Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Saturday, June 27, 2009

sambungan kes gaduh

assalamualaikum...entah lah kenapa tetiba rasa mcm nak bagi pandangan tentang kes gaduh kat sek agama tu..rasa nya macam tak patut lah pulak..erm buat malu sekolah lah..sekolah "agama" pula tu..adoi..apa nak jadi lah budak zaman sekarang ni..mereka macam berkuasa pula di asrama tu..kalau lah di ikutkan logik akal pelajar2 yang dah akil baligh tu sepatutnya biar lah guru yang selesaikan sekiranya betul budak tu bersalah ni ikut sangat nafsu asyik nak pukul orang saja..macam lah berkuasa sangat..kalau mati budak tu sapa yang susah..mereka2 jugak..pk lah sebelum bertindak..mana didikan yang di berikan kat sekolah tu..sepatutnya bawalah status agama tu..ni..masyaallah..apa lah nk jadi..perkara ni perlu di bendung..malaysia sekarang ni dah semakin ganas nmpaknya..dari yang dewasa sampailah ke budak sekolah melakukan jenayahnya..dunia nk kiamat agaknya...huhu...pelik2...

Pelajar tingkatan tiga dibelasah empat senior

Pelajar tingkatan tiga dibelasah empat senior

ROMPIN - Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di sebuah sekolah agama di Rompin dibelasah empat senior sambil disaksikan 80 pelajar lain, awal pagi semalam.

Mangsa, Mohd Ashraf Abdul Aziz dibelasah oleh seniornya yang berusia antara 16 dan 17 tahun selepas selesai solat sunat witir di dalam surau sekolahnya.

Abang iparnya yang enggan dikenali berkata, kejadian pada 1 pagi itu berlaku menyebabkan Ashraf mengalami cedera. Selepas solat, pelajar-pelajar tersebut telah menutup lampu sebelum membelasah Ashraf sambil disaksikan oleh pelajar lain.

“Pihak sekolah yang lambat sedar kejadian itu kemudian menghantarnya ke klinik swasta sebelum dilarang ibu supaya dirawat ke klinik awam,” katanya.

Beliau berkata, keluarganya membuat laporan polis mengenai tingkah laku empat pelajar yang membelasah adik iparnya itu dengan tanpa sebab.

“Kami kemudian menarik balik laporan tersebut selepas berbincang dengan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya.

Ekoran itu, mangsa menerima rawatan pesakit luar di sebuah klinik di Rompin dan bercadang untuk berpindah ke sekolah lain di Temerloh.

Dalam pada itu, pengetua sekolah tersebut, Nasiruddin Mohamed Yusof berkata, sekolah telah mengambil tindakan dengan membuang asrama terhadap empat pelajar terbabit.

Beliau berkata, pihak sekolah memandang serius perkara itu dan tindakan undang-undang telah dilakukan kepada pelajar berkenaan sambil menegaskan kes itu akan disiasat dengan lebih lanjut.

Menurutnya, pihaknya juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan polis berhubung insiden itu.

“Sekolah masih jalankan siasatan dan tindakan kepada mereka sudah diambil. Jadi kita juga sudah bincang dengan kedua-dua ibu bapa terbabit dan mereka sudah menarik balik laporan kes ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Rompin, Deputi Superintendan Razali Razak berkata, pihaknya ada menerima laporan tersebut dan telah ditarik balik keluarga mangsa.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/archive/260609/com/story2898961.asp