Sunday, August 30, 2009
~ya ALLAH tabah kan hati ku~
kenapa hidup ini tidak selalunya indah?..tidak selalunya ceria...?aku sepi sendiri...
apa yang aku cari tak pernah ditemui...kenapa aku sering di tinggalkan sendiri?..aku perlukan teman..teman untuk teruskan dalam perjuangan ini..aku tak mampu untuk harungi sorang diri..
dimanakah teman-teman itu?aku teringat kisah semalam..kisah tentang kak zirah cerita..aku rasa cemburu sangat2 bila dia cerita...satu rumah hidup bagaikan keluarga..solat berjemaah,makan bersama,,tazkirah dan macam2 lagi..aku cemburu..aku cemburu sangat2..dah lama aku impikan untuk mcm tu..kerana aku berbeza..yang aku kenal hanya lah untuk hiburan dunia semata..untuk menyindir antara sendiri..tahu menyalahkan orang lain...salah sendiri tak pernah nak sedari..aku jemu..bosan dengan semua ini...ya allah temulah aku..kurniakan lah aku dengan teman-teman yang sefikrah dengan ku..yang sama-sama menjalinkan ukhwah hanya kerana MU..teman yang sama-sama dapat membimbing serta dapat mengingatkan aku pada MU..aku rindukan ukhwah itu ya ALLAH..:"-(
Friday, August 28, 2009
Saturday, August 22, 2009
Friday, August 7, 2009
“Auzubillahi min fitnatirrijal”
Saturday, August 1, 2009
HALAWATUL UKHUWAH...
"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."
UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami... Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA. Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat.... sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.." Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..
sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih. Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10) sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..
Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat....
Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan. sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman. ukhuwah dapat diselami apabila kita: "sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."
"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"
"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"
"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."
sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..
sumber:-iluvislam.com
Monday, July 27, 2009
::.Mencari Keredhaan ALLAH SWT.::
biar kepahitan itu pergi
agar kemanisan mengisi
biarkan kekecewaan berlalu
agar kegembiraan mewarnai
biarkan kegelisahan lenyap
jangan hilang semangat
biar penderitaan itu menyapa
agar kekuatan kita jana semula
biarkanlah diri ini derita
agar aku tahu kepahitan derita ini
agar aku sedar kesengsaraan ini
tak sama bahkan hanya secebis
dari penderitaan Rasulallah saw
Tuhan sesekali tidak menzalimi hambaNya
tapi manusia yang menzalimi
diri mereka sendiri
cahaya kelam pahala dosa
pautan nafsu
namun kasihNya sentiasa memayungi
diturunkan addin memperhalusi akal
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti
menjadi sebaik-baik umat
tunduk sebagai hamba
berjalan sebagai khalifah
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata "iman"
menyemai sepohon "taqwa"
agar dapat berteduh dari kepanasan "nafsu"
agar dapat berlindung dari angin hasutan "syaitan"
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT"
~untuk ku dan untuk mu~
Di depan orang yang kita cinta,
Hati kita akan berdegup kencang..
Tapi di depan orang yang kita suka,
Hati kita akan gembira..
Di depan orang yang kita cinta,
Musim sentiasa berbunga-bunga..
Di depan orang yang kita suka,
Musim itu Cuma berangin sahaja..
Jikalau kita lihat di dalam mata orang kita cinta,
Kita akan kaku..
Tapi Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita suka,
Kita akan tersenyum..
Di depan orang yang kita cinta,
Lidah kelu untuk berkata-kata..
Di depan orang yang kita suka,
Lidah bebas berkata apa saja..
Di depan orang yang kita cinta,
Kita menjadi malu..
Di depan orang yang kita suka,
Kita akan tunjuk imej yang sebenar..
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka..
Bila orang yang kita cinta menangis,
Kita akan turut menangis..
Bila orang kita suka menangis,
Kita akan turut membuat dia gembira..
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga..
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka..
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi air mata..
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta..
Tetapi,hakikatnya..
Cinta kepada Allah swt adalah lebih hakiki dan abadi..
Tuesday, July 21, 2009
.::untuk mu..kau kawan,teman&sahabat..::.
Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.
Rasulullah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah.
Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.
Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia dapat hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah.
Mencari seorang sahabat sejati,sesejati Abu Bakar as-siddiq itu amat sukar sekali.Ibarat mencari mutiara yg tersembunyi di dalam seribu tiram di lautan dalam yang sangat luas.Seribu kawan yang hadir tidak menyamai seorang sahabat yang sejati.Semua yang berada di sekeliling dan bersama-sama di dalam jalan dakwah adalah sahabat yang sehidup semati kerana ALLAH.Tetapi,jiwa ini sering merasakan kekosongan.Kekosongan yang perlu terisi.
Alhamdulillah,ALLAH kurniakan hamba-Nya ini dengan ramai sahabat dan kawan.Sahabat di medan juang dan kawan di medan pendakwahan menyeru mereka ke jalan ALLAH.Allah jualah yang mempermudahkan urusan hamba-Nya.memudahkan bicara menyeru madhu berdasarkan panduan Hidayah ALLAH.Segala puji hanya layak untuknya Ya Rabbi.
Teman ibarat cermin.Ketika memandang cermin,apakah yang akan kelihatan?Sudah tentulah yang kelihatan di cermin itu adalah sekujur tubuh anda,pakaian yang sama,wajah yang sama,hati nurani yang sama.
Tetapi,tidak semua sahabat menepati metafora tersebut.Ada ramai yang berhajat untuk mengajak kawannya kepada kebaikan,lalu tanpa kekuatan iman..dia gagal ,malah imejnya pula mengikut perbuatan kawannya yang berdiri di hadapan cermin..Maka,itu bukanlah sahabat,tetapi kawan.
Sabda Rasulullah.s.aw:
"Sahabat yang baik adalah sahabat yang membenarkan kita apabila melakukan kebaikan dan menegur andai melakukan kemungkaran.Sahabat yang tidak baik bukan sahaja menentang perbuatan baik yang kita lakukan,malah meyokong dan menyuruh melakukan kemungkaran…"
kata-kata di atas di petik dari blog "kak ukhwah fillah..kak hazirah"..syukran kak sebb bagi kongsi..
Terima lah aku seadanya..aku insan yang lemah..aku sedar selama kita berkwan aku bukan lah seorang kawan yang baik untuk mu..tapi aku cuba untuk baiki segala kesilapan ku..kerna aku bukan lah yang sempurna..
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
maafkan aku seandainya aku sering menyakitimu..untuk mu kawan,teman maupun sahabat ku..aku mohon maaf..
salam ku hulurkan
Menghiasi pertemuan
Indah persahabatan
Moga terus berkekalan
Setulus keikhlasan ku mohon kemaafan
Keterlanjuran lalu usah lagi dikenang
Betapa ku rindukan saat persahabatan
Dan ku menghargai talian persaudaraan
Syukur atas nikmat pemberianmu tuhan
Kan ku kenang masa yang berlalu
Kan tetap bersemadi di hati
Terima kasih untuk semuanya
Tiap kesempatan yang kita lalui
Bersama.....
Kawan yang ku kasih
Teman yang ku sayangi
Bahgia kini ku rasai
Ku damba kepadanya
Ku mohon restunya
Moga ukhwah di rahmati
Dalam perjalanan meniti hidup
Adakala tersalah tersilap bahasa
Itu lumrah manusia
Aku hanya insan yang lemah
Tak mungkin telah berseri dosa
Peliharalah ikatan ini
Sebaiknya....
Agar ukhwah ini kehujungnya...
Jadikan persahabatan ini bukan hanya persahabatan di dunia yang fana,tetapi persahabat yang membawa ke sampai syurga yang indah.di sana tiada hasad dengki,tiada kesombongan,tiada persengketaan.Yang ada hanyalah para mukmin yang saling bersahabat kerana kasih kepada ALLAH.














