Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, January 14, 2009

Salahkah wanita tidak tahu masak??

Pada zaman yang serba canggih ini, masih sering kita dengar orang berkata "perempuan yang tidak reti masak tidak boleh kahwin..."

Benarkah kata-kata ini?

Patutkah ia dijadikan alat pengukur utama dalam mencari bakal isteri??

Maklumlah kita tahu adanya kata orang-orang tua "walau tinggi mana pangkat yang seseorang perempuan dalam masyarakat, akhirnya ke dapur jua.."

Begitulah persepsi orang dahulu...
Bila direnungkan kembali...Ada benarnya kata-kata itu..
Walaupun benar, kita hendaklah berfikir demi membina mahligai impian yg kukuh bukan terletak pada satu pihak sahaja...
Mengapa???
Kenapa??

Mari kita renungkan bersama...

Jika perempuan yang tidak pandai memasak dikutuk dan disuruh belajar..Bagaimana pula Si lelaki yang tidak yakin menjadi Imam??
Adakah mereka mendapat layanan yang sama atau sebaliknya??
Mengapakah kelemahan si wanita itu dalam memasak menjadi pertikaian??
Usah diperbesarkan perkara kecil...bukankah ia akan mengecilkan hati mereka??

"Apalah perempuan tak tahu masak??"
"Siapalah yang nak kahwin dengan dia nanti???"
Persoalan ini kerap didengar...

"Eh!Dah besar pun takut nak jadi Imam?Macam mana nak kahwin niii??"
Kerapkah kata-kata ini didengar??
Pernahkah ia dijadikan pertikaian di kalangan masyarakat??
Pernahkah kita terfikir... Jika seorang lelaki itu tak pandai menjadi imam atau belum pernah menjadi imam atau masih takut untuk menjadi imam sepatutnya malu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin??

Mengapa begitu??

Teman-teman seperjuangan,

Mari kita fikir sejenak...
Bukankah Si lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga??
Andai dia masih belum mampu untuk mengetuai Solat yang dilakukan sekurang-kurangnya 5 kali sehari, bagaimanakah dia mampu mengetuai dan memimpin keluarganya untuk seumur hidupnya??

Setuju tak??

Pada zaman yang penuh dengan kemajuan ini... Semua pun nak cepat, nak segera!!
Oleh itu, bagi si perempuan yang sedang belajar pastinya dia tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk belajar memasak.. Tambahan pula jika dia tinggal di asrama.. Pihak asrama biasanya tidak membenarkan penghuninya memasak.. Kalau ada masa pun pada waktu cuti.
Ini bukan bermakna si dia tidak mahu memasak, bukan jua bermakna si dia malas kerana waktu yang amat terhad menyebabkan mereka tidak pantas untuk lebih cekap dalam hal masak memasak..

Mungkin si jejaka bertanya dengan penuh semangat... "kalau dah tak reti, kenapa tak belajar dari sekarang??"
Si gadis mungkin menjawab "Bukan tak mahu belajar. Sy sedang berusaha walaupun dalam bahang menuntut ilmu agama dan akademik saya tetap cuba untuk luangkan masa untuk belajar memasak."
Ketika ini, si jejaka ini menggeleng2kan kepalanya...
Beginilah anggapan sebahagian lelaki terhadap perempuan. Baginya tak sempurna kalau seseorang perempuan itu tak tahu memasak..

Mari kita berfikir bersama2,

Apa pula syarat bagi seseorang lelaki yang hendak menjadi suami??

Si jejaka hendaklah berupaya untuk menjadi imam pada isterinya dan seluruh anggota keluarganya..

Mudah tak nak jadi imam ni???
Jawapannya terletak pada si jejaka itu...
Andai dia memiliki pegangan agama yang kukuh, sudah pasti dia mampu membimbing ahlli keluarganya ke jalan yang diredhai Allah...inshaAllah..Ameennn...

Namun begitu, seandainya itu menjadi syarat utama pastinya ada yang mengatakan ramai gadis akan menjadi andartu sampai ke tua..
Oleh itu, mengapakah kebanyakan lelaki meletakkan kebolehan si perempuan dalam hal masak memasak lebih utama berbanding yang lain?? Tak kiralah isterinya berpelajaran tinggi mahupun tidak.. Maklumlah zaman sekarang, ada di kalangan isteri-isteri yang bergaji lebih tinggi dari suaminya..
Namun begitu, kemampuan lelaki sebagai ketua keluarga tidak dapat dinafikan lagi, walaupun dia tidak mengambil inisiatif untuk mempelajari cara-cara untuk menjadi Imam..
Begitu jugalah perempuan walaupun bergelar isteri tak semestinya handal memasak...hendaklah dia mempelajari sehingga handal...

Lebih baik pula andai si suami berganding bahu dengan isterinya mempelajari bersama.. Barulah hubungan keluarga nampak manis dan bahagia selalu..inshaAllah..
Ayuhlah bersama kita mengambil iktibar dari maklumat ini...Apa yang baik datangnya dari Yang Maha Esa, Allah

Ashabul Kahfi

Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai tujuh orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun beberapa ratus tahun kemudian.

Kisah dalam Islam

Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.

Firman Allah dalam Al-Quran:

  • "(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".
  • "Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".
  • "Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".
  • "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".
  • "Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".
  • "(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu?(Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
  • "Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".
  • "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".
  • "Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".
  • "Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
  • "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya".
  • “Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.
  • “(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhaiku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.
  • “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.
  • “Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.
  • “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun(dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.
  • “Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”.

Al-Quran (Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26)