Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Friday, September 10, 2010

salam lebaran


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

salam aidilfitri kepada muslimin dan muslimat..
ramadhan telah pergi meninggalkan kita..moga madrasah ramadhan yang berlalu memberikan peningkatan piala keimanan dan ketaqwaan.
salam ingatan maaf zahir dan batin kepada semua...

Sunday, September 5, 2010

COUPLE HARAM?

COUPLE HARAM?

Tentu ramai yang tertanya-tanya.
Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang
kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini
menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi
sekarang.


Apa Itu Ber’couple’?

Ber’couple’ merupakan suatu tradisi
atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke
hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula

berputik. Bila rasa dah cukup sedia,
masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang...

berbalas-balas nota, bagi yang lebih
‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan
jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan
percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.


Pasangan kekasih ini akan merapatkan
hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad
ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi
yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya.
Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka
yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.


Kalau diperhatikan pasangan-pasangan
yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan‘makan
tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti
‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’
dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan
tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada
pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji naksehidup-semati. Sanggup
bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar
bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang
boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan
hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan
perlayaran di lautan percintaan masing-masing.


Mengapa Ber’couple’ Haram?


Ya,mengapa? Sekarang kita kembali
kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi
yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan
pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi
mempertahankan kesucian cinta mereka itu.


Sebagai seorang muslim, untuk
menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang
telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah
yang telah diwasiatkan kepada kita oleh
junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan
hidup kita.


Ada yang berkata, Allah telah
menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh
bercinta atau ber’couple’? Memang tidak dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada
berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36)
ayat 36:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan
pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari
diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”

Dan juga firman-Nya dalamSurah Al-Hujrat(49)
ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya
orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan
hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang
hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata.

Firman Allah, “Katakanlah kepada orang
laki-laki yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang
demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
apa yang mereka perbuat." Surah An-Nur(24) ayat 30.

Dalam ayat ini, jelas Allah telah
memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang
perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta
wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukanditujukan kepada kaum Adam
sahaja.

Dalam ayat yang seterusnya Allah
berfirman, “Katakanlah kepada wanita yang
beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara
kemaluannya,...” Surah An-Nur(24) ayat 31.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini
sebenarnya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah
tingkatan5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini.
Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram
daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi
untuk memuaskan hawa nafsu.



Dalil yang lebih kuat menetang hubungan
percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati
zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan
yang buruk.”

Ayat ini memang cukup popular di
kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, ”Kami
tidak berzina. Kami
berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai
1001 alasan lagi.

Para pembaca,sila teliti firman Allah
tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan
kalimah ‘walaa taqrobuu’(jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’
(jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia
sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di
sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila
kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8
meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan
ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.



Ini adalah dalil-dalil daripada
Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.? Dalam
hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina.
Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah
ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan
faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”


* Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah
r.a., dari Nabi S.A.W.
sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah
melakukannya. Dua mata,zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar.
Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki,
zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan)
hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu
Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281.
**Sahih Muslim, hadis ke 2282)


Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian
zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi
wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk
mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia,
membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar
serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan
tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina.
Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia,
memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat
penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun
tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu
hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran
dan perasaan.
Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’
adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.



Apa Yang Patut Dilakukan?


Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke
lembah percintaan. Susah untuk
meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya.
Silap-silap boleh terlanjur dan
langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun
yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita
meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini.
Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini
demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan
sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.



Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan
sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti.
Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga
mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang
diimpikan remaja-remaja kini.



Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan
kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap
menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.


Firman Allah, “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan
laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita
yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk
wanita-
wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26.

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik
dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang
baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang
baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang
bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang,
tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita
menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun
kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang
membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah, “Dan syaitan menjadikan mereka
memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari
jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”
Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38.



Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat,
sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri
perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka
hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang
benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam
kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu
berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau
senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling
meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri
untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.



Perasaan
suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki
untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang
lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana
ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya
apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya
dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah, “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat
201.



Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah
berdasarkan Al-Quran dan As- Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita
menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul.
Na’uzubillah..



Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22, “Hai orang-orang yang beriman,
taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya,dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya,
sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi
sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal
mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang
paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak
mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak
mengerti.(22). Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang
tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam
golongan ini.

Balasan
bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah
Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 : “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang
yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah
dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak
mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan
apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat ayat Kami, maka ayat-ayat
itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di
hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun
apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan
sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab
yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir
kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat
pedih.(11)”



Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang
disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan
kehendak kita. Firman Allah,“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah
dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah
dan rasul-rasul-Nya,dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang
sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta
bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang
demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir
sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu
siksaan yang
menghinakan. (151). Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151.

Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah
perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah
sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat
oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah
Aj-Jaatsiah(45) ayat 23, ”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan
hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannyasesat berdasarkan
ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan
tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk
sesudah Allah (membiarkannya sesat). Makamengapa kamu tidak mengambil
pelajaran?” Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah,
tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan.

Ingatlah
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,” Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui.”



Sekali
lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri
zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM.
Wallahua’lam..

Islam adalah agama yang syumul.
Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya
ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia
berfitrah seperti ini jika
manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah
diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat
disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan
kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi
dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang
sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti
bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.



Percintaan dalam Islam hanyalah
selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar
suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang
perkahwinan ini. Ustaz Hassan
Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada
28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu
agak menarik ; Jodoh.



Apabila diminta memberikan pendapat
beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada
syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu
telah berkenan dengan seorang
wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan
wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi
masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang
empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta,
berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung
tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila
ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan
mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau

Beliau juga menerangkan konsep
peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka
sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan
niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi
untuk
mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua
pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan
tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunanganorang, adalah Haram
perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh
Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak
lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-
sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar.
Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas
beliau lagi.



Namun begitu, Ustaz Hassan Din
menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua
pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling
mengenali antara satu sama lain
dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh
keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah,
mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga
batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika
dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau
tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melaluipersetujuan
kedua-dua belah pihak.



Lihat, betapa indahnya Islam
mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini
dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang
tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga
bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah
percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya
dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan
keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.



Untuk kita yang masih menimba ilmu,
tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti
bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih
penting iaitu mendapatkan
kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim.
Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu
yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan
muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Sekali lagi
ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin danber’couple’ adalah menghampiri zina
dan hukumnya adalah HARAM.

sumber : api_user_11797_is_tuxedo63