Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, April 29, 2009

sekadar coretan..

Adab dan akhlak ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang.
tetapi malangnya kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya
kata-kata yang sering di ucapkan biarlah selari dengan apa yang dirasakan
kerana selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang di ungkap
lebih baik menjadi pendengar yang bijak
daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa
rasulallah pernah bersabda yang bermaksud:
"berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan
untuk bekalan hari akhiratnya
sehingga dia memperoleh redha tuhannya
dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia
hingga dia terhalang daripada mengerjakan amalan
untuk akhiratnya dan jika tidak memperoleh redha tuhannya"
(riwayat al-hakim)

Sunday, April 26, 2009

~seri Di hati~

Pepohon kelayuan ranting yang kekeringan
Dedaun berguguran tandus tiada harapan
Umpama hidup kita tiada bertandang kasih dan sayang
Tertanam kebencian , kesunyian

Kasih yang sejati anugerah ilahi
Hadirnya dijiwa bukannya kerna dipaksa
Cinta yang terjalin didalam diri manusia
Kesuciannya bagai sutera putih

Tautan cinta yang bersemi di sulami kasih ilahi
Yang melahirkan ketaatan bukannya kemurkaan tuhan
Temuilah seri di hati itulah cinta hakiki
Andai kau salami rahsia keimanan…

Telah bermula episod cinta yang suci
Dua insan berkasih pun berikrar janji
Dengan tersarung sebentuk cincin di jari
Kedua orang tua pun merestui

Terikat janji bakal mebina mahligai impian

Kini hanyalah ujian sabar menekan jiwa
Namun syariat dari ilahi itu syarat paling utama
Demi kesucian cinta restu yang esa
Demi cinta suci yang tiada ternoda…..

Thursday, April 23, 2009

HAKIKAT PERNIKAHAN


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yangpaling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidurtidak memuaskan.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangantidak dapat memberi anak.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
:: SEKADAR RENUNGAN BERSAMA ::

Tuesday, April 21, 2009

~hari temuduga~

assalamualaikumwbt...alhamdulillah..syukur sangat kepadaNya kerana telah memberi peluang kepada ku untuk merasai pengalaman yang amat berharga bagi ku..pagi tadi aku telah menjalani sesi temuduga yang ku rasa ianya begitu penting bagi setiap calon yang ingin kan pekerjaan..bagi aku ianya satu peluang yang cukup bermakna untuk aku jadikan pengalaman di masa hadapan..

aku bertolak dari rumah pada pukul 4pagi dan singgah solat subuh di kota tinggi..masa tu hati ini tak rasa apa-apa lagi...berdebar atau sebaliknya...seusai menunaikan solat serta bermunajat kepada yg Esa agar di permudahkan, aku meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang di tetap kan di Menara Ansar di Johor Bahru..

alhamdulillah sampai di tempat tersebut pada pukul 7.30pagi..aku menyiap kan diri agar kelihatan segar,,almaklumlah ketiduran di dalam perjalanan..tentunya keletihan..lantas aku mengambil fail yang ttelah sedia dan mengatur langkah menuju ke tingkat 9&10..di bahagian tenaga kerja..masa itu perasaan dah berubah,..seakan gementar,ketakutan pun ada..tapi ku tenangkan hati dengan bacaan ayat al-quran serta selawat agar ia dapat ,meredakan gementar di hati ini..

pukul 8 pagi pendaftaran bermula..aku dapat giliran ke-6..sempat juga beramah mesra dengan calon yang lain..majoritinya sama macam aku..dari lepasan politeknik..kami bertukar info dan bertanya tentang pengalaman masing-masing..kebanyakannya semua merupakan pengalaman pertama bagi mereka..

SPA-juruteknik komputer..itulah panggilan temuduga yang aku di tawarkan..pengalamn belajar dalam bidang tu amatlah sedikit berbanding dengan subjek toeri serta amali elektrik yang aku belajar sejak di tinggkatan 4 lagi..bagi aku ianya tidak mencukupi lagi..tapi tidak mengapa aku sekadar mencuba..manalah tahu kalau-kalau ada rezeki..heheh..terima sajalah..

tepat jam 9.15 aku di panggil masuk ke bilik temuduga..dengat lafaz bismillah aku melangkah masuk dengan berbagai-bagai perasaan yang tak tahu nak ku gambarkan..ye lah aku ni dah lah pendiam orang nya..ada pula nanti dok diam masa orang tu tanya,,,tak ke masalah nanti..hhuhu..dengan penuh yakinnya aku memberi salam dan menghulurkan segala dokumen yang diminta..dan aku dipersilakan duduk..

soalan 1:
perkenalkan diri anda...

soalan 2:
boleh berbahasa inggeris..

soalan 3:
tell me what your hobbies..(aku kata aku suka bersukan...pastu nth mcm mana mulut ni leh p ckp suka melancong pula..huhuhu)

soalan 4:
siapakah pemain badminton negara...(sebbnya aku kata hobi aku bersukan..soa dia tnya lah mcm tu..huhhuh)

soalan 5:
masa praktikel di telekom apa yang awk lakukan..sila cerita satu persatu...(mau haus aku nak cerita...)

soalan 6:
apakah operating system yang terbaru...(huhuhu apa erk?aku pun tak tahu..hentam sajalah)

soalan 7:
terangkan mcm mana nak format komputer..(masalah pc xda depan mata...aku main ikut cakap sajalah)

soalan 8:
apa itu router...

soalan 9:
apa tugas sorg juruteknik kompt..(aku jawab apa yg aku bacalah..dorg p gelak..bleh tnya mana aku tahu jawpan tu..huhuhu..apa daaa)

lagi aku dah x ingtlah sebbnya dia dok gelak je kat aku..aku pun gelak jugalah..huhu..ntah apa yang di gelakkan pun aku x tahu..

lebih kurang jam 9.30 aku keluar dari bilik temuduga tu..huhuhu..lega rasanya...itulah pengalaman yang x kan aku lupakan...sekiranya aku berjaya..akan aku teruskan dan sekiranya tidak..aku akan capai matlamat yang nak aku tuju selama ini...insyallah aku akan menyambung pengajian ku dalam bidang yang aku impikan...

doa dan harapan aku untuk diri sendiri..janganlah mudah menyerah sebelum berjuang dan teruskan lah berusaha sehingga berjaya...moga aku kan terus tabah serta sabar dalam mengharungi apa jua rintangan dan juga halangan yang datang di depan mata..insyaallah moga kau berjaya wahai diriku...

Monday, April 20, 2009

~wajah di hati~

Bagaimana aku tahu
Rahsia di hati mu
Bagaimana aku mengerti
Kau punya hati yang suci
Semerbak harum di taman firdausi
Bagaimana aku mengerti
Tanpa kau menyatakan rasa hati mu
Bagaimana aku mengerti
Di sebalik sinar wajah mu
Yang memancar dan mempersonakan
Benarnya kasih mu
Maafkanlah aku
Kerna ku tak perasan
Segala perhatian mu
Beriku kesempatan
Untuk membalas segalanya
Agar kau tak kecewa
Untuk kali ke dua
Kita bina cita
Bersama selamanya
Hingga ke akhir hayat
Hingga ke syurga
ku tujukan istimewa buat insan tersayang...moga kau mengerti segala di hatiku...
lirik:wildan

Saturday, April 18, 2009

Ku Titipkan Buat Mu Sayang



bicara kata...alhamdulillah satu pertemuan yang cukup indah Allah titipkan buat kami.satu pertemuan yang tidak diduga menjadi semakin akrab. Tanpa diduga, hasil perhubungan tanpa menatap wajah akhirnya membuahkan satu ukhuwah yang amat akrab. Alhamdulillah, seribu kesyukuran ku panjatkan pada Mu Allah...




Pertemuan..
Ketika Diri Mencari Sinar
Secebis Cahaya Menerangi Laluan
Adakalanya Langkah Ku Tersasar
Tersungkur Di Lembah Kegelapan
Bagaikan Terdengar Bisikan Rindu
Mengalun Kalimah Menyapa Keinsafan
Kehadiranmu
Menyentuh Kalbu Menyalakan Obor Pengharapan
Tika Ku Kealpaan Kau Bisikan Bicara Keinsafan
Kau Beri Kekuatan Tika Aku Diuji Dengan Dugaan
Saat Ku kehilangan Keyakinan
Kau Nyalakan Harapan
Saat Ku Meragukan Keampunan Tuhan
Kau Katakan RahmatNya Mengatasi Segala
Menitis Air Mataku Keharuan
Kepada Sebuah Pertemuan
Kehadiranmu Mendamaikan
Hati Yang Dahulu Keresahan
Cinta Yang Semakin Kesamaran
Kau Gilap Cahaya Kebahagiaan
Tulus Keikhlasan Menjadi Ikatan
Dengan Restu KasihMu Oh Tuhan
Titisan Air Mata Menyubur Cinta
Dan Rindu Berbunga
Mekar Tidak Pernah Layu Damainya Hati Yang Dulu Resah Keliru
Cintaku Takkan Pudar
Diuji Dugaan Mengharum Dalam Harapan
Moga Kan Kesampaian Kepada Tuhan
Lantaran Diri Hamba Kerdil Dan Hina


****Ku tujukan lagu ini khas buat insan yang amat ku sayangi, yang telah banyak membantu perjuangan diri ini, yang telah banyak mengajarku erti kehidupan hidup yang sebenar****



***Ku bersyukur pada Mu Allah kerana pertemuan yang Kau titipkan antara kami menjadi penyubur buat diriku***



***Berdasarkan Hadis Nabi SAW : Tidak sempurna iman seseorang Muslim, selagi tidak mengasihi saudaranya***


***Terima kasih buat insan yang banyak membantuku dan yang telah banyak memberiku panduan dalam arus kehidupan***
Hasil nukilan : nur_adilah ahmad
~loving u very much~


Friday, April 17, 2009

doa untuk sahabat...

Ya Allah,Permudahkanlah Sahabatku ini menduduki imtihan duniaMu,,jadikanlah debaran dijiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu,,dengarilah rintihannya yg sanggup bersusah demi ilmuMu,,terimalah airmatanya sbg penyejuk kemurkaanMu,,belailah jiwanya disaat dia terkulai lemah agar terhindar dia dr mengharapkan selainMu,,,
khas untuk angah,leha, dan sahabat-sahabat yang akan menduduki imtihan..semoga di kau berjaya wahai sahabat ku...

Wednesday, April 15, 2009

~doa ku pada Mu ya Rabb~


Wahai Tuhanku,
saya memohon pertolongan dengan Mu dan saya menyerah diri kepada Mu.
Wahai Tuhanku, mudahkanlah untukku kesukaran pekerjaanku dan
mudahkanlah untukku kesukaran perjalananku dan rezekikanlah daku
kebajikan lebih banyak dari yang saya minta dan palingkanlah daripadaku
segala kejahatan.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku. Wahai
Tuhanku, bahwasanya saya memohon pemeliharaan Mu dan
mempertaruhkan kepada Mu diriku, agamaku, ahliku dan kerabatkerabatku
dan segala nikmat yang telah * saudari/saudara * berikan
kepadaku dan kepada mereka, baik mengenai akhirat mau pun mengenai
dunia, peliharakanlah kami semua dari segala kejahatan, wahai Tuhan yang
mulia.
Saya akui kesucian Mu wahai Tuhanku..Amin..
P/s: moga ku berjaya menempuh temuduga ini nanti..permudahkan segala urusan ku ya allah..

Monday, April 13, 2009

tiada kata...

assalamualaikum...alhamdulillah Allah panjangkan lagi usia kita...alhamdulillah...segala pujian bagi Allah...teramat disyukuri...
terasa diri ini makin hina lantaran dosa yang menggunung..
pada 9 April 2009...penantian ku telah berakhir...dikesempatan ini...aku berpeluang menemui insan yang kian lama menyepi...kian lama ku rindui...jarak antara kami yang menjadi penghalang untuk menjalinkan sebuah ukhwah yang cukup erat...alhamdulillah....hatiku berbunga riang...kerana pertemuan kali ini benar2 memberi ku semangat untuk meneruskan kehidupan..........terima kasih kerana sudi menemui diriku ini....aku amat gembira atas pertemuan kali ini....gelak tawab ersama...nangis x?...hehehe nangis ptg tadi....rindu...rasa xnak balik...

akan bersambung...