Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Friday, May 8, 2009

sambungan...

Ketika aku sedang berjalan di kota Brussel (Belgium), berhampiran dengan tempat lintasan pejalan kaki, aku melihat seorang nenek tua dengan susahnya menyeberangi jalan itu. Dengan tubuh yang mulai membongkok dan badan yang gementar, dia berusaha sendiri menyeberangi jalanraya yang banyak kenderaan. Dia menyeberang tanpa seorangpun merasa perlu membantunya. Orang-orang disekitarnya tidak mengendahkannya, seolah-olah apa-apapun yang terjadi terhadap nenek tua itu ditanggung sendiri risikonya. Aku berjalan dalam bangunan. Aku berkata kepada kawan-kawan aku: "Mari kita bantu dia". Salah seorang anggota rombonganku adalah Dr. Nadim Dhibyan, dia telah menetap di Brussel lebih dari empat puluh tahun. Dr. Nadim berkata: "Tahukah anda siapa wanita tua itu? Dia ketika muda, adalah wanita tercantik di negeri ini, amat terkenal dan setiap penampilannya mengundang perhatian orang. Ramai lelaki yang tergila-gila kepadanya. cukup terkenal dan cantik, sehingga ada lelaki tidak merasa sayang untuk mengeluarkan wang yang banyak walaupun sekadar melihat muka dan gayanya dalam pertunjukan atau untuk menjamah tubuhnya. Tetapi sekarang, sesudah usia mudanya berlalu dan kecantikannya menjadi layu, lelaki terasa geli tubuhnya untuk mengangkat, menolong dan menyeberangkannya di jalan sesak itu.

Kamu semua sedikit demi sedikit memendekkan pakaian, di kaki dan di tangan. Kamu juga menipiskan kain tudung. Dan prosesnya berjalan perlahan-perlahan selama berabad-abad. Sebaliknya, kaum lelaki tidak melihat dan merasakan perubahan itu seperti apabila kita perhatikan jam dinding, kita dapat lihat jarum pendek seolah-olah tidak bergerak. Tetapi apabila anda datang setelah dua jam anda akan melihat jarum itu bergerak. Begitu juga peralihan dari masa kanak-kanak menjadi remaja dan usia muda kepada tua, seolah-olah tidak boleh diikuti dengan indera. Demikanlah juga berubahnya satu umat manusia, dari satu keadaan kepada keadaan lain yang berlaku secara berperingkat.
Majalah dan suratkhabar perosak akhlak terus beredar dan semakin meluas. Para penganjur kerosakan moral bersorak gembira kerana berjaya meraih kemenangan besar dalam pertandingan. Kini, kita telah sampai pada batas yang tidak lagi diredhai islam.
Jika anda membaca sejarah, anda tidak akan menemui keadaan seperti ini. Bahkan kaum majusi pun tidak mengenali kebebasan yang sedemikian itu. Binatang yang tidak mempunyai akal pun, tidak sehina manusia masa kini.
Dua ayam jantan akan bersabung mempertaruhkan nyawa untuk berebut ayam betina demi menjaga kehormatannya. Tetapi manusia, dengan dalih kebebasan mengorbankan harga dirinya. Dijual dengan harga yang murah tubuh dan kehormatannya.
Kita ambil contoh yang dekat saja, tak perlu melangkah jauh ke negera-negara Barat. Kita pergi ke pantai dan lihat betapa wanita-wanita muslimah mempertontonkan tubuhnya. Hampir seluruh tubuhnya diperlihatkan. Kecuali dua bahagian yang tertutup. Malah ada yang lebih berani membuka bahagian atasnya. Tontonan seperti itu ada di mana-mana. Di negara muslim atau di negara yang majoritinya muslim.
Di tempat pesta atau kelab malam di mana keluarga "moden" datang, menari berganti pasangan, saling bertukar isteri untuk bergoyangan dan berpelukan, berhimpitan dada, perut dan menggenggam tangan. Tidak ada perasaan malu dan memberi harga kepada diri mereka sendiri. Di sekolah atau universiti, terdapat juga pergaulan bebas. Para puteri membuka sebahagian aurat tanpa pencegahan ibubapanya. Contoh-contoh seperti yang aku sebutkan itu hanyalah sebahagian dari fenomena yang berlaku. Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang beraneka ragam yang pasti anda juga melihatnya. Semua itu tak mungkin diubah sekelip mata. Maka kita memerlukan cara khusus dan proses waktu untuk menghilangkannya. Jalan yang tepat yang perlu ditempuhi adalah kembali kepada hak dan kebenaran dengan melalui jalan yang boleh membawa kepada kebaikan. Jalan tersebut memang memakan masa yang lama dan lambat. Tetapi itulah satu-satunya jalan yang mesti dilalui.
Usaha awal kita ialah membanteras pergaulan bebas dan pembukaan aurat. Bagi wanita yang bergaul bebas tetapi masih memakai tudung dan menutup aurat, penggarapannya lebih mudah. Mereka yang bertudung diusahakan agar tudung dan pakaian muslimah yang dipakainya tidak diniatkan untuk meningkatkan kecantikan dan menggoda lelaki.

Perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai pergaulan bebas adalah: Seorang wanita menerima tetamu lelaki di rumahnya. Manakala ditempat umum, berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Bersama-sama pergi atau pulang dari sekolah (kuliah, berbual secara bebas, berkumpul dengan dalih belajar bersama). Semua itu tergolong dalam pergaulan bebas. Dan ini merupakan sumber malapetaka kehancuran akhlak.
Cara pergaulan seperti itu dianggapnya biasa. Dia lupa bahawa Allah menciptakannya sebagai wanita dan yang lain ialah lelaki. Masing-masing mempunyai kecenderungan dan daya tarikan. Tidak ada satu makhluk di muka bumi ini yang dapat mengubah ciptaan Allah atau membuat persamaan di antara keduanya ataupun menghilangkan kecenderungan (hasrat) dari pihak masing-masing.
Wanita-wanita menganjurkan persamaan hak dan pergaulan bebas, menuntut persamaan di atas dasar kemajuan dan tuntutan zaman adalah pembohong besar. Mereka sebenarnya hanya mencari kepuasan nafsu sahaja. Mereka beranggapan, bahawa kaum lelaki lebih mendapat kenikmatan daripada wanita. Kerana itu mereka berusaha untuk merasakan kenikmatan itu.
Mereka tidak berani untuk menyatakan secara terang-terangan. Mereka sembunyikan hasrat itu dan yang ditonjolkan ialah isu "tuntutan zaman", "seni dan budaya", "kehidupan kampus", "alam mahasiswa atau pelajar", "semangat kesukanan". Mereka gembar-gemburkan perkara ini seperti suara beduk kosong yang tidak membawa sebarang pengertian.
Hak yang mereka tuntut adalah batil. Mereka menjadikan Amerika dan Eropah sebagai kiblat dan pemimpin kemajuan. Apa-apapun yang datang dari sana maka itu adalah baik dan tepat. Eropah mengirimkan tarian, diterima! Mengirimkan model pakaian telanjang, ditiru! Percampuran bebas di kampus, mempertontonkan paha dan dada di kolam renang dan tepi pantai dipandang wajar. Sebaliknya, yang datang dari timur dipandang jelik dan batil, walaupun itu adalah pancaran dari suara masjid, bimbingan dan tuntunan agama, kehormatan dan harga diri, kebersihan dan kemuliaan jiwa, hati dan jasmani serta penutupan aurat sebagai pelindung dan harga peribadi muslimah.
Kita sebagai orang timur menerima mentah-mentah apa yang datang dari barat. Tapi sebahagian orang barat menolak "produknya" sendiri. Masyarakat Eropah dan Amerika, sebahagiannya menolak pergaulan bebas. Mereka sangat menjaga pergaulan anak-anaknya. Di Paris, kebanyakan orang tua melarang puterinya keluar bersama pemuda untuk ke pawagam misalnya. Ada juga yang muak jika menonton filem lucah. Di Amerika, ramai orang tua yang memilih sekolah khusus untuk puteri untuk anak-anak gadisnya. Mereka takut untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah yang bercampur dengan pemuda. Mereka juga mengawal jika puteri-puterinya pergi berenang.


Malam gelap gelita dan siang terang benderang. Allah tidak merubah gelap menjadi terang dalam masa yang singkat, tetapi dengan perlahan-Iahan siang masuk ke malam tanpa manusia merasakan perubahannya.


bersambung....




No comments: