Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday, December 29, 2009

~Selamat hari lahir~


assalamualaikum...
nak ucap bebanyak terima kasih kat family, kat sahabat-sahabat, kat kawan-kawan, teman-teman dan insan tersayang..terima kasih banyak-banyak...moga bertambahnya umur ku,,maka moga amalan ku juga makin bertambah seiring dengan usia yang makin meningkat,..tetapi pada ku..makin menigkat umur kita..maka semakin dekat lah kita dengan kematian...moga dapat ku tingkat amalan dengan lebih istiqomah..insyaallah...
kek tahun lepas..haha..tahun ni xda..

Tuesday, December 22, 2009

~hawa~


Khusus untuk renungan dan hisbah semua..
Semoga Allah meletakkan secebis hidayahNya ke dalam hati kita....

Hawa, Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.

Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah. Wahai Hawa, Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa, Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.

Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa, Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.. takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa, lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa, Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa, Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN



Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi
Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..

Kita tidak tahu….
Tetapi
.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.


Sunday, December 20, 2009

~binkgisan buat naqibah ku..umi nita~

salam..

ermm ntah lah macam mana tetiba teringat pula dekat naqibah (umi nita).. rindu nak usrah sebenarnya..rasa kosong pula jiwa ni..

Selamat Berpisah

Titisan air mata
Menjadi saksi di hari ini
Tika dan saatnya tiba
Untuk berpisah sesama kita
Semoga Allah memberkati
Pertemuan perpisahan ini

Selamat tinggal selamat berpisah
Buat semua yang teristimewa
Bersalam-salaman bermaaf-mafan
Dalam dakapan kasih dan sayang
Semoga kita berjumpa lagi
Di lain masa bermesra kembali

Ukiran senyum kau berikan
Kini semua tinggal ingatan
Segala jasa dan baktimu
Mendidik daku dan membimbingku

Nasihat dan tunjuk ajarmu
Menjadikanku insan berguna

di tujukan khas buat umi nita..semoga terus berjaya dan berjumpa lagi..


Thursday, December 17, 2009

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

~renungan buat mu~

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA. ......... .

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

~selamat sampai~

salam...

alhamdulillah..akhirnya selamat sampai di kampung halaman dan rumah yang ku rindu..terutama sekali bilik ku..heheh..dan lebih rindu pada keluarga..bertolak pukul 6.30ptg dari seremban..sebenarnya lewat setengah jam bus ni..sepatutnya pukul 6ptg...tunggu punye tunggu sampai jugalah bus tu...saat nak bersalaman dengan kawan-kawan aku sedih sangat sebab driver bus tu marah-marah..sound-sound nak cepat-cepat..sapa yang lewat sebenarnya..sampai naik dalam bus masih bebel lagi..nak bagi satu bus tau ke?leceh betul..dia yang lambat nak marah-marah orang..tu lah orang yang tak bertanggung jawab..salah ke apa aku buat tu?entah lah...bairkanlah..bukan aku jumpe lagi pun dengan dia..agak sedih juga lah dengan apa yang berlaku..apa-apa pun aku dah selamat sampai kat kampung..sekarang masa untuk rehat dan mantapkan diri dengan hafazan...insyaallah...

Tuesday, December 15, 2009

~D.U.I.T~

salam...

alhamdulillah..akhirnya semua dah selesai....ha??dah selesai???belum selesai sebenarnya..banyak lagi yang perlu di hadapi..hadapilah dengan tabah wahai diri...

segala kesyukuran aku serahkan padaMu ya ALLAH..kau permudahkan segala pergerakan ku..melewati batas-batas waktu yang ada untuk ku susuri dengan penuh rintangan,onak duri dan ranjau yang berliku..aku bersyukur kerana masih mampu berdiri walaupun dugaan datang melanda..

hari ni last paper untuk sem 5 Diploma Kejururuteraan Elektronik (komputer) E41621-sistem aplikasi&komputer...soalan yang agak mencabar minta bagi aku yang kurang nak baca buku lantaran penyakit M menguasai diri..tapi ku gagahkan diri untuk terus berjaya..cewah..alhamdulillah..segalanya di permudahkan..ilham datang mencurah-curah walaupun aku tak tahu jawapan dia..hehehe..xpe..kata lect janji tulis..jgn biarkan kertas itu bersih tanpa bertulis..heheh..walaupun soalan itu mencabar..aku tetap akhirkan dengan alhamdulillah sewaktu nak tinggal kan dewan pepriksaan..

yang penting doa,usaha,ikhtiar dan tawakal..ya..akhir sekali adalah tawakal kepada allah setelah kita berusaha..dan saat yang paling mendebarkan ialah nak tunggu result keluar pula..huhuhu..

setelah pulang kerumah..fikiran ku ligat mencari motor untuk ku pinjam..ada hajat yang ingin aku laksanakan..hajat? hajat apakah itu?

alhamdulillah,akhirnya aku dapat pinjam motor dari kawan sekampung..dok sebelah umah je..terima kasih kawan,bagi aku pinjam motor..minyak pun aku dah isi full untuk ko..heheh..

lewat aku bertolak dan agak lewat juga aku sampai untuk bertemu dengan Umi Nita (naqibah ku)..alhamdulillah kami di pertemukan lagi dalam pertemuan yang agak singkat..memang niat untuk ku bertemu sebelum aku cuti dan sebelum dia pindah...sekali lagi hajat ku tercapai..

agak sedih dengan kehilangan sorang insan yang baru aku kenali dan bersua hanya beberapa ketika..walaupun hanya baru tapi banyak yang aku pelajari..biar lah rahsia..hahah..tapi syukur dia atas pertemuan ini...moga kita bertemu dia pertemuan yang insyaallah tak si sangka mungkin..

lupa pula aku nak bawa kamera untuk gambar kenangan..lepas ni entah bila kan bertemu lagi..insyaallah moga ada lagi pertemuan ini...pasti aku akan merindu saat itu..sungguh tidak tergambar kesedihan di hati..hanya tuhan yang tahu...

Friday, December 11, 2009

~luahan hati ini...~

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu-bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.

Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak didepan mata.

Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba menegurku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi kerana Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.

Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan begitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan ALLAH kelak andai disoal? Kalau aku tidak ingin engkau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menhias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh ALLAH. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah ALLAH telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang sememangnya lemah ini telah diuji oleh ALLAH apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai-bagai dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang sebelum ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuat aku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau miliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji ALLAH. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak punya hak untuk berbuat begitu. juga jangan melampaui batasan yang telah ALLAH tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam air mata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga...

Wassalam...

Monday, December 7, 2009

~ku akui kelemahan diri~

teima kasih sebab sedarkan aku dengan perkataan tu..
ye aku sedar...aku akui kelemahan diri aku..
apa lagi ye?
ego..
sombong..
TAK TAHU HORMAT ORG..
berlagak..
tak kenang budi..
apa lagi yang kau nak bagi tahu?
silakan..
apa-apa pun terima kasih atas luahan yang kau bagi dekat aku...
terima kasih..
tu je yang mampu aku katakan...

isnin,7/12/09
4.45pm


Wednesday, December 2, 2009

~final mood~

Isnin
7/12/2009

~Sistem Mikro & Pengawal Mikro
2.30pm-4.30pm

Rabu
9/12/2009

~PLC
8.15am-10.15am

Jumaat
11/12/2009

~Matematik Kejuruteraan 4
8.15am-10.15am

Selasa
15/12/2009

~Sistem Komputer&Aplikasi
2.30pm-4.30pm

semoga berjaya untuk diri ku dan teman-teman yang amek final ni..minggu depan paper killer...semoga berjaya..insyaallah...

Monday, November 30, 2009

3hari 2malam


salam semua...sebelum tu nak ucap selamat hari raya aidiladha kepada seluruh umat islam di dunia ini...alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar..syukur pada Mu ya allah kau permudahkan segalanya...
alhamdulillah pada 26hb..aku telah bertolak ke taiping pada pukul 11.30malam..lepas kelas tu kemas-kemas apa yang patut terus kejar bus pegi seremban..dah sampai terminal 1 tu agak lama juga nak tunggu malam..tak tau nak dok mana..dok pusing-pusing kat tingkat yang sama..aduh kaki memang dah tak tahan gile kesakitannya..dok kuar masuk surau je kejanya..tapi yang best nya..aku jumpe FITRI UNIC..huhuh...tak sangka pula..aku dok kat surau kejap dalam pukul 9mlm sebab dah tak tau nak dok mana..aku letih sgt..tgh duduk sambil baca buku..adalah brapa org dalam tu..ada mak cik tu tgh baring sambil ada tasbih di tangan dia..lepas tu ada pak guard datang terjah macam tu..nasib masa tu sume tutup aurat..dia marah-marah..cakap tak boleh dok kat surau..sian kat mak cik tu kena marah..padahal bukan buat apa pun..memang tak patut..kenapa orang yang buat maksiat dekat luar sana tak nak marah-marah..tapi org dok kat surau kena marah?memnag dunia ni nak kiamat agaknya...
lambat juga aku bertolak..dah lah letih..jalan jam..aku tak taulah nk sampai kol brapa..aku memang dah tak tahan sangat..akhirnya alhamdulillah pukul 6 pagi aku sampai juga ke kemunting,taiping...sampai umah aku salam dengan mak cik dan terus aku lelapkan mata tak sedarkan diri..maaf lah sebab memang dah tak tahan sangat..tapi tak sedap juga kat umah orang buat macam tu..tapi aku memang dah tak tahan.....3malam aku tidor kol 5pg....tu lah yang jadinya...

27hb..
pagi raya..sedih juga sebab jauh dengan family..tepon mak..mak masak nasi tomato..wow sedapnya..di rumah syg aku ni pula ada kenduri..katanya ada orang datang buat takbir raya dari rumah ke rumah...aku pun tak tahu..kat tempat aku tak da macam ni..biasa-biasa saja..tu lah sebab kenapa aku hadirkan disini..niat yang utama memang lah nak jumpe dan eratkan silaturrahim.dan yang keduanya sebab aku nak rasa suasana raya yang berbeza di tempat orang..alhamdulillah..macam ni budaya mereka...petang tu aku main badminton dengan daniel..pastu p jalan kampung..best juga suasana macam ni..aku memang suka suasana macam ni sebenarnya..best sangat..

28hb
biasa-biasa je..tak de wat apa..aku terpaksa khatam kan 3bab sebabnya aku ada 2 test..so aku minta maaf sangat-sangat sebab terpaksa memncilkan diri untuk menelaah buku dengan tajuk yang banyak dan memeningkan tu..maaf sebab entahlah..aku tahu..apa pun maaf saja yang mampu ku pinta..malam tu..syg aku bw p taiping sentral..erm p beli macd,,sebab adik-adik dia nak..aku tak pandai makan sangat..pastu p main permainan..main bola..wow..tahniiah kepada kami sebab kami menang..hahah..aku berdua dengan along..dan syg aku bertiga..ateh dan adik dia..hahahah macam mana boleh kalah ngn kita org..tgklah betapa hebatnya team ank sulung ni..hahaha..dan aku nak ucap terima kasih kat syg aku sebb belikan something kat aku..hahha jahat aku ..apa pun tksih...



29hb..
aku telah fly semula ke seremban..huhu sedih rasa...memang sedihlah sebab nk pisah ngn syg aku ni..rindu sgt kat dia..hahah..tak pe lah panjang umur kita jumpe lagi yerk..apa pun aku nak ucap terima kasih sangat-sangat kat family dia sebab bagi aku tumpang beberapa hari kat umah dia..aku tak kesah pasal layanan sebab bukan itu yang aku nak pun..cume aku telah dapat sesuatu yang kira berharga jugalah bagi aku..aku belaja sesuatu disana..alhamdulillah..aku tak sia-sia kan setiap peluang yang allah bagi kat aku untuk lakukan sesuatu..cume aku minta maaf sekiranya kurang mesra atau ramah..sebab aku ni pemalu..hahahaha..apa-apa pun aku hepi sangat..terima kasih atas segalanya....

Friday, November 20, 2009

~sekitar November~

assalamualaikum..
erm rasanya tak ada apa yang nak di kongsikan..juz nak menghidupkan kembali blog yang memang dah lama terbengkalai..
sekitar november yang nak hampir ke penghujung ni..macam-macam aktivi yang aku dah buat..aku pun tak tahu apa yang aku buat..rasanya selagi ia tak menyalahi hukum syarak..
3/nov..
aku start usrah under JIM kalau tak silap aku..betul rasanya..alhamdulillah..sikit sebanyak terisi juga jiwa yang dah lama kosong ni..yang paling aku suka sekalai masa aku kat umah sewa semakin terhad..bebas aku rasa..kenapa ya??fikir-fikirkan..masa tu 1st time aku pegi dengan akk usrah..kak fareha nama dia..dia amek aku kat umah..erm dan hantar aku balik..bukan apa sebba aku tak de transport nak p sana..tkasih banyak2 lah..hari pertama tu biasalah ta`aruf sesama ahli..aku lah yang paling muda dan student..yang lain dah bekerja dan berumahtangga..naqibah yang aku panggil "umi" memang best...erm bingcang tentang tauhid..kenapa kita kena mengenal ALLAH..sebab allah pencipta kita..tuhan sekelian alam..setiap amalan serta perbuatan yang kita lakukan akan di kira oleh allah tetapi ianya berbeza dengan orang bukan islam..banyak mana pun amalan baik yang mereka lakukan sikit pun tak di kira oleh allah.. tu lah sedikit sebanyak input yang aku dapat..teringat pula balaja waktu kat sekolah agama dulu..

5/nov
petang tu aku ada sukan JPP..game ping pong..terpaksa lawan dengan staff dari jabatan awam..nak xnak terpaksalah...dengan xsedia apa-apa pun..main lah hentam kromo saja..alhamdulillah..heheh berjaya tewas kan lect tu..maaf puan..hahah..dah lama x try..

10/nov
hujan yang berpanjangan..dapat mesej usrah macam biasa..akk yang tumpangkan aku tu tak datang ..jadi macam mana ye nak pergi..herm nak tak nak aku pun pegilah pinjam motor dengan kawan kelas aku..mula-mula minta tolong dengan budah umah ni tolong hantarkan..yelah takut tuan motor tu nak guna lagi pun aku tak pasti balik pukul berapa..tapi amat mengecewakan sebab xda sapa pun nak tolong hantar kan aku..alasan masing-masing takulah..gelaplah..jauhlah..erm tak pelah kalau macam tu..aku pikir dalam hati tak mengapa..mugkin ni ujian buat aku untuk nak cari ilmu allah tu..aku tabahkan hati,kuatkan semangat..gagahkan diri..jauh juga dari umah kau nak ke kawasan usrah tu..dengan hujan dan jalan yang tak berapa elok..aku redah jugak..1st aku pergi sendiri..aku ni memang silau kalau waktu malam..lepas tu tak nampak jalan pulak..habis lubang aku langgar..ish2..memang mengajar kau dan pengalaman yang aku rasa memang mencabar..dah pukul brapa aku pun tak tahu..hujan masa tu makin lebat..aku ingt dekat sempang tu ada signbord TNB..aku pun masuk lah kat situ..rupa-rupanya salah jalan dah..aduh sesat pula dalam hujan ni..nekad nak patah balik..tapi semangat tu masih kuat..aku teruskan perjalanan perlahankan motor cari jalan..try lah masuk simpang lagi satu..alhamdulillah..sampai akhirnya..basah kuyup aku waktu tu..sabor je lah..usrah kali ni aku tak dapat nak tumpu sangat sebab dalam kesejukan yang amat sangat..kepala pun dah berat..

14/nov
pergi seremban..nak tukar tiket ke Taiping malam..sebab siang tu aku masih ada kelas..takut jugakalah tiket abis kalau tak sempat nak tukar..sayang pula nak tinggal kan kelas tu..bukan apa..kefahaman tu penting bila lect ajor kat depan..ikutkan aku setakat baca pun boleh..tapi aku tak nak..nak last2 sem ni..banyak tips yang lect bagi..tu yang rugi tu kalau tak hadir..tergolong diantara yang istimewa mugkin..hehe..tumpanglah kawan..katanya pukul 10pg..pastu pukul 11,xjalan jugak..last2 kat kol 12..erm tension betul..kalau tak hujan memang aku dah pergi sendiri dah..aku tumpang sampai terminal 1 je..pastu dorg sume pergi tgok wayang kat jusco kot..ajak aku?oh tak mungkin aku jejak kaki kat tempat tu..nasib dorang paham hal-hal yang macam ni..bagus..ada kegunaan jugak mereka ni..hahaha..jalan-jalan lah kat situ sorang2..aduh bosan betul..ada pertandingan nyanyi pulak kat situ..pergh seksi betul dak pompuan yang nyanyi tu..sore dah lah hampeh..hahah..

15/nov
her keletihan tak abis lagi..tapi pagi tu ada kursus untuk bakal engineer...hahahaha...ceweh perasan betul...tapi betul apa..dah amek kos kejuruteraan mestilah nak jadi jurutera..erm nasiblah tak boring kursus tu..perceramah yang dijemput tu sungguh best dan lawak..tak de lah mengantuk sangat..yang aku tak puas hati tu dia dok sebut-sebut nama aku..aduh..malu lah..heheheh..balik tu aku terus lepak kat tilam..keletihan yang amat sangat...

18/nov
dapat mesej pagi tu dari lect petang tu ada friendly ping pong dengan UTEM melaka..mati-matilah kau ingt game tu kat tempat aku..rupa-rupanya kena pg melaka..aduh ..dengan tak bawa apa-apa dan sedia apa-apa pun tak da..hujan lebat tak payah cakaplah..elak mati beku aku kat dalam bus tu..sweaternya tak de..hem dugaan betul..sabau jelah dengan lect tu..tak pe..ping pong punye pasal..tak de hal lah..tapi banyak hal sebenarnya...macam nak demam aku sebab sejuk sangat..dah lah ada masalah tulang kalau sejuk-sejuk ni...hermmm...balik sampai umah kol 1.30pagi..aduh letih gile..

19/nov
ada hari jabatan kejuruteraan elektrik lah pulak..tapi malangnya ku tak pegi pun..haha jahat tak..letih sangat..tak terbangun rasanya..tapi pegilah jugak dalam kol 11 tu..sebab kedatangan diambil..so hadirkan dirilah dengar taklimat robot..wah comel pula aku tegok robot ni..macam baby pun ada..geram betul aku...eee kalau dapat tu...siaplah kau robot aku kerja kan..
masa nak pergi tu aku cari jam...ohh tidak...jam pemberian mak cik aku waktu aku nak pergi melaka MSP(majlis sukan politeknik 2008) hilang...tidak...semalam ada masa aku balik dari melaka tu..tak kan tercicir,..tak mugkin..erm terselit mana-mana agaknya..aku sayang gile jam tu...hadiah tu..aku hargai pemberian orang...sedihnya...bak tak nak aku terpaksa beli jam baru..sebab aku ni tak reti kalau tak pakai jam..mesti kena pakai jam..menghargai masa lah katakan..hahaha..petang tu kol 5 ada kelas keselamatan..aduh...petang pula dia wat kelas...balik tu nak sampai dekat kol 7 kat umah...dapat mesej pula usrah pukul 8...sempat ke nak makan ni..tak makan lagi dari pagi...aduh..nampaknya memang tak sempat..herm redha je lah...

26/nov
aku tak sabar bak fly ke perak..heheh..nampaknya aku raya kat tempat orang lah kali ni..wow..pengalaman yang hebat ni...tunggu dan lihat sajalah..insyaallah kalau masih sempat aku bernyawa lagi..sampailah kat sana..insyaallah..

28/nov
besday mak..moga panjang umur mak dan di murahkan rezeki...nanti ada duit nak bawa mak pegi haji...insyaallah..doakan ye mak saya berjaya...ameen..




Saturday, October 31, 2009

~Bingkisan Rindu Buat Mu~

hari demi hari yang aku lalui sungguh indah ku rasa..
tak dapat ku bayang kan saat indah yang kami lalui bersama..
alhamdulillah sujud syukur ku pada illahi saat mata ini ku tatap matanya..
ada satu perasaan yang terbit dari hati..
ya Allah..terima kasih pada pertemuan ini..
pada mu ku ppanjatkan kesyukuran itu..
kau temuikan kami lagi dalam pertemuan yang kami nantikan..

hari berlalu dengan lebih indah..
walaupun banyak dugaan yang kami hadapi..
tetap di tempuh dengan penuh kesabaran..
karenah demi karenah ku telan dengan penuh sabar dan berhemah..
begitu juga dengan dirinya..
penuh kesabaran melayan karenahku yang berbagai-bagai..
sanggup buat apa saja asalkan aku gembira..
terima kasih sayang..
sungguh dirimu tak kan ku lupakan..

jujur dari hati ku..
sungguh senang aku bersamamu..
gembira di hati..bahagia terasa dikala kita bersama..
harungi segala pahit dan manis..
segala pengalaman kita ambil sebagai pengajaran dan tauladan bersama..

tapi bahagia itu hadir hanya seketika..
saat dirimu melangkah pergi..
aku kembali kesepian..kesunyian..
hilanglah permata hati..
hilanglah penawar dikala ku berduka..
hilanglah tempat ku bermanja..
tiada lagi layanan dari mu yang ku rindukan..
sungguh air mata itu tidak henti-henti mengalir..
saat ku melambaikan tangan..
aku terpaku menunggu dirimu..
ya allah selamatkan lah perjalanannya..
moga pertemuan indah masih lagi menjadi milik kami..


Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu


Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu


Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya
Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu


Tuesday, October 13, 2009

~perlukah~

menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi


setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu

p/s:untuk yang pernah bergelar sahabat...dulu masa kita berkawan..kau kata walau apa pun yang terjadi..kita tetap kawan,teman dan sahabat..tapi sekarang hanya dengan perkara kecil itu kalau tinggal kan aku...terima kasih untuk semuanya...

Friday, October 9, 2009

~rindu haziq~

entah kenapa tiba-tibe perasaan ini hadir..rindu pada insan kecil yang istimewa..yang memiliki keistimewaannya yang tersendiri..kepetahannya bercakap dan menghafal apa yang di dengarnya dengan mudah berbanding anak kecil lain.sungguh aku betul-betul rindukan dia..entah bila lagi aku dapat jumpe dengan dia..bila ku balik bercuti,dia xda,,dia balik kampung..hanya mampu bercakap di telefon saja..sayu bila dengar dia bercakap..aku harap bila dia besar nanti dia akn jadi pejuang untuk membela agama ini..sungguh aku rindukan dia...

Sunday, October 4, 2009

اختيار الزوجة = Memilih Pasangan

منذ أن خلق الله آدم، وكتب عليه أن يعيش على الأرض، هو وذريته من بعده، والزواج أمر ضروري لاستمرار الحياة، حيث يشعر الرجل بالحاجة إلى المرأة، وتشعر المرأة بالحاجة إلى الرجل، فكلا هما يحتاج إلى الآخر. فالطعام والشراب، والسكن لا يغني عن الزواج. وهذا دليل على أهمية الزواج، الذي لا يستغني عنه عاقل.

الإسلام يسمو بالزواج عن الحيوانية، ويجعله اتصالا كريما بين الرجل والمرأة، يناسب كرامة الإنسان، وفضله على سائر المخلوقات، ويحقق المعاني الإنسانية المقصودة من الزواج يقول الله تعالى: (ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة إن في ذلك لآيات لقوم يتفكرون).

اختيار الزوجة أهم مرحلة قبل الدخول في الحياة الزوجية. ذلك لأن الزواج رابطة وثيقة، وعلاقة إنسانية. وعملية الاختيار تحتاج إلى جهد، للعثور على الشريك المناسب. واختيار الزوج أو الزوجة خطوة من أهم الخطوات التي يتخذها الإنسان في حياته، فإن من يختارها الرجل، لتكون شريكة حياته، ستكون جزءا منه، وأما لأولاده، وربة لبيته.

وضع الإسلام قواعد لاختيار الزوج والزوجة الصالحة، فعلى سبيل المثال، فإن أهم صفة للزوجة، أن تكون ذات دين، يدفعها إلى أداء الحقوق التي عليها، ويمنعها من طلب ما ليس لها. وفي وصف المرأة الصالحة، يقول الله جل جلاله: (فالصالحات قانتات حافظات للغيب بما حفظ الله)[النساء 34].

وفيها يقول الرسول - صلوات الله وسلامه عليه - : "تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها، فاظفر بذات الدين، تربت يداك". وذات الدين يطمئن إليها القلب، ويأمنها المرء على نفسه وماله، وعلى نفسها أيضًا.

والمرأة لا ينبغي لها أن تقبل من الأزواج، إلا من هو على خلق ودين. يقول الرسول - صلى الله عليه وسلم - : "إذا أتاكم من ترضون خلقه ودينه فزوجوه، إن لا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض". وعلى الولي أن يستأذن موليته إن كانت بكرا، ويستأمرها إن كانت ثيبا.

ومن أهم صفات من يختارها الرجل زوجة له، أن تكون ذات خلق حسن، فتحب زوجها، وفي ذلك يقول الرسول - صلى الله عليه وسلم - : "تزوجوا الودود". والزوجة العاقلة ذات الخلق الحسن، والتربية الحسنة، تعامل زوجها معاملة حسنة، وتجنبه المشكلات.

وبعد موافقة كلا الطرفين على الآخر، واطمئنان أحدهما إلى شريك حياته، أباح الإسلام للخاطب والمخطوبة أن يرى أحدهما الآخر. قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : "إذا خطب أحدكم المرأة، فإن استطاع أن ينظر منها، إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل"

cintailahialways~

Saturday, October 3, 2009

~secantik wanita solehah~

1.kenape pompuan cantik pakai tudung.
..sebab dier nak tutup aurat…

2.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier jage maruah..diri..dan keluarga…


3.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab.. sebab dier cantik..

4.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier..kecualipada yang berhak..

5.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dier seorang yg pandai..pandai jaga diri

5.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier anak solehah…

6.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dier dengar ckp mak bapak dier..

7.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier hormati orang lain..

8.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab takut apabile dier tak pakai tudung
orang tgk
dier cantik..dan ade niat yg tak baik..

9.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt..

10.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab tak nak menyusahkan orang lain..

11.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dapat pahala..

12.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah..

13.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab supaya dpt menjadi contoh pada
perempuan
lain..

14.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab supaya lelaki yg beriman je yg suker
dier..

15.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab mendengar suruhan nabi…

16.kenape pompuan caantik pakai tudung…
sebab rambut perempuan adalah mahkota
baginya.. jadi die tak nak sewenang2nya
menunjuk
kpd lelaki..kerana jika die menunjuk maknanya
die
dah tak bernilai kerana mahkota die telah
dilhat
oleh semua lelaki (kecuali keluarga)

17.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab patuh pada suami..

19.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab plg penting..die orang islam…

20.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dalam Al-Quran suruh die pakai
tudung..kalau orang Islam tp tak berpegang pd
Al-
Quran.. nak berpegang pd ape lg..??

21. kenapa pompuan canti pakai tudung…
pasal korang mmg cantik laa kalau pakai
tudung..orang lelaki mmg suka org pompuan yg
pakai tudung…aku tahu sebab aku lelaki..

22.kenapa pompuan cantik pakai tudung..
pasai diorang tahu kalau tak pakai tudung
diorang
akan “syok sendiri” yang diorang tu lawa…rugi
laa
kalau camtu…pakailaa tudung wahai muslimah
Islam..serius ni…

23. kenapa pompuan cantik pakai tudung..
pasai dia tak moo orang lelaki suka kat dia
pasal nafsu semata2….mesti nak kat dia pasal
agama dan akalnya yg baik….

24. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab ……byk lagi sebab…

JADI PEREMPUAN DILUAR SANA MARI LAH
MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA
SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI
TUDUNG
SESUNGGUH NYA ALLAH SUKA
AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI
PERINTAHNYA
JADI INGATLAH PEREMPUAN SEMUA…………..

KALO KORANG PAKAI TUDUNG MESTI LELAKI
YANG BAIK AKAN MENDEKATI ANDA….DAN
LELAKI YANG JAHAT AKAN MENJAUHI ANDA
INSYA ALLAH…

INGATLAH…MENUTUP AURAT ITU ADALAH
WAJIB…SEPERTI SURUHAN ALLAH YANG LAIN
SEPERTI SOLAT PUASA ZAKAT….

JIKA ANDA MENUNAIKAN SOLAT KERANA
MEMATUHI PERINTAH ALLAH….MAKA
PAKAILAH TUDUNG JUGA KERANA MEMATUHI
PERINTAH ALLAH……

RUKUN IMAN YANG PERTAMA BERIMAN
KEPADA ALLAH….DENGAN MEMATUHI
PERINTAH ALLAH DAN MENINGGALKAN
LARANGANNYA…..

SEKIRANYA ANDA TIDAK MENUTUP
AURAT…INI BERMAKNA ANDA TIDAK
MEMATUHI RUKUN IMAN YANG
PERTAMA……….
forward dr insn bernama lelaki………..utk
renungn
wanita………..


“kehidupan di dunia tidak lain hanyalah

kesenangan yang memperdayakan”
Ali Imran 18
5….

Friday, October 2, 2009

~mohon dengan sangat~

Ya Allah
Aku ini insan yang kalah
Balutlah hatiku yang terbelah
Juga terpisah-pisahYa Allah
Hanya pada Mu aku meminta
Dan hanya pada Mu ku memohon
Mohon dengan sangat

Ya Tuhanku
Apa lagi yang salah dariku
Bersujudku mohon kepada Mu
Ampuni dosaku

Ya Tuhanku
Hanya engkau yang dapat mengerti
Kesepian yang merobek diri
Ku tak tahan lagi

Ya Allah
Jangan biarkan aku terpisah
Terjerat dalam pusara rindu
Rahasia kasih Mu

Ya Allah
Kepada Mu aku menyeru
Ku mohon jangan pisahkan aku
Mohon dengan sangat

Lapangkanlah hatimu dalam musibah
Dan bersabarlah di jalan Allah
Jangan hanya memeluk dunia fana
Yang bersalut dengan dosa

Ingat azab neraka
Akan mengejarmu saat kau mati
Jadi jujurlah harungi hidup ini
Jauhi azab ilahi

Bersyukurlah selalu
Dan jangan ragu
Nescaya jauh azabmu

"Sesungguhnya hidup ini meletihkan dan kerana ini jugalah hidup diciptakan" dan " Berusahalah sedaya upaya anda, samada mencapai matlamat atau gugur di pangkuan syahid kerana disana terdapat sebuah kebaikan"