Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Saturday, June 27, 2009

Pelajar tingkatan tiga dibelasah empat senior

Pelajar tingkatan tiga dibelasah empat senior

ROMPIN - Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di sebuah sekolah agama di Rompin dibelasah empat senior sambil disaksikan 80 pelajar lain, awal pagi semalam.

Mangsa, Mohd Ashraf Abdul Aziz dibelasah oleh seniornya yang berusia antara 16 dan 17 tahun selepas selesai solat sunat witir di dalam surau sekolahnya.

Abang iparnya yang enggan dikenali berkata, kejadian pada 1 pagi itu berlaku menyebabkan Ashraf mengalami cedera. Selepas solat, pelajar-pelajar tersebut telah menutup lampu sebelum membelasah Ashraf sambil disaksikan oleh pelajar lain.

“Pihak sekolah yang lambat sedar kejadian itu kemudian menghantarnya ke klinik swasta sebelum dilarang ibu supaya dirawat ke klinik awam,” katanya.

Beliau berkata, keluarganya membuat laporan polis mengenai tingkah laku empat pelajar yang membelasah adik iparnya itu dengan tanpa sebab.

“Kami kemudian menarik balik laporan tersebut selepas berbincang dengan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya.

Ekoran itu, mangsa menerima rawatan pesakit luar di sebuah klinik di Rompin dan bercadang untuk berpindah ke sekolah lain di Temerloh.

Dalam pada itu, pengetua sekolah tersebut, Nasiruddin Mohamed Yusof berkata, sekolah telah mengambil tindakan dengan membuang asrama terhadap empat pelajar terbabit.

Beliau berkata, pihak sekolah memandang serius perkara itu dan tindakan undang-undang telah dilakukan kepada pelajar berkenaan sambil menegaskan kes itu akan disiasat dengan lebih lanjut.

Menurutnya, pihaknya juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan polis berhubung insiden itu.

“Sekolah masih jalankan siasatan dan tindakan kepada mereka sudah diambil. Jadi kita juga sudah bincang dengan kedua-dua ibu bapa terbabit dan mereka sudah menarik balik laporan kes ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Rompin, Deputi Superintendan Razali Razak berkata, pihaknya ada menerima laporan tersebut dan telah ditarik balik keluarga mangsa.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/archive/260609/com/story2898961.asp

No comments: