Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, November 26, 2008

Terima Kasih Abi ...



“…umi jaga diri baik-baik ye. Abi pegi dulu,insyallah abi cuba pulang awal..”
“…baik abi.jgn lupa untuk anak-anak nanti ye..”
“…oh, coklat ye sayang..abi tak lupa untuk anak-anak, namun buat umi pun abi tak pernah lupa…”secalit senyuman penuh kasih sayang ku hadiahkan buat suamiku…lantas dahiku dikucup mesra olehnya. Inilah hadiah buatku setiap pagi.

Itulah kata suamiku sebelum dia pergi mencari sesuap nasi buat diriku dan anak-anak. Kini alhamdulillah murah rezeki pemberian tuhan buat kami sekeluarga..kami dikurniakan anak seramai 7 orang..kini aku mengandungkan anak yang ke-8…tersenyum aku seketika melihat gelagat suamiku yang mengenyit mata, sempat pula dia mencuri hatiku..

Setelah siap tugasku pada abi, giliran anak-anak pula buatku…tanggungjawab yang Allah berikan ini cuba untuk aku pikul sebaik mugkin. Inilah amanah yang paling berat,pedukung wawasan Islam gemilang..
Bersatulah Putra Putri Islam
Tinggikan Mutu
Supaya Umat Islam
Dijadikan Ikutan
Membelakan Negara
Hidup Aman Sejahtera


…demikian lirik yang penuh keramat nyanyian in-team…bergema bait-bait katanya yang cukup indah buat anak-anak ku kelak,insyallah. Aku benar-benar bersyukur dikurniakan suami yang sefikrah denganku dalam perjuangan dan kekeluargaan. Penuh jiwa seorang pejuang dan ketegasan seperti Saidina Umar dalam mendidik diriku dan anak-anak..apatah lagi dia pandai sekali bergurau senda di hadapan anak..alhamdulillah kami sering terhibur kerana abi…


"umi,anak-anak dah baca Quran ke?..along,angah,adik..sini sayang, baca Quran depan abi. Abi ajar ye..”

…mengalir bintik-bintik jernih dari mataku..begitu sayang suami ku pada anak-anak. Sayangnya dididik dengan keimanan..dia tanamkan dalam jiwa putera puterinya erti perjuangan yang sebenar. Aku benar-benar terharu dengan apa yang suamiku lakukan.. setelah selesai solat maghrib, rutinnya seperti biasa,abi akan mengajar anak-anaknya Quran, dan aku pula menjaga buah hati yang lain; alif,ainul,afendi dan azrul…moga mereka mengerti apa yang sering dikatakan abinya..


Abi,
Umi terlalu sayangkan abi..
Umi terlalu menyintai abi..
Cinta dan sayang umi kerana Allah


Abi,
Terima kasih kerana memberi kebahagiaan pada umi
Pada cahaya mata kita
Yang bakal menongkah arus kehidupan ini
Penuh erti perjuangan

“…assalamualaikum umi, abi dah pulang..” terhenti lamunan ku. Aku menyambut kepulangannya dengan senyuman yang semanis mungkin cuba ku hadiahkan buatnya.
Abi mengertilah, cuma abi yang umi dambakan dalam hidup ini. Pengorbanan abi buat umi tak pernah umi lupakan,bi..tanpa ku sedari tangan abi lembut mengusap perutku yang kini hampir sebulan aku mengandugkan zuriatnya..

…abi tak pernah lupa menghadiakan kata-kata buat anak dlm kandungan ini. Kata abi lagi jika lelaki, abi nak namakan Muhammad Al Saffiy Hakim..supaya jiwanya sentiasa tenang dan berjiwa seperti Al Saffiy, ang sentiasa berada di hadapan. Abi benar-benar seorang yang penyayang..

“…umi sayangkan abi”……..

p/s: di petik dari khazinatul asrar..(^_~) hehe

~Berakhirnya sebuah penantian~

assalamualaikum..

akhirnya berakhir juga sebuah penantian yang ku tunggu selama ini..penantian yang sukar untuk aku terima..tapi..aku redha mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..Allah lebih mengetahui segalanya..tapi..ermm sedih jugak lah..nak wat cm ner..perasaan sedih tu hadir dlm diri..mungkin dalam masa yang terdekat ni saja..lama2 nanti hilang agaknya..apa yang aku nak buat dalam masa yang lama mcm ni..??arghh..pening-pening..keja..oh keja..macam mana nak keja ni??xtau lah nak ckp mcm mana..huhuhu..apa-apa pun kena ubah segalanya..sukar untuk berubah..terlalu lah payah..setahun pun setahun lah..tapi mana larat..huhu..nak belaja jugak..nak jugak!!wahaha,,hua..hua..insyaallah kalau rezeki tak kemana..allah dah janji kan yang terbaik mungkin..ku pasrah segalanya..

Malu..erm nak kurang kan perasaan malu tu??

assalamualaikum..
erm malu??ya..saya sorg yg pemalu..tapi saya nk berubah lah..malu yang tidak bertempat itu nk di buang..hehe..shuhh..shuhh..p lah jauh dari hidup ku..heheh..kat sini ada lah sikit tip yang ku rembat dari blog saudara irfan khairi..hehe..minta izin ye..

Berikut adalah beberapa tip:

Tip Malu #1
Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Kalau tiba-tiba buat public speaking atau public appearance, memang la tak berani and rasa malu. Tetapi, buat sedikit- sedikit, contoh, kalau dalam meeting tak pernah bersuara, paksakan diri untuk bersuara walaupun sedikit sahaja. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit.

Tip Malu #2
Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda!

Tip Malu #3
Yang ini favourite saya. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenrnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni pemalu. Berlakon seperti Rosyam Nor ke, seperti Erra ke, yang anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!

Cuba ketiga-tiga tip di atas dan anda juga lambat laun akan menjadi muka tak malu ;)

ps: Sifat pemalu sememangnya ada baiknya. Cuma jangan jadikan sifat pemalu itu menghentikan kejayaan anda!

masalah betul lah diri ini..apa yang nak di malukan sangat pun x tahu lah..huhu..takut dgn tanggapan org tu yang sebenar nya..hehe..mulai hari ini ku akan menjadi org yang tak tahu malu..wahah..