Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Monday, December 29, 2008

~Selamat Hari Lahir~




assalamualaikum...

selamat hari lahir untuk ku..hehe..moga panjang umur, di murahkan rezeki dan di permudahkan segalanya..semakin bertambah usiaku..ku harap kan juga agar semakin istiqamah untuk ku meningkatkan amal ibadah ku serta keimanan ku terhadap pencipta ku yang Esa...

salam maal hijrah

SUNNAH DAN BID’AH DI BULAN MUHARAM

SUNNAH DAN BID’AH DI BULAN MUHARAM

Oleh Ustaz Rasul Bin Dahri
(Dengan sedikit tambahan dari sumber
yang lain)
http://fiqh-sunnah.blogspot.com

SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI
KE-
10 DI BULAN MUHARAM)

Pada mulanya puasa Asyura adalah
termasuk puasa yang fardu, namun
setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa
Ramadan, maka puasa Asyura menjadi
sunnah, sebagaimana penjelasan dari
hadis berikut:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ فَرَأَى
الْيَهُوْدَ تَصُوْمُ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ، فَقَالَ : مَا
هَذَا؟ قَالُوْا : هَذَا يَوْمٌ صَالِحُ ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى
اللهُ بَنِيْ إِسْرِائِيْلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ فَصَامَ مُوْسَى ،
قَالَ : فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوْسَى مِنْكُمْ ، فَصَامَهُ وَأَمَرَ
بِصِيَامِهِ

“Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-
sallam datang ke Madinah, maka baginda
melihat orang-orang Yahudi berpuasa di
hari Asyura, lalu baginda bertanya:
hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini
adalah hari yang baik, hari dimana
Allah menyelamatkan Bani Israil dari
musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada
hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih
berhak terhadap puasa Musa dari kamu
sekalian. Maka baginda berpuasa dan
memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat
Bukhari (2004) dan Muslim (1130))

كَانَ يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمُهُ قُرَيْشٌ فِى
الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَصُوْمُهُ فِى الْجَاهِلِيَّةِ . فَلَمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ
صَامَهُ وَاَمَرَ النَّاسَ بِصِيَامِهِ . فَلَمَّا فُرِضَ رَمَضَانُ
تَرَكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ قَالَ : فَمَنْ شَاءَ صَامَهُ وَمَنْ
شَاءَ تَرَكَهُ

“Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah
berpuasa pada hari Asyura dan
Rasulullah juga berpuasa pada hari
Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah
baginda sampai ke Madinah, maka baginda
berpuasa pada hari tersebut dan
menyuruh orang ramai berpuasa. Maka
setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan
baginda meninggalkan puasa Asyura,
baginda bersabda: Barangsiapa yang
mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang
mahu berbuka tinggalkan puasa”.
(Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002)
Muslim (1125))

عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : هَذَا يَوْمُ عَاشُوْرَاءَ وَلَمْ
يُكْتُبِ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ ، وَاَنَا صَائِمٌ ، فَمَنْ
شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ

“Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Hari ini adalah hari Asyura,
tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa,
tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa
yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa
dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka
ia boleh berbuka”. (Hadis
Muttafaq ‘alaihi)

اَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللهِ الْمُحَرَّمُ ،
وَاَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيْضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Seafdal-afdal puasa selepas puasa
Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang
diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal
solat selepas solat fardu ialah solat
malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163).
Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906).
Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi
(2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra
(4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-
Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu
Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu
Khuzaimah (1134))

سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَيُّ الصَّلاَةِ
اَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوْبَاتِ ؟ قَالَ : اَلصَّلاَةُ فِى جَوْفِ
اللَّيْلِ . قِيْلَ ثُمَّ اَيُّ الصِّيَامِ اَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ
؟ قَالَ : شَهْرُ اللهِ الَّذِيْ تَدْعُوْنَهُ الْمُحَرَّمَ

“Telah ditanya Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah
solat yang paling utama selepas solat
wajib? Baginda bersabda: Solat di jauh
malam. Baginda ditanya lagi: Puasa
apakah yang lebih utama selepas puasa
Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di
bulan Allah yang kamu panggil Muharam”.
(Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu
Daud)

MENCONTOHI PUASA RASULULLAH

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صِيَامِ
يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ فَقَالَ : يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَّةَ

“Bahawasanya Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya
tentang puasa Asyura, maka baginda
bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun
yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-
9 dan ke-10 dalam bulan Muharam.
Baginda bersabda:

لَمَّا صَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ
عَاشُوْرَاءَ وَاَمَرَ بَصِيَامِهِ قَالُوْا : يَارَسُوْلَ اللهِ
اَنَّهُ يَوْمَ تُعَظِّمُهُ الْيَهَوْدُ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ :
فَاَذَا كَانَ عَامُ الْمُقْبِلِ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ .
قَالَ : فَلَمْ يَاْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ
رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan
menyuruh orang ramai berpuasa, maka
para sahabat bertanya: Ya Rasulullah!
Asyura adalah hari yang diagung-
agungkan oleh orang-orang Yahudi dan
Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika
datang tahun hadapan kita akan berpuasa
pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan
Muharam). (Berkata Ibn Abbas:) Maka
belum tiba tahun hadapan, Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah
wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu
Daud)

Sebagai kesimpulannya, adalah
disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan
ke-10 di bulan Muharam.

PENDAPAT IMAM SYAFIE

Sebenarnya berpuasa pada hari Asyura
tidak boleh dianggap sebagai menyerupai
Yahudi, kerana orang-orang Quraisy
telah berpuasa sejak zaman jahiliyah
sebagaimana hadis Nabi s.a.w.:

كَانَ يَوْمٌ عَاشُوْرَاءَ يَوْمًا تَصُوْمَهُ قُرَيْشٌ فِى
الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَصُوْمُهُ . فَلّمَّا قَدِمَ الْمَدِيْنَةَ صَامَهُ وَاَمَرَ
النَّاسَ بِصِيَامِهِ

“Orang-orang Quraisy zaman jahiliyah
berpuasa pada hari Asyura dan
Rasulullah berpuasa pada hari tersebut.
Setelah baginda mendatangi Madinah,
maka baginda berpuasa pada hari itu dan
menyuruh orang ramai berpuasa”. (Hadis
Mutaffaq ‘alaihi)

Adapun hadis di bawah ini adalah hadis
lemah:

Imam Syafie rahimahullah telah
menghukum sunnah berpuasa pada hari ke-
9, ke-10 dan ke-11 Muharam. Imam syafie
berpegang dengan hadis dari Ibnu Abbas:

صُوْمُوْا التَّاسِعَ وَالْعاَشِرَ وَلاَ تُشَبِّهُوْا بَالْيَهُوْدِ

“Berpuasalah kamu pada hari kesembilan,
hari kesepuluh dan hari kesebelas (di
bulan Muharam), janganlah kamu
menyerupai Yahudi”. (Hadis Riwayat
Ahmad dan Baihaqi)

صُوْمُوْا يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ وَخَالِفُوْا الْيَهُوْدَ وَصُوْمُوْا
قَبْلَهُ يَوْمًا اَوْبَعْدَهُ يَوْمًا

“Berpuasalah pada hari Asyura dan
janganlah kamu menyerupai Yahudi,
berpuasalah pada hari sebelumnya atau
sehari sesudahnya”. (Hadis Riwayat
Ahmad (1/241)). Dua hadis ini terdapat
dalam kitab Al-Umm dan juga dalam kitab
Al-Jami’us as-Saghir oleh Imam as-
Suyuti. Namun, Sheikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani rahimahullah
telah melemahkan (mendhaifkan)
kedudukan hadis ini. Oleh yang demikian
maka tidak wajarlah beramal dengan dua
hadis ini.

Maka, yang sunnahnya adalah berpuasa
pada hari ke-9 dan 10 Muharam atau 9
muharam, atau 10 Muharam sahaja.
Wallahu a’lam.

AMALAN-AMALAN BID’AH (YANG DIREKA
CIPTA) SEMPENA BULAN MUHARAM

Menghidupkan penutup tahun Hijrah
(bulan al-Qamariyah), iaitu penghujung
(hari akhir) bulan Zulhijjah dengan
berpuasa pada siang harinya, bersolat
khusus, membaca surah Yasin beramai-
ramai (kebiasaannya khatam dua kali),
berzikir serta membaca doa-doa khusus
beramai-ramai pada sebelah petang atau
malamnya, ini semua adalah perbuatan
bid’ah (amalan berbentuk agama yang
direka cipta) yang sama sekali tidak
pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak
pernah ada perintah dari baginda malah
tidak ada asal usulnya dari syara’.

Begitu juga mengerjakan puasa khusus,
mandi yang menyerupai mandi hadas,
bersuci, bersolat khusus, mengadakan
majlis membaca surah Yasin, berzikir
beramai-ramai, berdoa dengan doa-doa
khusus dan memberi kelepasan (seperti
berhari raya) untuk keluarga pada siang
atau malamnya, yang mana ini semua
dilakukan semata-mata menyambut sempena
pangkal tahun (awal tahun) Hijrah (1hb.
Muharam). Maka semuanya itu adalah
perbuatan yang menyalahi sunnah
(bid’ah) kerana tidak pernah
dicontohkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak
pernah dilakukan oleh para sahabat,
para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in
serta para Salaf as-Soleh (generasi
awal Islam).

Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh
pembuat bid’ah dan ditambah
pengertiannya mengikut hawa nafsu
mereka, maka semua hadis-hadis tersebut
merupakan hadis-hadis lemah, palsu atau
hadis-hadis mungkar belaka. Antara
hadis-hadis tersebut:

عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ صَامَ اَخِرَ يَوْمٍ مِنْ ذِى الْحِجَّةِ
وَاَوَّلَ يَوْمٍ مِنَ الْمُحَرَّمِ فَقَدْ خَتَمَ السَّنَةَ
الْمَاضِيَّةَ وَافْتَتَحَ السَّنَةَ الْمُسْتَقْبِلَةَ بِصَوْمٍ
جَعَلَهُ اللهُ كَفَّارَةَ خَمْسِيْنَ سَنَةً

“Dari Ibn Abbas berkata: Telah bersabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam: Barangsiapa berpuasa pada hari
akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama
di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia
telah menghabiskan tahun yang lalu dan
memulakan tahun baru dengan puasa yang
Allah jadikannya sebagai penghapus
dosanya lima puluh tahun”. (Hadis
palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. Oleh
Ibnul Jauzi. Berkata Ibnul Jauzi bahawa
hadis ini palsu (maudhu’))

AMALAN-AMALAN BID’AH DI HARI ASYURA
(Hari Ke-10 Bulan Muharam)

Terdapat juga umat Islam yang
menghidupkan malam Asyura dengan
bersolat, berzikir dan doa-doa yang
khusus. Perbuatan ini adalah
berpandukan hadis palsu sebagimana
hadis di bawah ini:

مَنْ اَحْيَى لَيْلَةَ عَاشُوْرَاءَ ، فَكَاَنَّمَا عَبَدَ اللهَ
تَعَالَى بِمِثْلِ عِبَادَةِ اَهْلِ السَّمَوَاتِ. وَمَنْ صَلَّى
اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَاُ فِى كَلِّ رَكْعَةٍ اَلْحَمْدُ للهِ مَرَّةً
، وَخَمْسِيْنَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ ، غَفَرَ اللهُ لَهُ
ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا مَاضٍ وَخَمْسِيْنَ عَامًا مُسْتَقْبِلٍ
، وَبُنِيَ لَهُ فِى الْمَثَلِ اْلاَعْلَى اَلْفُ اَلْفِ مِنْبَرٍ
مِنْ نُوْرٍ

“Barangsiapa menghidupkan malam Asyura,
maka seakan-akan ia beribadah kepada
Allah seperti ibadahnya para penghuni
segala langit. Dan barangsiapa bersolat
empat rakaat, pada setiap rakaat ia
membaca Fatihah sekali, surah al-Ikhlas
lima puluh kali, maka Allah mengampuni
dosa-dosanya lima puluh tahun yang
telah lalu dan lima puluh tahun yang
akan datang, dan dibina untuknya di Al-
Mathalul-A’la (syurga) sebanyak lima
juta mimbar dari cahaya”. (Hadis
palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. 11/122)

Adalah suatu amalan bid’ah bagi sesiapa
yang berpuasa sejak awal Muharam
sehingga kesembilan hari bulan Muharam.
Mereka yang mengamalkan puasa ini
adalah berpegang dengan hadis palsu:

مَنْ صَامَ تِسْعَةَ اَيَّامٍ مِنْ اَوَّلِ الْمُحَرَّمِ ، بَنَى اللهُ
لَهُ قُبَّةً فِى الْهَوَاءِ مِيْلاً فِى مِيْلٍ لَهَا اَرْبَعَةُ
اَبْوَابٍ

“Barangsiapa berpuasa sembilan hari
sejak awal Muharam, maka Allah akan
membina untuknya sebuah kubah di udara,
luasnya satu batu persegi dan mempunyai
empat buah pintu”. (Hadis palsu).
(Hadis Palsu. Lihat: Al-Fawaid. Hlm.
96)

Umat Islam yang merayakan hari Asyura,
mendahulukan hari tersebut dengan
bersuci, mandi dan bercelak. Hakikatnya
mereka tidak menyedari bahawa hadis
yang mereka gunakan adalah hadis palsu:

مَنِ اغْتَسَلَ وَتَطَهَّرَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَمْرَضْ فِى
سَنَتِهِ اِلاَّمَرَضَ الْمَوْتِ

“Barangsiapa mandi dan bersuci pada
hari Asyura, maka dia tidak akan sakit
pada sepanjang tahun itu, kecuali sakit
mati”. (Hadis palsu). (Lihat: Majmu’
Fatawa. 11/248. Ibn Taimiyah. Lihat:
Tamamul Minnah. Hlm. 410-412. Sheikh
Muhammad Nashiruddin al-Albani. Al-
Ibda’. Hlm. 269. Ali Mahfuz)

مَنِ اكْتَحَلَ بِاْلاُثْمُدِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ لَمْ يَرْمِدْ
اَبَدًا

“Barangsiapa bercelak mata dengan arang
celak dihari Asyura, maka ia tidak akan
sakit mata buat selama-lamanya”. (Hadis
palsu). (Dinyatakan palsu oleh Ibnul-
Jauzi dalam Al-Maudhu’at 11/203. Lihat:
Majmu’ Fatawa 11/248. Ibn Taimiyah)

Selepas mandi dan bersuci dipagi
Asyura, terdapat juga umat Islam yang
menjadikan hari Asyura sebagai hari
raya kaum Muslimin dengan menjadikannya
hari kelepasan dan menyediakan makanan
tertentu, (antaranya menyediakan bubur
Asyura. (Menasabkan bubur Asyura kepada
perbuatan Nabi Nuh ‘alaihi salam adalah
suatu pembohongan yang keterlaluan.
Setelah selamat dari taufan dan banjir
besar, Nabi Nuh tidak pernah menyuruh
pengikutnya memakai celak dan
menyediakan makanan berupa bubur Asyura
yang dikutip dari sisa-sisa bijirin)
Pent). Ini merupakan talbis (perangkap)
syaitan kepada orang-orang awam
sedangkan perbuatan tersebut menyerupai
perbuatan orang-orang Yahudi di
Khaibar. (Lihat: Al-Ibda’. Hlm. 269.
Ali Mahfuz) Perkara ini telah
diterangkan dalam hadis Muslim:

كَانَ اَهْلُ خَيْبَرَ يَصُوْمُوْنَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ ،
وَيَتَّخِذُوْنَهُ عِيْدًا وَيُلْبِسُوْنَ نِسَاءَ هُمْ فِيْهِ حُلِيَّهُمْ
وَشَارَتُهُمْ

“Adalah penduduk Khaibar (Kaum Yahudi)
berpuasa pada hari Asyura, mereka
menjadikannya sebagai Hari Raya dan
mereka memakaikan wanita-wanita mereka
dengan perhiasan dan pakaian mereka
yang cantik-cantik”. (Hadis Riwayat
Muslim)

Berpuasa dihari Asyura adalah amalan
sunnah, tetapi menambahnya dengan
menjadikannya sebagai Hari Raya adalah
perbuatan bid’ah kerana menyerupai
amalan Yahudi sebagaimana dijelaskan
oleh hadis sahih di atas.

Terdapat juga umat Islam yang
mengerjakan solat tertentu disiang hari
Asyura atau dimalam harinya. Mereka
melakukan perkara bid’ah ini lantaran
berpandukan kepada hadis palsu
sebagaimana di bawah ini:

مَنْ صَلَّى فِيْهِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ، يَقْرَاُ فِى كُلِّ رَكْعَةٍ
اَلْحَمْدُللهِ مَرَّةً ، وَقُلْ هَوَ اللهُ اَحَدٌ اِحْدَى وَخَمْسِيْنَ
مَرَّةً غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوْبَ خَمْسِيْنَ عَامًا

“Barangsiapa bersolat padanya empat
rakaat, membaca al-Fatiha sekali pada
tiap-tiap rakaat, surah al-Ikhlas lima
puluh kali, maka Allah akan
mengampunkan dosanya lima puluh tahun”.
(Hadis palsu. Lihat: Al-Ibda’ fi
Madaril Ibtida’. Asy-Syeikh Ali Mahfuz)

فِى يَوْمِ عَاشُوْرَاءَ تَابَ اللهُ عَلَى آدَمَ ، وَعَلَى
اَهْلِ مَدِيْنَةِ يُوْنُسَ ، وَفِيْهِ وُلِدَ اِبْرَاهِيْمُ ،
وَفِيْهِ وُلِدَ عِيْسَى بْنُ مَرْيَمَ ، وَفِيْهِ فُرَّقَ الْبَحْرُ
لِمُوْسَى وَبَنِيْ اِسْرَائِيْلَ وَجَرَتْ السَّفِيْنَةُ وَآخِرُ
ذَلِكَ يَوْمُ الْعَاشُوْرِ لِعَشْرِ مَضَيْنِ مِنَ الْمُحَرَّمِ
وَسْتَوَتْ عَلَى الْجُوْدِيِّ فَصَامَ نُوْحٌ وَاَصْحَابُهُ
وَالْوَحْشُ مَعَهُ شُكْرًا للهِ عِزَّ وَجَلَّ

“Pada hari Asyura Allah menerima Taubat
Adam dan taubat penduduk kota Nabi
Yunus. Pada hari Asyura dilahirkan
Ibrahim dan padanya pula dilahirkan Isa
bin Maryam. Pada hari Asyura Lautan
Merah dibelah untuk Nabi Musa dan Bani
Israil dan kapal Nabi Nuh belayar dan
berakhir pada sepuluh Muharam. Dan dia
berlabuh di atas bukit Judi. Nabi Nuh
dan para sahabatnya dan binatang-
binatang liar lalu berpuasa kerana
bersyukur kepada Allah Azza wa-Jalla.
Demikian juga binatang-binatang yang
ada bersama-sama di atas bahtera itu
turut sama berpuasa”. (Hadis palsu).
(Lihat: Tanzihus as-Syariah. 11/150)

Berkata Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah
lagi:

“Tidak terdapat sebarang hadis sahih
dari Nabi s.a.w. atau sahabat-sahabat.
Tiada Imam mazhab tau Tabi'en yang
mensunnahkan perkara-perkara ini; sama
ada ia diriwayatkan oleh hadis dhaif
(lemah), atau riwayat yg sahih, Al-
Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadis yang
masyhur diketahui mengenainya pada abad
yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini
ada hadis yang meriwayatkan seperti :
{barangsiapa yang memakai celak pada
matanya pada hari Asyura tidak akan
mendapat penyakit mata pada tahun itu,
dan barangsiapa yang mandi pada hari
Asyura tidak akan dapat penyakit pada
tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga
riwayat yang menunjukkan bersolat pada
hari Asyura, dan ada riwayat lain yang
menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi
Adam bertaubat, Bahtera Nuh mendarat di
Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada
Nabi Yaakub, Ibrahim diselamatkan dari
api, kibas di ganti sebagai binatang
sembelihan menggantikan Nabi Ismail,
dan sebagainya. Mereka juga
meriwayatkan sebuah hadis palsu yang
mendustakan Rasulullah s.a.w. berkata:
{barangsiapa yang bermurah hati kepada
keluarganya pada hari Assyuura, Allah
akan bermurah hati kepadanya sepanjang
tahun}".

Bagi perkara lain, seperti memasak
makanan khas dengan atau tanpa bijirin,
atau memakai baju baru, membelanjakan
wang untuk keluarga, atau membeli
bekalan tahunan untuk hari tersebut,
melakukan solat-solat tertentu atau
amalan-amalan tertentu, menyembelih
binatang pada hari itu, menyimpan
daging yang akan dimasak bersama
bijirin, atau memakai celak atau henna,
mandi, berjabat tangan diantara satu
sama lain, menziarahi seseorang,
menziarahi masjid dan kubur-kubur
(mashhad) dan sebagainya..... kesemua
ini adalah bid’ah dan salah. Tiada
diantaranya yang ada kena mengena
dengan sunnah Rasulullah s.a.w. atau
Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak
diluluskan oleh mana-mana imam, tidak
malik, tidak at-Tsauri, tidak al-Layth
ibn Sa’d, tidak Abu Hanifah, tidak al-
Auzaa’i, tidak asy-Syafie, tidak Ahmad
ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Rahawayh,
dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan
ulama' Islam......” (Ringkasan dari
Fatawa Al-Kubra oleh Sheikh al-Islam
Ibnu Taimiyyah Jil. 5)

PERSOALAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL
TAHUN

Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir
tahun dan awal tahun, di sana tidak
terdapat sebarang hadis yang
tsabit/sahih/diterima yang menyebut
tentang amalan membaca doa akhir tahun
dan doa awal tahun dengan jaminan
penghapusan dosa setahun yang lepas,
sebagaimana yang diamalkan oleh
sebahagian kelompok daripada umat
Islam.

Demikian juga tidak ada hadis-hadis
sahih yang menyebut doa tersebut secara
khusus.

As-Sheikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya
al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' menyebut
bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang
berkaitan dengan amalan pada bulan
Muharam khususnya pada hari Asyura
telah dicipta oleh golongan pembunuh
Husain (kaum Syi’ah).

Beliau juga memetik kata-kata al-
Allamah Ibn al-'Izz al-
Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih
daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan
pun pada hari Asyura selain puasa
Baginda.

Ada pun golongan Rafidhah melakukan
bid’ah dengan mengadakan upacara
berkabung demi melahirkan kesedihan di
atas pembunuhan Husain pada hari ini.

Dan golongan yang jahil daripada Ahli
Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka
dengan membuat makanan daripada biji-
bijian/bijirin (bubur) dan memakai
celak, dan mereka meriwayatkan hadis-
hadis maudhu' tentang bercelak mata dan
melapangkan pemberian makanan dan
pakaian kepada ahli keluarga.''

(Sheikh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar
al-Ibtida' ( Beirut : Dar Kutub al-
Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271)

Sebagai kesimpulan, tiada doa-doa yang
khusus yang dicontohkan melalui hadis
yang sahih bahawa Nabi s.a.w.
mengajarkannya kepada kita bagi tanggal
awal tahun dan akhir tahun sempena
menjelangnya Muharam.

Kepada pihak tertentu yang tetap
mempertahankan kebatilan, jika benar
ada doa-doa khusus di waktu awal/akhir
tahun, silakan mengutarakan dalilnya,
sumbernya, takhrij & sanad hadisnya,
siapa yang meriwayatkannya, dan siapa
ulama hadis yang mensahihkannya.
Wallahu a’lam...

AMALAN/BENTUK IDABAH YANG TIADA
HUJJAH/DALIL ADALAH BID’AH

Ingatlah! Tidak pernah ditemui hadis-
hadis sahih yang membolehkan mengadakan
apapun upacara majlis sempena menyambut
awal tahun. Begitu juga tidak pernah
diperintahkan supaya mengadakan majlis
zikir atau majlis-majlis tertentu
kerana mengucapkan selamat tinggal
kepada tahun-tahun yang telah berlalu.
Sesiapa yang melakukannya termasuk
dalam golongan yang ditergur oleh Nabi
Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
dalam sabdanya:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa mengamalkan/melakukan satu
amal yang bukan perintah kami, maka
amal itu tertolak (bid’ah)”. (Hadis
Riwayat Muslim)

مَنْ صَنَعَ اَمْرًا عَلَى غَيْرِ اَمْرِنَا فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa yang mencipta sesuatu
perkara yang bukan dari perintah kami,
maka ia tertolak”. (Hadis Riwayat Ibnu
Majah)

مَنْ اَحْدَثَ فِى اَمْرِنَا هَذَا مَالَيْسَ مِنْهُ فَهُوْ رَدٌّ

“Barangsiapa yang menambah/mengadakan
yang baru dalam urusan kami ini, maka
tambahan yang bukan dari kami itu
tertolak”. (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim dan Abu Daud)

Tertolak kerana setiap tambahan itu
adalah bid’ah sebagaimana sabda
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam:

اِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ اْلأُمُوْرِ فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ،
وكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ ،
وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ

“Aku peringatkan kamu sekalian tentang
perkara-perkara yang baru/yang diada-
adakan, kerana setiap yang diada-adakan
itu bid’ah, setiap yang bid’ah itu
sesat, dan setiap yang sesat itu di
neraka”. (Hadis Riwayat Muslim, An-
Nasai’i dan Ahmad)


http://fiqh-
sunnah.blogspot.com/2008/01/072-sunnah-
dan-bidah-di-bulan-muharam.htm

Saturday, December 27, 2008

tangisan rindu...

Saban malam ku meniti waktu
Saat yang belalu terusku tunggu
dikalainsan terus trlena
hatiku ini ingin teus berjaga

Dikala sepiku sendiri
mencari sinar dikegelapan malam
airmataku becucuran
kerna rindu ku yang tak pernah padam

Tangisanku mendayu-dayu
mengharap kasih dari yang satu
kutahucinta kuterbalas
kerna dialah pemilik cinta sejati
Oh Tuhan tunjukanlah jalan
merentai rasa cintaku
citra rindudan kasihku
yang kudambakan hanya untukMu

Usahlah Kau palingkan cinta
yang suci murni lagi sejati
kerna aku hanya ada sekeping hati
yang rapuh dan tak berdaya

Moga rinduku kan terubat
lantaran kasihMu yang murni
Tangisan rinduku
hanya untukMu

Allahumma anta robbi
Zolam tu naf-si
Wa-ilam -ta'fiq-li
Wa-tar -ham -ni
La -aku-nan na minal-ko-si-rin

Allahummaantarobbi
a-an-ni-ni-ala -
Zikrika-Was-syu'rika
wa-husni-min-iba-datik

Allahumma antarobbi
tah-tim-ni-ya Allah
hus-hus ni ko-ti-mah
wa-la tah-tim-alaiya

Allahumma antarobbi
ta-qab-bal min-ni doa-in-ni
innaka-antas-samiul-a'lim
Wa-tub alaiya ya ALLAH in-naka
antas-samiul a'lim

Thursday, December 25, 2008

istikharah...

“Ya Allah. Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Friday, December 19, 2008

virus di friendster

Salam kepada semua kawan2 n peminat2 friendster sekalian. Hari ni virus (malware) telah menjangkiti rangkaian Friendster. Virus ini akan menghantar gambar-gambar lucah melalui "comment" sekiranya kita "klik" pada imej itu ianya akan membuatkan kita "sign out" Lepas kita "sign in" balik, virus ini akan mula beroperasi dan ia akan menghantar gambar2 lucah tu kepada kawan2 kita melalui komen. Pada kawan2 sekali, harap maklum, sekiranya anda menerima gambar lucah daripada ID saya atau sesapa, ianya adalah kerja virus tersebut. X der kawan yang kepalanya pening untk hantar gambar2 cam tu...

buat pedoman

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. 'Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum lelaki.....' nasihat orang tua itu.Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. 'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. 'Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,' katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sa yang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembah yang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah

p/s:wahai wanita..jaga kecantikan wajah mu yang Allah anugerah kan dengan sebaiknya..elok kan lah akhlak mu sebagaimana indahnya wajah mu..jgn lah gunakan kecantikan wajah mu sebagai menarik diri mu kejalan neraka..naudzubillah..


erm mcm nak demam je badan ni..lain mcm je rasa dari semalam..kira dah lama juga lah x di serang demam ni..hehe..erm hidung pun dah mula berair..ubat x mkan ke?huhu..nnti lah baru makan..takut ke?mana ada..tak takut pun..cuma dah jemu..hehe..erm moga cepat sembuh ye..

Wednesday, December 17, 2008

mencari sinar bahagia..

sabda rasulallah: tidak seorang muslim yang di timpa sesuatu musibah lalu dia mengucapkan "lnna lillahi wa inna ilaihi raji`un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali)

ya Allah , berilah aku ganjaran dari musibah yang menimpa ku dan gantikan bagiku sesuatu yang lebih darinya..

demi Allah,
tidak ada satu musibah pun yang kekaldalam hidup ini,
bagaimana pun berat nya,
jika suatu ketika ia menimpa,
jangan lah merasa tidak berdaya keranya,
jangan pula banyak mengeluh,
kerana ia pasti akan lenyap,
betapa banyak orang terhormat,
yang dahulunya sering di timpa musibah,
namun ia tabah sampai musibah itu lenyap dan meninggalkannya..
dan saat kesabaranku muncul dalam musibah,
maka musibah terasa ringan..

hatiku terasa sedih saat menanggung derita,
namun terkadang kesengsaraan bagiku ada hikmah nya,
begitu banyak hari yang di awali dengan kesusahan dan kesedihan,
namun berakhir dengan kesenangan dan kegembiraan,
aku tidak merasa berat,
dengan kesusahan yang menimpaku,
kerana aku yakin,
akan ada jalan keluar di sebalik kesusahan..

Allah tahu setiap apa yang di uji ke atas hambaNya mampu untuk di tempuhi oleh hambaNya...

Jangan bersedih kerana di tangguhkan rezeki mu…

Orang yang tidak sabar menunggu datang nya rezeki dan selalu gelisah kerana semua kesenangannya tidak kunjung tiba adalah seumpama makmum yang mendahului iman dalam solat berjemaah, padahal ia tahu bahawa dirrinya tidak boleh memberi salam sebelum imam. Segala permasalahan manusia dan rezeki itu sudah di tentukan dan ditetap kan sejak 50 ribu tahun sebelum adanya penciptaan itu sendiri.


“semua ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan kedatangannya…”(An-Nahl:1)


“…dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak satu pun yang dapat menolak kurniaNya…” (Yunus : 107)

syukur alhamdulillah

assalamualaikum..

semalam dapat panggilan telefon dari seseorang..bagi tahu untuk datang temuduga..syukur alhamdulillah..tak tahulah perasaan tu macam mana nak cakap..lepas je tu terus ku telefon sesorang untuk bagi tahu berita tersebut..dia gembira ke?nada suaranya semacam saja..macam gembira macam tak..tapi tidak ku lupa untuk memberitahunya..dia orang pertama yang di baritahu..terima kasih kerana telah banyak membantu..dari dulu sehinggalah sekarang..moga allah menbalas segala jasa baik nya untuk ku..ameen..syukur alhamdulillah...

"ya allah berikan lah ilham kepada ku agar selalu mengikuti kebenaran dan peliharalah aku dari segala keburukan..ya allah permudahkan lah segala urusan ku dan urusannya...moga kami beroleh kejayaan bersama dalam menggapai redhaMu..."

Monday, December 15, 2008

cerita sedih...

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid(ayah dalam bahasa Arab) yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.
Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.
Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.
Tiba-tiba ketenangan itu diragut.
Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.
Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.
Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.
Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.
Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" Tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.
Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.
Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata.
Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.
Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad s.a.w. pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad s.a.w. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad s.a.w. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al- Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.
"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.
"Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil. Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang. Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain.
Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut.
Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus- putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba- tiba... .. "Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.
Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.
Wassalam.

sumber:I luv islam..

Wednesday, December 10, 2008

ayam masak ungkep..

hehe..kat sini ada resepi yang best punye kalau dah siap masak,,hehe..nyam2 sedap nya..
ok kita sedia kan bahan-bahan nya dulu..

bawang merah,bawang putih dan lada kering di blend..
lepas tu kita tumis sampai minyak naik..
kemudian kita masuk kan air asam secukup nya..
kita letak sedikit air..(agak-agak lah nk banyk mana)
lepas itu jangan lupa masukkan garam,aji no moto(sikiti saja,jgn banyak2 hehe)
dan yang paling penting jgn lupa letak ayam..
kemudian kita tutup dan biar kan sampai dia kering..hehe..selalu lah cek jgn sampai melekat kat kuali nanti..hhe..dan dah siap..just simple kan??hehe..

salah satu masakan orang jawa kalau x silap..hehe..

Tuesday, December 9, 2008

~man ana~

assalamualaikumwbt...

saja je nak merapu malam ni..hehe..erm 5 perkara tentang diri ku...

1-cari ilham dalam waktu tidur.,(patut lah tidur x lena)
2-sukar tidur siang..
3-suka makan ayam
4-suka pada lagu nasyid..hehehe
5-saya sayang sangat-sangat kat dia..heheh

tu je lah yang nak merapu pada malam ni..huhuhu..
apa-apa saja lah..

Tarikh Lahir Dalam Bulan Islam

Tarikh Lahir Dalam Bulan Islam

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan


klik link ini untuk tahu bila anda dilahirkan dalam bulan Islam

Islam.com

Sunday, December 7, 2008

8 Pengertian Cinta Menurut Al-Quran

8 Pengertian Cinta Menurut Al-Quran

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :

(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.


Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan "nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah Adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail Adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.


4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra'fah, Yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).


6. Cinta shobwah, Yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)


7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.
Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi

8. Cinta kulfah. Yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)"

sumber: wanhazar.blogspot.com

perasaan ini...

assalamualaikumwbt..

entah kenapa hati ini terasa sayu bila terdengar takbir raya di surau berhampiran rumah ku..ingatan ku kuat untuk mengingati kepada 2 insan yang amat2 aku rindui sejak pemergian mereka..2kali ku sambut raya(aidil fitri&aidil adha)tanpa mak(tok mak) dan 3kali raya tanpa ayah(tok ayah)..rindu sangat2..hati sepi dan kosong sekali..tapi..aku selalu ingat kan diri ku..jika aku begini..ada org yang lagi sedih dari apa yang aku alami sekarang..tapi aku insan yang lemah..yang dahagakan kasih sayang mereka..YA ALLAh..kau cucuri rahmat ke atas roh mereka..jasa mereka x kan aku lupa..segala didikan dan kasih sayang yang mereka berikan pada ku..moga kita bertemu di taman yang indah dan kekal abadi..Insyaallah...

dari..
yang merinduimu...(T-T)

Salam AidilAdha...














Ya ALLAH...
kurniakan hambaMU ini kekuatan,
seperti mana yang telah KAU berikan,
kepada Rasul-rasulMU untuk,
berkorban demi menegakkan agamaMU..
Selamat Hari Raya Korban...
semoga pengorbanan kita di terima ALLAH...
Ameen...

((Tmn2Syurga) ) White Coffee (Oldtown Kopitiam) NON-HALAL

Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat islam di Malaysia

Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabk an oleh Allah di akhirat
kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:

"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

ayat ini.pula .

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."
(Al-Baqarah ayat 42)



`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.'

Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam. Lalai & malas dalam

mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.



WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)



Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.



Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunju ng, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan. Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.



Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.



Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.



Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.



Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).



Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?



Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN , HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.



Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,

- NEWTOWN Kopitiam

-WHITE HOUSE Kopitiam

-PAK HAINAN Kopitiam

-JOM BALI Kopitiam

adalah 'TIDAK HALAL'


Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya Jabatan Agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL & HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi. Pihak JAKIM seharusnya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamirkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi. Ini bertujuan agar UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & Jahil.


Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.


Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini. tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.

sumber:usrahonline_ukhwahteam@yahoogroups.com

Thursday, December 4, 2008

cinta anta dan anti....

Cinta Anta dan Anti
oleh Ustaz Maszlee Malik (Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat: ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru


download dari kahfi8

Sunday, November 30, 2008

kasihku abadi..


“Puan, hasil dari pemeriksaan, puan di sahkan hamil 2 bulan. Namun,…” Kata-kata doktor muda terhenti di situ. Dada ku terasa semakin kuat debarannya. Aku bersyukur, kerana akhirnya aku hamil, namun dari raut wajah doktor di depanku, membuatkan debaran dada ku berbeza dari rasa kegembiraan.


“Doktor, adakah bayi ini akan selamat?”

“Puan, kami lebih pentingkan kesihatan si ibu pada peringkat ini”.

“Katakan doktor, saya hanya mahu tahu keadaan bayi ini”.

Perbualan bersama doktor peribadiku tengahari tadi masih terngiang-ngiang diruang minda. Sesekali aku akan membelai perut ku yang belum ketara kehamilan ku. Hati ku memuji kebesaran Illahi. Saat yang diri ku nantikan dan juga suami ku idamkan kini tiba. Tiba-tiba nama-nama pilihan ku bersama suami ku sebelum kami berkahwin dulu, muncul satu persatu di depan mata.

“Sayang, abang nak bagitahu sesuatu boleh tak?”

“Erm.. cakap lah bang, As dengar”.

“Sayang, kalau kita dapat anak perempuan, abang nak namakannya Nur Hannani atau Nurul Aini….”

“Kalau lelaki, As nak namakan Muhammad `Izudin atau Muhammad Saifudin”.

Demikian mesra perbualan pasangan kekasih suatu ketika dahulu. Hubungan kasih yang hanya di eratkan melalui perbualan telefon kerana berada di benua yang berlainan, begitu utuh sehingga ke jinjang pelamin.

Tin.Tin…..

Lamunan ku terganggu, bila kereta di belakang ku membunyikan hon. Rupanya lampu isyarat sudah bertukar warna hijau. Aku mengisyaratkan bahawa aku akan menggerakkan kenderaan ku secepat mungkin. Terasa masa begitu lama. Aku ingin segera pulang dan mengkhabarkan berita kehamilan ku pada orang tuaku, mertua ku dan sanak saudara ku yang lain. Yang pastinya, akan ku khabarkan buat suami ku yang tercinta.

Ketika membelok masuk ke halaman rumah ku, kelihatan kereta suami ku berada di ruang depan rumah. Sambil memperlahankan kereta dan mengambil kedudukan di sebelah kenderaan suami ku, aku mencari kelibat suami ku. Di sudut halaman kelihatan suami ku menyiram pokok cili dan sayur-sayuran tanpa menyedari kepulanganku. Aku tersenyum sambil mengunci pintu kereta dan berjalan berjengket-jengket menghampiri suami ku.

“Assalamualaikum abang……” Aku memberikan salam sambil menyucuk pinggang suami ku. Suami ku terkejut dan berpusing. Aku tak sempat mengelak diri daripada terkena pancuran air yang keluar dari hos getah di tangan suami ku.

“Wa alaikumusalam sayang….. Ha…kan dah kena tu. Nakal nya isteri abang ni….” Hisyamudin, suami ku tercinta, tersenyum nakal. Penuh misteri. Aku segera berlari meninggalkannya. Suamiku mengejar dari belakang sambil cuba memancutkan air ke arahku. Seperti budak-budak yang main perang air. Demikian lah keadaan kami berdua.

“Abang, dah la tu. Malu kalau jiran tengok.” Aku cuba mengalah. Suami ku tergelak dan menutup kepala paip.

“Okay, abang masuk dulu, sayang tunggu abang. Abang ambil tuala.” Aku hanya mengangguk dan membuka `boot‘ belakang kereta ku dan mengambil semua barang-barang yang ku beli dari supermarket tadi. Malam ini aku akan menjamu suami ku dan mengkhabarkan berita gembira ini.

****

“Alhamdulillah, sedap sayang masak malam ni.” Suami ku memuji masakan ku ketika ku letakkan cawan kopi di depannya.

“Malam ni jer ke bang? Malam yang lain tak ker?” usik ku. Aku menjeling manja pada suami ku.

“Tiap-tiap malam sedap..Cuma malam ni special sikit rasanya. Ada apa-apa ker?” suami ku cuba memancing. Aku tersenyum dan duduk di lantai, hampir dengan kaki suami ku. Aku menongkatkan dagu ke lutut suami ku. Terasa tangan suami ku membelai lembut rambut ku. Aku melepaskan keluhan pendek. Bersedia mengkhabarkan berita yang mengejutkan ini.

“Abang, As rasa, Hananni atau Aini atau `Izudin atau Saifudin….nak datang la bang” aku memberikan klu pertama. Tiba-tiba tangan suami ku terhenti di ubun-ubun kepalaku. Tangan di bawah daguku, segera dicapai dan dia menyentuh lembut daguku. Wajahku di angkat menatap wajahnya. Kelihatan kerut halus di dahi suami ku.

“Sayang, cuba jelas kat abang, apa yang sayang maksudkan dengan nak datang tu?” kedengaran suara suami ku bergetar. Aku cuba memberikan senyuman, namun suami ku tidak membalasnya. Masih jelas kelihatan kerutan di dahinya.

“Abang, As pergi klinik tadi…..” Kata-kata ku tersekat. Terasa seperti ada bebola besar menghalang di kerongkong ku. Suami ku mengalih kedudukan. Dari kerusi, dia beralih duduk bersama ku di lantai tanpa melepaskan pandangannya dari wajahku.

“Kemudian…? Doktor kata apa sayang?” Suami ku meminta penjelasan. Tangan ku di genggam erat. Sebelah tangannya membelai lembut pipi ku.

“As… hamil. Dah 2 bulan bang…..” Aku melepaskan nafas kelegaan. Ku tatap raut wajah suami ku dengan penuh kasih sayang. Sedikit senyuman mula terukir di sudut bibirnya. Wajah ku di raup dengan kedua belah tangannya. Satu kucupan lembut menyinggahi dahi ku dan kedua belah mataku.

“Sayang, abang bahagia. Alhamdulillah. Abang nak buat sujud syukur.” Suami ku terus berdiri dan meninggalkan ku keseorangan di ruang tamu. Aku masih teringat ketika kali pertama aku menghubunginya melalui telefon dahulu. Selesai perbualan di telefon, dia melakukan sujud syukur. Ketika ku tanyakan, kenapa berbuat demikian, suami ku menjawab, apa yang dia idamkan selama ini Allah makbulkan. Kemudian sejurus ijabkabul, dia melakukannya lagi. Di hadapan ku, ketika aku telah sah menjadi isterinya. Di hadapan sanak saudara ku, di dalam bilik pengantin kami, dia melaksanakannya. Ketika itu, aku lah perempuan yang bertuah kerana memiliki suami sepertinya. Sehingga saat ini, masih ku rasakan betapa bertuahnya diriku dan bakal anak-anak kami nanti, memiliki pembela keluarga sepertinya.

Seketika, ku pejamkan mata. Terasa pelupuk mataku hangat bergenang airmata. Ya Allah, tidak putus-putus ku panjatkan kesyukuran. Semoga kegembiraan suami ku berkekalan. Hati ku berseru lembut sambil mengusap perut ku yang masih kempis, Wahai anak-anak ku, kalian lah penghubung kasih ku. Entah berapa lama aku berkeadaan demikian, tiba-tiba terasa satu kucupan lembut di dahiku. Ku buka mata, dan di depanku, suami ku berlutut dan tersenyum. Wajahnya penuh kasih sayang. Aku ingin menikmatinya selama mungkin. Ku rebahkan kepala ku ke dadanya, dan suami ku membisikkan kata-kata cintanya. Malam itu, ku nikmati sentuhan kasih suami ku seperti malam pertama kami bersatu. Namun di penghujung sentuhannya, terasa airmata ku mula bergenang lagi. Hati ku terasa sebak secara tiba-tiba. Abang, As cintakan abang selamanya.

****

“Sayang, cukup lah tu. Penat nanti. Biar abang siapkan….okay?” Hisyamuddin menegur isterinya yang asyik menanam bunga kemboja merah di tepi batas sayur-sayuran mereka. Dia tersenyum bangga sambil melirik tubuh isterinya yang telah sarat 8 bulan mengandung. Sehingga saat ini, isterinya masih aktif berkebun, masih ligat membuat kerja rumah. Baru hari semalam dia menyerahkan surat permohonan cuti selama 3 bulan tanpa gaji. Sedikit pun tidak timbul rasa kesal di hatinya kerana tidak memperolehi gaji dalam 3 bulan ini. Dia ingin terus bersama isterinya. Berada di sisi isterinya sehingga saat melahirkan pasangan kembar mereka.

Hisyamuddin berlalu ke pintu belakang. Dia ingin menyediakan minuman kegemaran isterinya. Milo ais. Dia tersenyum bila melihat susunan botol susu bayi dan beberapa perkakas untuk bayi yang bakal tiba. Sambil bernyanyi kecil, dia mula menjerang kan air. Dia tidak sedar Asmah sudah berdiri di muka pintu dapur.

“Hai, gembira nampaknya ayah si adik ni?” Kedengaran lembut suara isterinya menegur. Dia berpaling sambil tersenyum. Isterinya yang tercinta kelihatan amat cantik petang itu. Wajahnya begitu berseri seperti pengantin perempuan yang baru di kahwininya 5 tahun lepas.

“Sayang, abang tengok sayang ni cantik lah. Macam baru kahwin jer raut wajah sayang” Hisyamuddin tersenyum. Kelihatan pipi isterinya bertukar warna. Kemerahan kerana malu. Dia tertawa melihat perubahan isterinya. Rasa cintanya semakin mendalam. Engkau lah bidadari ku, dunia dan akhirat sayang…bisik hatinya. Asmah melangkah perlahan ke arah suaminya. Bibirnya menguntum senyum. Hisyamuddin terasa jiwanya melayang. Senyuman bidadarinya begitu mempersona. Hai, bertuahnya diriku memilikimu bidadariku. Lamunannya terhenti bila isterinya bersuara.

“Abang, dah mula ambil cutikan? Erm… apa kata kalau kita balik kampung hujung minggu ni?” cadangan isterinya memang dah lama bermain di fikirannya. Dia bersetuju dan mencadangkan agar mereka singgah ke rumah Usu nya sebelum tiba ke kampung halaman. Isterinya tersenyum lagi, manis dan berlalu menuju ke ruang tamu di depan.

Hisyamuddin hanya memerhati langkah lemah isterinya. Susuk tubuh isterinya jauh berubah semenjak mengandungkan pasangan kembar mereka. Tidak terfikir olehnya akan kepayahan isterinya setiap saat menjaga dan merawat kandungannya. Sekali-sekala kedengaran erangan isterinya ketika tidur. Tidak tahu apa mimpi perit isteri. Kalaulah kepayahan dan kesakitan sepanjang isterinya mengandung boleh berpindah tubuh, ingin sahaja dia menanggungnya. Namun, setiap hari, isterinya tetap tersenyum manis menyediakan sarapan untuknya. Tetap setia menyambutnya di pintu rumah dan tetap manja berbaring di ribaannya. Jauh di sudut hatinya berdoa, Ya Allah! Permudahkan kelahiran anak-anak kami. Selamatkan lah bidadari ku ini.

****

“Din, mana bini kau? Senyap jer, tak dengar pun suara dia.” Tegur Mak Lijah. Di sorong talam kopi pekat dan kuih bahulu ke tengah meja. Semenjak dua hari ketibaan anak lelaki sulung dan menantunya ke kampung, hatinya begitu gembira. Apatah lagi dia akan menyambut kelahiran cucu kembarnya tak lama lagi.

“Ada kat luar mak. Katanya nak tengok pokok cili kat kebun belakang” Hisyamuddin menjawab sambil lewa. Kopi pekat dan kuih bahulu, juadah kegemarannya. Sedikitpun dia tidak melihat raut wajah maknya yang kelihatan agak gelisah memikirkan isterinya. Dia lebih faham perangai isterinya. Pantang di larang, makin nak buat. Apa lagi dengan pokok cili yang mereka tanam 5 tahun lepas, kali pertama isterinya bertandang ke rumah ibunya. Setiap kali pulang kampung, pokok cili tu juga yang di lawat oleh isterinya.

“Din, panggil lah dia sat. Bini dah sarat tu, takkan nak biar keluar sorang.” Mak Lijah memerintah anak lelakinya. Sebenarnya, semenjak pagi tadi hatinya di landa kerisauan. Tanpa di sedari oleh menantunya, dia menyaksikan menantunya terbongkok-bongkok di tepi telaga. Masih jelas kedengaran erangan halus keluar dari mulut menantunya. Sesekali kedengaran suara seperti memuntahkan sesuatu.

Hisyamuddin menganggat muka, memandang ibunya. Dahinya berkerut seketika. Nada suara ibunya berlainan sekali. “Kenapa mak? Din rasa lain macam jer mak petang ni.” Dia memegang tangan ibunya. Ibunya hanya mengeluh. Seperti sesuatu yang berat di tanggung oleh ibunya.

“Din, bini kau tu, sihat ker?” Hisyamuddin terkejut dengan soalan ibunya. Pada jangkaannya, mungkin orang tua mempunyai firasat tertentu. Setakat ini, dia melihat isterinya sentiasa ceria cuma adakalanya letih.

“Insya Allah, As sihat mak. Cuma katanya agak letih sebab jauh perjalanan nak ke mari. Katanya sehari dua okay lah dia tu” Dia cuba mengurangkan kegusaran hati ibunya. Namun kegusaran hatinya pula bertambah. Segera dia berdiri dan berlalu ke pintu belakang untuk mendapatkan isterinya. Ketika melalui batas kebun sayur, kelihatan kelibat isterinya membersihkan batas kebun cili. Semakin hampir, semakin di perlahankan langkahnya. Isterinya menyedari kehadirannya, dan mendongakkan kepala. Wajah kemerahan di basahi peluh. Satu senyuman terukir dibibir isterinya. Isteriku. Hanya itu ucapan di hatinya.

“Abang ingat lagi tak?…”Soalan isterinya terhenti setakat itu. Dia berfikir dengan soalan isterinya. Dia duduk mencangkung di sisi isterinya sambil tangan nya ikut sibuk mencabut rumput-rumput kecil di batas pokok cili.

“Ingat apa sayang?…” Dia memohon penjelasan dari isterinya.

“Dulu… masa kita baru bertunang, abang kata, kita tanam pokok-pokok cili kat kebun rumah. Sebab abang suka asam pedas dan masakan lemak cili api.” Hisyamuddin berpaling memandang wajah isterinya. Dia turut mengukir senyuman. Memang itu permintaannya pada awal pertunangan mereka. Kenangan percintaan mereka memang masih utuh di ingatannya. Terasa seolah baru semalam berkenalan dengan isteri nya.

“Sayang….. I love you.” Dia meraih tangan isterinya. Walaupun tercemar dengan tanah kebun, dia tetap mengkucupnya. Isterinya tersenyum dan membalas ucapan nya. “I love you too bang. Hanya Allah yang tahu hati dan cinta As pada abang.” Pengakuan isterinya membuatkan dirinya terharu. Segera di paut bahu isterinya, dan berdiri. Isterinya turut berdiri. Di usap lembut perut isterinya. Hatinya begitu bahagia. Semoga esok kebahagiaan ini tetap bersamanya.

Dari kejauhan, Mak Lijah tersenyum memerhati gelagat anak lelakinya bersama menantunya. Di hatinya tidak habis-habis berdoa, Ya Allah! Bahagiakanlah mereka, dunia dan akhirat.

****

Hari semakin hampir. Terasa debaran di hati semakin kuat. Aku berpaling ke sebelahku. Suami ku terlena sambil memeluk ku. Tangan nya terletak di atas perut ku yang sedang sarat mengandungkan anak kami. Nafasnya perlahan, terasa hangat ke bahuku. Begitu tenang sekali raut wajahnya. Ku letakkan tangan di atas tangan suami ku. Sesekali terasa gerakan halus anak-anak kami. Agaknya mereka merasai pelukan dari abi dan ummi mereka.

Sudah seminggu mereka di kampung. Sambutan sanak saudara suaminya begitu mengharukan. Kakak iparnya iaitu kak kedua suaminya, begitu sibuk membantunya untuk persiapan bersalin nanti. Aku memilih untuk melahirkan anak-anak kami dikampung halaman suami ku. Walaupun ayah dan ibu ku mahu kan aku bersalin di negeri kelahiran ku, namun permintaan suamiku perlu ku dahulukan. Akhirnya, adik-beradik serta orang tua ku mengambil keputusan untuk datang bertandang ke rumah mertua ku seminggu sebelum aku di jangkakan bersalin. Ah…ada lagi 2 minggu untuk sampai ke tempoh itu.

Tiba-tiba terasa sakit menusuk ke bahagian sebelah kanan perut ku. Aku hanya mampu mengerutkan dahi. Menahan kesakitan yang ku alami semenjak kehamilan ku berusia 4 bulan. Ku cuba menggigit bibir. Menahan semampu yang boleh. Namun terasa seolah kesakitan kali ini berlainan. Ia seakan menyengat sehingga ke pangkal dada. Dan aku terasa seolah sekeliling ku berputar. Suara cengkerik di luar rumah semakin sayup kedengaran. Seluruh tubuhku terasa semakin dingin. Cuma satu yang dapat ku lakukan. Ku cengkam tangan suamiku…..

****

Hisyamuddin terjaga. Terasa tangannya kebas dan pedih. Namun pandangannya terhenti di wajah isterinya yang sedang berkerut menahan kesakitan. Hisyamuddin bingkas duduk dan memegang bahu isterinya.

“Kenapa sayang?… Sakit kat mana?..dah sampai masa ker?”bertubi-tubi soalan di tujukan. Namun isterinya tetap tercungap-cungap sambil mencengkam lengannya manahan kesakitan.

“MAK… KAK LONG…..!!!!” Dia menjerit sekuatnya. Jeritannya cukup kuat mengejutkan seisi rumah.

****

Dia merenung wajah isterinya. Kelihatan lemah dan tidak bermaya. Serkup mulut yang membekalkan oksigen untuk isterinya sudah tiga hari di pasang. Namun tidak sedikitpun tanda-tanda isterinya akan sedar. Jari jemari isterinya di sentuh lembut. Terasa dingin. Di kucup satu persatu jari halus isterinya. Pemandangan sambungan wayar dan hos-hos kecil ke lengan dan seluruh tubuh isterinya sebagai bekalan glukos dan nutrien tubuh, merobek hati nya. Setitis demi setitis air matanya mengalir. Dia tidak perduli egonya hilang di saat itu.

“Sayang, abang dah lihat Nur Hannani dan `Izuddin. Mereka sihat sayang, Cuma rindu kat ummi mereka.” Dia terus berbicara seolah-olah isterinya mendengar setiap ucapannya. Di kucup tangan isterinya. Masih dingin.

Mak Lijah tidak dapat menahan sebak dadanya. Sehingga ke hari ini, keadaan anak lelakinya tetap seperti itu. Tetap setia di sisi katil isterinya. Besannya pun tetap setia melawat bilik wad menantunya.

Kelihatan anaknya berdiri. Dia turut menegakkan badannya. Anaknya menoleh memandangnya.

“Mak, Din nak tengok anak-anak dulu. Lepas tu nak solat asar dahulu. Kalau apa-apa perubahan, panggil doktor cepat-cepat yer.” Pesan anaknya. Dia hanya mengangguk. Lalu mengambil tempat anaknya di sisi katil menantunya.

Hisyamuddin merenung tangan kecil Nur Hannani. `Izuddin sedang lena tidur. Hanya Nur Hannani masih terjaga. Sesekali kedengaran esakan kecil dari mulut anak perempuannya. Dia mengangkat tubuh kecil dan mencium pipi anaknya bertubi-tubi. Hatinya terasa sebak tidak terkata. Kalaulah Asmah ada bersama……. Ahhh…As, lihatlah anak-anak cinta kita ini.

Ya Allah! Ku terima anugerahmu. Bukti cinta kami. Ya Allah! Selamatkan lah kekasihku, isteriku, ibu pada anak-anakku ini. Itulah munajatnya di setiap penghujung solatnya. Saban hari air matanya tetap mengalir.

Hisyamuddin berdiri di muka pintu. Matanya tidak berganjak dari memandang sekujur tubuh isterinya. Kenapa sayang? Kenapa sayang simpan derita ini berseorangan? Kenapa biarkan barah itu bersarang di perut dan hati sayang? Kenapa sayang tanggung seorang? Kenapa? Kenapa?!! Hatinya bermonolog sendiri. Kenyataan dari doktor keluarganya seperti hentakan batu besar ke tubuhnya. Suami jenis apa kau ni? Derita isteri kau biar dia tanggung seorang.

Satu suara lain menuduh dirinya. Dia tertunduk menangis. Terasa bahunya di sentuh. Rupanya ibu nya sudah berdiri di sisinya.

****

Tempat apa ini? Terlalu dingin dan sepi. Mana kesakitan yang ku tanggung tadi? Ku lihat sekeliling. Semuanya kabur. Terasa tubuhku dalam kedinginan. Ku cuba pejamkan mata. Dan buka kembali. Suami ku. Suami ku berdiri di muka pintu. Kenapa dia menangis?

Aku cuba gerakkan tanganku. Terasa pedih. Terasa dingin. Ku kuatkan hatiku. Ku gagahkan tubuhku. Ku gerakkan tanganku. Terasa sedikit pergerakan. Ku sentuh perutku. Kempis! Di mana anak-anak ku? Fikiran ku ligat. Ah.. malam itu. Kesakitan itu. Saat itu lah aku akan melahirkan zuriat ku. Di mana mereka sekarang?..

“Abang..?” Aku cuba bertanya suami ku.

****

“As…. Sayang. Sayang dah sedar?” Hisyamuddin memeluk isterinya. Di kucup dahi isterinya berkali-kali. “Mak, panggil doktor mak….cepat”. Mak Lijah tercegat kelu di muka pintu. Maha suci Allah…Dia kehilangan upaya secara tiba-tiba. Namun suara arahan anaknya membuatkan dia segera berlalu memanggil sesiapa di luar bilik.

“Abang…. Ah..anak-anak mana bang?” Asmah bertanya. Namun segera di tahan suaranya bila merasa tusukan perit di dadanya. Nafasnya terasa sesak.

“Sayang…jangan cakap apa-apa dulu. Ani dan Idin sihat sayang.. Rindu kat ummi mereka”. Hisyamuddin membahasakan nama manja anak-anaknya. Hatinya tidak berhenti-henti bersyukur mendengar suara isterinya.

Di muka pintu, seorang doktor muda bersama jururawat melangkah masuk. “Encik Hisyamuddin, boleh keluar sekejap tak?”

****

“Mereka comel kan bang?…. Idin nanti macam abang. Belajar agama..jadi pembela agama.” Asmah memangku `Izuddin di pangkuannya. Nur Hannani lena di pangkuan Hisyamuddin.

“Sayang, terimakasih sayang. Membawa benih cinta kita ini ke dunia…. I Love You.” Hisyamuddin mengucup dahi isterinya. Namun, di kelopak matanya tetap bergenang airmata. Dia cuba menahannya semampu mungkin. Asmah, isterinya tersenyum. Wajahnya begitu ayu. Rasanya cintanya melimpah ruah terhadap isterinya. Bidadari dunia dan serikandi cintanya.

“Sayang… anak-anak dah tidur, abang kena hantar mereka ke nursery. Sekejap lagi, mak dan ayah akan datang melawat.” Dia memaklumkan waktu menyusukan anak telah habis. Di ambil tubuh kecil `Izuddin dan di letakkan di sisi Nur Hannani. Sebelum berlalu keluar. Dia mengucup dahi dan mata isterinya sekali lagi.

“Sayang tunggu abang yer, abang pergi sekejap jer.” Dia berlalu keluar. Ketika di luar biliknya, air mata yang tertahan mengalir keluar. Namun hatinya redha. Isterinya tetap akan meninggalkan nya. Doktor telah mengatakan, sel-sel barah telah memakan sebahagian organ dalaman isterinya.

Menghitung hari. Hatinya perit memikirkan hari-hari yang bakal tiba. Ya Allah! Tabahkan hatiku.

****

“Mak, Din balik hari ini. Tolong kemaskan barang-barang Ani dan Idin. Baju-baju As biar Din kemaskan.” Hisyamuddin memberitahu ibunya. Raut wajahnya muram. Semuram langit petang itu. “Mak, Din keluar sekejap yer…” Mak Lijah hanya mengangguk lemah.

Sayang. Abang datang untuk kali terakhir. Ani dan Idin perlu pulang ke mahligai kita. Mereka akan menyaksikan agung cinta kita. Hisyamuddin bersila di sisi pusara isterinya. Nisan yang masih baru dan tanah yang masih merah mengundang nostalgia terakhirnya bersama isterinya.

“Abang, … As tak tahan bang. Izinkan As bang.” Asmah menarik nafas dalam kepayahan.

“Sayang….abang redha sayang. Jika ini yang terbaik, abang kembalikan sayang pada yang berhak” Hisyamuddin mengenggam tangan isterinya.

“Abang….ampun kan dosa-dosa As… Halalkan semuanya bang.”

“Sayang…. Isteri abang dunia dan akhirat. Abang ampunkan. Sayang…. I Love you…”

“Abang… I Love you…abang…peliharalah cinta kita dengan baik yer bang… Ani..Idin…kasih As selama-lamanya untuk abang…”

“Sayang….mengucap sayang… Ashadu anla Ilaha Ilallah…” “Ashadu …Anla Ilaha..Ilallah…..”

“Wa asyhadu anna Muhammaddur Rasulillah…” “Wa Ashadu anna..Muhammaddur..Rasulllah.”

Pergilah sayang. Engkaulah isteriku dunia dan akhirat. Hisyamuddin tersentak bila mendengar beduk Asar berbunyi dari surau yang tidak jauh dari pusara isterinya. Dia membaca surah Al-fatihah sebagai sedekah ikhlas buat isteri tercinta.

****

Suasana rumah agak gelap. Di petik suis lampu. Keadaan rumah tetap seperti yang di tinggal. Cuma bunga mawar telah layu di jambangan. Wangian rumah semakin kuat mencengkam ingatan pada isterinya. Dia meletakkan anak-anaknya di dalam buaian yang memang telah tersedia di ruang depan. Dia berdiri di tengah rumah. Menarik nafas panjang. Dan tersenyum. Ya Allah! Peliharalah kami. Berikanlah kami kebahagiaan selamanya. Izinkan lah hambamu ini menyemai kasihnya selamanya.

Dia menoleh ke arah buaian anak-anaknya. Dan berkata…..

“Sayang ku… di sinilah mahligai kasih ummi dan abi. Di sinilah abi bermanja di ribaan ummi. Di sinilah… di sini lah cinta dan kasih ummi akan bersama selamanya……”