Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, November 26, 2008

Malu..erm nak kurang kan perasaan malu tu??

assalamualaikum..
erm malu??ya..saya sorg yg pemalu..tapi saya nk berubah lah..malu yang tidak bertempat itu nk di buang..hehe..shuhh..shuhh..p lah jauh dari hidup ku..heheh..kat sini ada lah sikit tip yang ku rembat dari blog saudara irfan khairi..hehe..minta izin ye..

Berikut adalah beberapa tip:

Tip Malu #1
Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Kalau tiba-tiba buat public speaking atau public appearance, memang la tak berani and rasa malu. Tetapi, buat sedikit- sedikit, contoh, kalau dalam meeting tak pernah bersuara, paksakan diri untuk bersuara walaupun sedikit sahaja. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit.

Tip Malu #2
Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda!

Tip Malu #3
Yang ini favourite saya. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenrnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni pemalu. Berlakon seperti Rosyam Nor ke, seperti Erra ke, yang anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!

Cuba ketiga-tiga tip di atas dan anda juga lambat laun akan menjadi muka tak malu ;)

ps: Sifat pemalu sememangnya ada baiknya. Cuma jangan jadikan sifat pemalu itu menghentikan kejayaan anda!

masalah betul lah diri ini..apa yang nak di malukan sangat pun x tahu lah..huhu..takut dgn tanggapan org tu yang sebenar nya..hehe..mulai hari ini ku akan menjadi org yang tak tahu malu..wahah..

No comments: