Saturday, September 12, 2009
~atasi tekanan~
Ia dapat di atasi dengan bercakap dengan diri sendiri.Mulakan dengan...
Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya seklai. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna. Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah yang Maha Tahu, yang terbaik bagi ku. Aku harus sedar yang terbaik baikku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri. Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya. Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.
Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu yang terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani. Aku haris menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati akan merubah segalanya selain membuat diriku sengsara. Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras megatasi dan menyelesaikan masalah ini. Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku mesti mencari ayang, kacang, bawang goreng dan sambal agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.
Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus menerus dan tidak mngkin malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya. Begitu pun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya bersabar. Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat olehNya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuan ku.Kerana Dia tidak pernah menzalimi hambaNya. Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional. Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari sama sekali dan tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya akan menambah masalah. Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah. Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun seperti yang dijanjikan Allah: "sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah di mungkiri Allah.
Segalannya yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung didalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar. Harus kau renungkan mengapa Allah
menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukan ku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki. Setiap kejadian bagai cermin peribadiku. Aku tidak boleh genttar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi. Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
Allah lah satu-satu penulongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izinNya. Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allah lah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan. Tidak aa yang mustahil bagiNya kerana segalanya adalah milikNya dan sepenuhnya dalam kekuasaanNya. Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hambaNya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolonganNya. Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekatiNya dengan mengamalkan segala yang disukaiNya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain Dia, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari Nya.
Ingatlah selalu janji Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepadaKu, nescaya ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Ku, nescaya akan ku cukupi segala keperluannya." (QS.65 (Al-Thalaq):2-3)
Thursday, April 23, 2009
HAKIKAT PERNIKAHAN

Wednesday, November 26, 2008
Malu..erm nak kurang kan perasaan malu tu??
erm malu??ya..saya sorg yg pemalu..tapi saya nk berubah lah..malu yang tidak bertempat itu nk di buang..hehe..shuhh..shuhh..p lah jauh dari hidup ku..heheh..kat sini ada lah sikit tip yang ku rembat dari blog saudara irfan khairi..hehe..minta izin ye..
Berikut adalah beberapa tip:
Tip Malu #1
Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Kalau tiba-tiba buat public speaking atau public appearance, memang la tak berani and rasa malu. Tetapi, buat sedikit- sedikit, contoh, kalau dalam meeting tak pernah bersuara, paksakan diri untuk bersuara walaupun sedikit sahaja. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit.
Tip Malu #2
Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda!
Tip Malu #3
Yang ini favourite saya. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenrnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni pemalu. Berlakon seperti Rosyam Nor ke, seperti Erra ke, yang anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!
Cuba ketiga-tiga tip di atas dan anda juga lambat laun akan menjadi muka tak malu
ps: Sifat pemalu sememangnya ada baiknya. Cuma jangan jadikan sifat pemalu itu menghentikan kejayaan anda!
masalah betul lah diri ini..apa yang nak di malukan sangat pun x tahu lah..huhu..takut dgn tanggapan org tu yang sebenar nya..hehe..mulai hari ini ku akan menjadi org yang tak tahu malu..wahah..






