Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Monday, January 5, 2009

Palestin-Israel

Rejim Zionis Israel meningkatkan keganasan ke atas warga Palestin di Gaza. Jumlah yang terkorban makin meningkat..manakala yang cedera mececah angka ribuan.sekali lagi kita terpanggil untuk memuzakarahkan isu Palestin. Sesungguhnya penderitaan dan kesengsaraan mereka turut di rasai kita sejajar dengan sebuah hadis yang bermaksud orang islam adalah bersaudara, jika satu anggota merasai sakit, maka seluruh tubuh badan akan menaggungnya.

Bagaimanapun, ada pepatah melayu menyebut, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Tentulah pikulan orang Palestin tidak terasa oleh kita tetapi apabila disatukan di bawah satu payung bersama ISLAM dan IMAN, maka permasalahan Palestin adalah permasalahan umat Islam,penderitaan mereka adalah penderitaan kita juga.
Isu palestin adalah isu akidah yang mana umat islam sama-sama memikul tanggungjawab untuk menyelesaikannya. Ini kerana Allah SWT telah memuliakan Masjid Al-Aqsa melalui firman-Nya di dalam al-Quran yang bermaksud "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al- Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunggunya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."(surah Al-Israk,ayat 1)

Bumi Palestin termasuk Baitulmaqdis telah dicerobohi oleh tentera penjajah Zionis Israel. Masjid Al-Aqsa telah dikotori,diinjak-injak dinajisi oleh golongan Yahudi Laknatullah yang melampaui batas. Sepatutnya seluruh umat Islam berasa cinta untuk mempertahankan kesuciannya dan merasakan kehilangannya.Akan tetapi mereka semua masih nyenyak tidur! Kini rejim Zionis mengganas lagi.Menghantar bala tenteranya,menghantar kereta kebal,senjata yang canggih-canggih semata-mata untuk menghancurkan bumi Palestin.

Pada mereka seolah-olah orang Islam ini tidak ada harga langsung di mata yahudi dan rejim Zionis. Disebabkan rejim ini mendapat dukungan Amerika yang telah pun memusnahkan dua negara Islam iaitu Iraq dan Afghanistan dan hanya di bantah oleh segelintir ummah saja tetapi kejahatannya semakin menjadi-jadi. Pada insiden terakhir, selepas tentera Zionis menyerang kedudukan Hizbullah di selatan Lubnan beberapa tahun lalu, umat Islam bangkit,tidak terkecuali di negara kita dengan menganjurkan tunjuk perasaandan gerakan memboikot barangan Israel-Amerika dan sekutunya.

Kini apa yang terbuka kepada umat Islam bagi menolong saudara mereka di Palestin selain doa adalah melalui tekanan diplomatik seperti mengadakan bantahan dan memboikot barangan yang berkaitan dan berkepentingan Israel-Amerika dan sekutunya yang juga terbabit menghina Islam dan Rasul-Nya.

Sudah sampai masanya untuk lebih 1.5 bilion Muslim seluruh dunia bersatu padu, melupakan sengketa sesama sendiri,memboikot barangan negara paksi kejahatan ini. Bukankah usaha ini pernah dijalankan, malangnya ia berhenti sekerat jalan. Sekarang semarakannya kembali dan biarlah usaha ini berterusan dalam perjuangan kita menentang kezaliman. InsyaAllah, Allah bersama kita.

"dan berkatalah Nabi Musa, "Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam. Sudah semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu bebaskanlah kaum Bani Israil menyertai aku (ke Palestin)." (maksud surah Al-A`raaf ayat 104 dan 105)