan cinta hakiki ILLAHI
memberi kekecewaan di hati sanubari

berap ramai insan memdamba pada dunia
keremajaannya dipandu angan-angan palsu
terpesona jiwanya
dan terpudarlah imannya
perjudian angkara perasaan
yang inginkan perhatian

Oh TUHANKU..
kudratkan ku ke hadratMU pengharapan
pimpinlah hambaMU ini
agar tidak terpedaya lagi...

Wednesday, January 7, 2009

Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah .a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas .a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah .a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan. Aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

summber:www.ukhwah.com/viewtopic.php?forum=68&topic=40512

Tuesday, January 6, 2009

"Generasi Harapan"



Generasi Harapan
Album : Kembali..!
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com


Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mampu membobol betengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekedar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkulai
Menanti bangkit kepalmu

BOIKOT ahh!!! apa lagi

Monday, January 5, 2009

Palestin-Israel

Rejim Zionis Israel meningkatkan keganasan ke atas warga Palestin di Gaza. Jumlah yang terkorban makin meningkat..manakala yang cedera mececah angka ribuan.sekali lagi kita terpanggil untuk memuzakarahkan isu Palestin. Sesungguhnya penderitaan dan kesengsaraan mereka turut di rasai kita sejajar dengan sebuah hadis yang bermaksud orang islam adalah bersaudara, jika satu anggota merasai sakit, maka seluruh tubuh badan akan menaggungnya.

Bagaimanapun, ada pepatah melayu menyebut, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tentulah pikulan orang Palestin tidak terasa oleh kita tetapi apabila disatukan di bawah satu payung bersama ISLAM dan IMAN, maka permasalahan Palestin adalah permasalahan umat Islam,penderitaan mereka adalah penderitaan kita juga.
Isu palestin adalah isu akidah yang mana umat islam sama-sama memikul tanggungjawab untuk menyelesaikannya. Ini kerana Allah SWT telah memuliakan Masjid Al-Aqsa melalui firman-Nya di dalam al-Quran yang bermaksud "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al- Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunggunya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."(surah Al-Israk,ayat 1)

Bumi Palestin termasuk Baitulmaqdis telah dicerobohi oleh tentera penjajah Zionis Israel. Masjid Al-Aqsa telah dikotori,diinjak-injak dinajisi oleh golongan Yahudi Laknatullah yang melampaui batas. Sepatutnya seluruh umat Islam berasa cinta untuk mempertahankan kesuciannya dan merasakan kehilangannya.Akan tetapi mereka semua masih nyenyak tidur! Kini rejim Zionis mengganas lagi.Menghantar bala tenteranya,menghantar kereta kebal,senjata yang canggih-canggih semata-mata untuk menghancurkan bumi Palestin.

Pada mereka seolah-olah orang Islam ini tidak ada harga langsung di mata yahudi dan rejim Zionis. Disebabkan rejim ini mendapat dukungan Amerika yang telah pun memusnahkan dua negara Islam iaitu Iraq dan Afghanistan dan hanya di bantah oleh segelintir ummah saja tetapi kejahatannya semakin menjadi-jadi. Pada insiden terakhir, selepas tentera Zionis menyerang kedudukan Hizbullah di selatan Lubnan beberapa tahun lalu, umat Islam bangkit,tidak terkecuali di negara kita dengan menganjurkan tunjuk perasaandan gerakan memboikot barangan Israel-Amerika dan sekutunya.

Kini apa yang terbuka kepada umat Islam bagi menolong saudara mereka di Palestin selain doa adalah melalui tekanan diplomatik seperti mengadakan bantahan dan memboikot barangan yang berkaitan dan berkepentingan Israel-Amerika dan sekutunya yang juga terbabit menghina Islam dan Rasul-Nya.

Sudah sampai masanya untuk lebih 1.5 bilion Muslim seluruh dunia bersatu padu, melupakan sengketa sesama sendiri,memboikot barangan negara paksi kejahatan ini. Bukankah usaha ini pernah dijalankan, malangnya ia berhenti sekerat jalan. Sekarang semarakannya kembali dan biarlah usaha ini berterusan dalam perjuangan kita menentang kezaliman. InsyaAllah, Allah bersama kita.

"dan berkatalah Nabi Musa, "Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. Sudah semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu bebaskanlah kaum Bani Israil menyertai aku (ke Palestin)." (maksud surah Al-A`raaf ayat 104 dan 105)

Sunday, January 4, 2009

~untuk mu..setia seorang isteri...~

Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku di ruangan hati mu
Di balik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi
Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

Setia mu ku hargai
Kaulah isteri yang ku sanjung
Kerana kaulah bidadari
Yang bersemi di hati


RASULALLAH SAW : ROLE MODEL SEPANJANG ZAMAN

Amalan - Amalan yang paling disukai oleh Rasulallah SAW ialah yang kekal
(istiqamah) sekalipun sedikit. (Riwayat Termizi dan Nasa`I
daripada Aisyah dan Ummu Salamah)

Tahajjud - Rasulallah bangun menghidupkan malam (tahajjud) hingga
bengkaklah kedua kaki baginda. (Riwayat Bukhari, Muslim,
Tarmizi, Nasa`i, Ibnu Majah kepada Mughirah)

Puasa - Rasulallah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (Riwayat Ibnu
Majah)

Pakaian - Adalah pakaian yang paling disukai oleh Rasulallah SAW ialah
gamis. ( Riwayat Abu Daud, Termizi, Hakim daripada Ummu Salamah)

Berserban - Apabila Rasulallah berserban ia akan melabuhkan ekor serbannya
antara dua bahunya. ( Riwayat At-Terrmizi daripada Ibnu Umar)

Bertemu - Adalah Rasulallah SAW apabila mendatangi rumah seseorang, ia
tidak akan berdiri menghadap di hadapan pintu akan tetapi baginda
akan berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu sambil
mengucapkan,“Assalamualaikum” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud
daripada Abdullah Bin Bisr)

Sujud Syukur - Apabula Rasulallah didatangi dengan berita yang mengembirakan
hatinya baginda akan terus sujud sebagai tanda syukur kepada
Allah SWT. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripad Abi Bakrah)

Berbaring - Apabila Rasulallah SAW hendak berbaring (untuk tidur), beliau
akan meletakkan tangan kanannya di bawah pipi
kanannya.(Riwayat Tabrani daripada Hafsah)

Makan - Adalah Rasulallah SAW apanila beliau makan tengah hari baginda
tak akan makan malam lagi jikalau beliau makan malam beliau tak
akan makan tengah hari. (Riwayat Abi Na`im daripada Abi Sa`id)

Berwuduk - Apabila Rasulallah berwuduk, baginda akan menelati janggutnya
dengan air (riwayat Tabrani daripada Ibnu Umar)

Ketawa - Apabila Rasulallah ketawa, baginda meletakkan tangannya di atas
mulutnya.(Riwayat Bughawai daripada Walid Murrah)

Istighfar - Apabila Rasulallah menghadiri satu majlis kemudian hendak
bangun meninggalkannya, baginda akan beristighfar sebanyak
sepuluh hingga lima belas kali.(Riwayat Ibnu Sinni daripada Abi
Umamah)

Berani - Adalah Rasulallah orang yang paling pemurah dan paling berani
(Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan Ibnu Maja dari Anas)

Benci Dusta - Adalah perangai yang sangat di benci oleh Rasulallah ialah
dusta.(Riwayat Baihagi dari Aisyah)


sumber:KEM REMAJA ISLAM 2008

Saturday, January 3, 2009

Rakaat Dalam Solat

SUBUH
-> 2 rakaat- badan masih segar.. hanya sedikit proses pertukaran cas yang di
perlukan untuk menstabilkan tubuh

ZUHUR & ASAR
-> 4 rakaat- selepas kepenatan bekerja seharian, kita memerlukan proses pertukaran
cas yang lebih lama.

MAGHRIB
-> 3 rakaat- jarak solat Asar dan Maghrib tidak jauh, jadi badan tidak memerlukan
cas yang lama.

ISYAK
-> 4 Rakaat- menstabilkan cas dalam badan sebagai perberi tenaga untuk berqiamullail
di sepertiga malam.

sumber: KEM REMAJA ISLAM 2008