Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Thursday, June 10, 2010

Sedarkah kita cinta-Nya???

Firman Allah: “dan apabila hambaKu bertanya mengenaiKu, maka jawablah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang berdoa apabila Dia meminta kpdKu”

Tanda Allah menyintaimu:

1) individu yang dicintai Allah amat berminat terhadap ibadah. Kadangkala ada yg begitu gigih beribadah sampaikan melebihi kemampuannya sbg insane lemah semata-mata mahu dicintai Allah.
2) Apabila dicintai Allah, maksiat akan membuatkan dia bangkit mendekatiNya. Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat TATKALA akhirnya ia membawa kpd keinsafan,taubat dan istighfar. Allah berfirman: “katakanlah: wahai hambaku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri, jgn kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesgguhnya Allah maha pengampun lagi maha Penyayang”
3) Tatkala dicintai Allah, dadanya terasa lapang bagi membolehkan dia menerima ilmu petunjuk ke jalan benar. Allah tidak akan membiarkan seseorang terkapai-kapai dalam lautan dosa, bahkan dikirimkaNya hati manusia petunjuk hidayah supaaya dia terselamat daripada muslihat syaitan.


“ya Allah, tidakku sedari selama ini cintaMu tidak pernah menyepi. Rahmat kasih sayangMu yang tiada bertepi.setiap hambamu tetap Kau sayangi biarpun banyak dosa menghimpit diri ini. Maafkanlah daku”

^_^ semoge kita semua terpilih sebagai hamba yang dicintaiNya ^_^

No comments: