Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Sunday, October 4, 2009

اختيار الزوجة = Memilih Pasangan

منذ أن خلق الله آدم، وكتب عليه أن يعيش على الأرض، هو وذريته من بعده، والزواج أمر ضروري لاستمرار الحياة، حيث يشعر الرجل بالحاجة إلى المرأة، وتشعر المرأة بالحاجة إلى الرجل، فكلا هما يحتاج إلى الآخر. فالطعام والشراب، والسكن لا يغني عن الزواج. وهذا دليل على أهمية الزواج، الذي لا يستغني عنه عاقل.

الإسلام يسمو بالزواج عن الحيوانية، ويجعله اتصالا كريما بين الرجل والمرأة، يناسب كرامة الإنسان، وفضله على سائر المخلوقات، ويحقق المعاني الإنسانية المقصودة من الزواج يقول الله تعالى: (ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة إن في ذلك لآيات لقوم يتفكرون).

اختيار الزوجة أهم مرحلة قبل الدخول في الحياة الزوجية. ذلك لأن الزواج رابطة وثيقة، وعلاقة إنسانية. وعملية الاختيار تحتاج إلى جهد، للعثور على الشريك المناسب. واختيار الزوج أو الزوجة خطوة من أهم الخطوات التي يتخذها الإنسان في حياته، فإن من يختارها الرجل، لتكون شريكة حياته، ستكون جزءا منه، وأما لأولاده، وربة لبيته.

وضع الإسلام قواعد لاختيار الزوج والزوجة الصالحة، فعلى سبيل المثال، فإن أهم صفة للزوجة، أن تكون ذات دين، يدفعها إلى أداء الحقوق التي عليها، ويمنعها من طلب ما ليس لها. وفي وصف المرأة الصالحة، يقول الله جل جلاله: (فالصالحات قانتات حافظات للغيب بما حفظ الله)[النساء 34].

وفيها يقول الرسول - صلوات الله وسلامه عليه - : "تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها، فاظفر بذات الدين، تربت يداك". وذات الدين يطمئن إليها القلب، ويأمنها المرء على نفسه وماله، وعلى نفسها أيضًا.

والمرأة لا ينبغي لها أن تقبل من الأزواج، إلا من هو على خلق ودين. يقول الرسول - صلى الله عليه وسلم - : "إذا أتاكم من ترضون خلقه ودينه فزوجوه، إن لا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض". وعلى الولي أن يستأذن موليته إن كانت بكرا، ويستأمرها إن كانت ثيبا.

ومن أهم صفات من يختارها الرجل زوجة له، أن تكون ذات خلق حسن، فتحب زوجها، وفي ذلك يقول الرسول - صلى الله عليه وسلم - : "تزوجوا الودود". والزوجة العاقلة ذات الخلق الحسن، والتربية الحسنة، تعامل زوجها معاملة حسنة، وتجنبه المشكلات.

وبعد موافقة كلا الطرفين على الآخر، واطمئنان أحدهما إلى شريك حياته، أباح الإسلام للخاطب والمخطوبة أن يرى أحدهما الآخر. قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : "إذا خطب أحدكم المرأة، فإن استطاع أن ينظر منها، إلى ما يدعوه إلى نكاحها فليفعل"

cintailahialways~

Saturday, October 3, 2009

~secantik wanita solehah~

1.kenape pompuan cantik pakai tudung.
..sebab dier nak tutup aurat…

2.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier jage maruah..diri..dan keluarga…


3.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab.. sebab dier cantik..

4.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier..kecualipada yang berhak..

5.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dier seorang yg pandai..pandai jaga diri

5.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier anak solehah…

6.kenape pompuan cantik pakai tudung…sebab dier dengar ckp mak bapak dier..

7.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dier hormati orang lain..

8.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab takut apabile dier tak pakai tudung
orang tgk
dier cantik..dan ade niat yg tak baik..

9.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt..

10.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab tak nak menyusahkan orang lain..

11.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dapat pahala..

12.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah..

13.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab supaya dpt menjadi contoh pada
perempuan
lain..

14.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab supaya lelaki yg beriman je yg suker
dier..

15.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab mendengar suruhan nabi…

16.kenape pompuan caantik pakai tudung…
sebab rambut perempuan adalah mahkota
baginya.. jadi die tak nak sewenang2nya
menunjuk
kpd lelaki..kerana jika die menunjuk maknanya
die
dah tak bernilai kerana mahkota die telah
dilhat
oleh semua lelaki (kecuali keluarga)

17.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab patuh pada suami..

19.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab plg penting..die orang islam…

20.kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab dalam Al-Quran suruh die pakai
tudung..kalau orang Islam tp tak berpegang pd
Al-
Quran.. nak berpegang pd ape lg..??

21. kenapa pompuan canti pakai tudung…
pasal korang mmg cantik laa kalau pakai
tudung..orang lelaki mmg suka org pompuan yg
pakai tudung…aku tahu sebab aku lelaki..

22.kenapa pompuan cantik pakai tudung..
pasai diorang tahu kalau tak pakai tudung
diorang
akan “syok sendiri” yang diorang tu lawa…rugi
laa
kalau camtu…pakailaa tudung wahai muslimah
Islam..serius ni…

23. kenapa pompuan cantik pakai tudung..
pasai dia tak moo orang lelaki suka kat dia
pasal nafsu semata2….mesti nak kat dia pasal
agama dan akalnya yg baik….

24. kenape pompuan cantik pakai tudung…
sebab ……byk lagi sebab…

JADI PEREMPUAN DILUAR SANA MARI LAH
MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA
SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI
TUDUNG
SESUNGGUH NYA ALLAH SUKA
AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUTI
PERINTAHNYA
JADI INGATLAH PEREMPUAN SEMUA…………..

KALO KORANG PAKAI TUDUNG MESTI LELAKI
YANG BAIK AKAN MENDEKATI ANDA….DAN
LELAKI YANG JAHAT AKAN MENJAUHI ANDA
INSYA ALLAH…

INGATLAH…MENUTUP AURAT ITU ADALAH
WAJIB…SEPERTI SURUHAN ALLAH YANG LAIN
SEPERTI SOLAT PUASA ZAKAT….

JIKA ANDA MENUNAIKAN SOLAT KERANA
MEMATUHI PERINTAH ALLAH….MAKA
PAKAILAH TUDUNG JUGA KERANA MEMATUHI
PERINTAH ALLAH……

RUKUN IMAN YANG PERTAMA BERIMAN
KEPADA ALLAH….DENGAN MEMATUHI
PERINTAH ALLAH DAN MENINGGALKAN
LARANGANNYA…..

SEKIRANYA ANDA TIDAK MENUTUP
AURAT…INI BERMAKNA ANDA TIDAK
MEMATUHI RUKUN IMAN YANG
PERTAMA……….
forward dr insn bernama lelaki………..utk
renungn
wanita………..


“kehidupan di dunia tidak lain hanyalah

kesenangan yang memperdayakan”
Ali Imran 18
5….

Friday, October 2, 2009

~mohon dengan sangat~

Ya Allah
Aku ini insan yang kalah
Balutlah hatiku yang terbelah
Juga terpisah-pisahYa Allah
Hanya pada Mu aku meminta
Dan hanya pada Mu ku memohon
Mohon dengan sangat

Ya Tuhanku
Apa lagi yang salah dariku
Bersujudku mohon kepada Mu
Ampuni dosaku

Ya Tuhanku
Hanya engkau yang dapat mengerti
Kesepian yang merobek diri
Ku tak tahan lagi

Ya Allah
Jangan biarkan aku terpisah
Terjerat dalam pusara rindu
Rahasia kasih Mu

Ya Allah
Kepada Mu aku menyeru
Ku mohon jangan pisahkan aku
Mohon dengan sangat

Lapangkanlah hatimu dalam musibah
Dan bersabarlah di jalan Allah
Jangan hanya memeluk dunia fana
Yang bersalut dengan dosa

Ingat azab neraka
Akan mengejarmu saat kau mati
Jadi jujurlah harungi hidup ini
Jauhi azab ilahi

Bersyukurlah selalu
Dan jangan ragu
Nescaya jauh azabmu

"Sesungguhnya hidup ini meletihkan dan kerana ini jugalah hidup diciptakan" dan " Berusahalah sedaya upaya anda, samada mencapai matlamat atau gugur di pangkuan syahid kerana disana terdapat sebuah kebaikan"

~andai diri ku di benci~

aku nak minta maaf pada kau..
aku tahu aku banyak buat salah kat kau..
aku sedar semua tu...betul kata kau..
yang aku marah,aku tengking ni lah yang sayang kat aku..
yang bagi aku segalanya..aku tetap sedar..
aku memang tak layak untuk kau..
sapa aku kalau nk di bandingkan dengan orang lain..
aku sedar aku hanya perampas kasih sayang kau dengan orang lain..
aku minta maaf atas segala ketelanjuran aku pada kau..
aku tetap bersyukur sebab allah kenalkan aku dgn kau..
aku tahu sungguh besar kesalahan aku pada kau
sampai kau tak sudi lagi nak panggil aku kan?
sampai kau tak bahasa kan lagi diri kau dengan aku..
terlalu marah sangat kau pada aku...
aku terima..
seandainya diri ini kau benci..
aku terima..
aku juga terima segala keputusan yang kau buat..
aku nak minta maaf dunia dan akhirat sepanjang terjalinya ukhwah kita..
aku minta kau halalkan makan minum ku..
halalkan kasih sayang yang telah kau bagi pada aku selama ni..
aku akui sapa diri aku yang sebenarnya..
akhir sekali aku harap kau akan tahu kenapa aku jadi begini..
mungkin waktu tu aku dah xda lagi d sisi....

Wednesday, September 30, 2009

untuk mu yang bergelar sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir


Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

Monday, September 28, 2009

~aku_masih_sayang~

kau rinduku jiwaku indah memanggil dirimu
mataku terbangun untuk menanti
menantimu…
jangan pernah kau ragukan cinta yang sesungguhnya
itu bisa menghancurkan semua bukan begitu

aku sungguh masih sayang padamu
jangan sampai kau meninggalkan aku
begitu sangat berharga dirimu bagiku
dan ku pastikan setia dihatimu
dan ku korbankan semuanya untukmu
sungguh kuberharap begitu padaku

coba engkau rasakan cinta yang begitukan mengesankan
yakin pasti dapatkan kemesraan yang penuh bintang

Sunday, September 27, 2009

Indahnya...

Indahnya pertemuan yang tidak di sangka..alhamdulillah akhirnya bertemua jua dengan insan-insan itu..moga ukhwah yang terjalin itu akan berpanjangan..

berkasih sayang hanya keranaNya..

Terima kasih kerana sudi datang…dan sekarang aku tengah menunggu untuk bertemu dengan dia…

hampir 5 bulan tidak bertemu..kerinduan itu selalu hadir bila aku sendirian..moga allah permudahkan urusan kita….

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi
Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi
.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

Monday, September 21, 2009

enti..ana sebenarnya..

enti...

bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

bukan ana tidak mahu melirik senyuman pd enti,
tp ana selalu tersenyum didalam hati,
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari,

bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pd enti,
tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,
ana tak perlu bertanyakanya dan ana sentiasa merasai..
di hari2 yang pasti...

bukan ana tidak mahu bercakap dgn enti,
tapi ana ingin menghabiskan bicara2 ana,
tika mana ana dan enti 'bukan' lg 'ana' dan 'enti'..
di hari2 yg pasti...

bukan ana tidak mahu chatting dgn enti,
tapi ana takut jari2 ini tidak diizinkan lg untuk membelai rambut enti,
dihari2 yang pasti..

bukan ana tidak mahu mesej dgn enti,
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti,
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,

bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
tp,ana bimbang wajah ini tidak akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,
di hari2 yg pasti...

bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti,
tp ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,
di hari2 yang pasti..

bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk harijadi enti,
tp bimbang ana hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enti..
tidak lagi ,
dihari2 yang pasti..

...............................

enti yakinlah,
percayalah...

p/s:saja nk kongsi bersama..

Thursday, September 17, 2009

~Salam Aidilfitri~


Mata kadang tersalah pandang
Telinga kadang tersalah dengar
Mulut kadang tersalah ucap
Hati kadang tersalah duga
Maafkan segala silap yang pasti ada
Selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
AiDiLfItRi HarI mUliA,
T'kEnAng dAkU pD Yg TiAdA ,
JArI kUsuSuN aMpUn diPinTa ,
Di IrinGi uCaPaN " Selamat Hari Raya"
.............

Saturday, September 12, 2009

~atasi tekanan~

Hidup penuh cabaran.Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram,kelam dan serba berjerebu.Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi,kecewa dan tertekan.
Ia dapat di atasi dengan bercakap dengan diri sendiri.Mulakan dengan...

Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya seklai. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna. Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah yang Maha Tahu, yang terbaik bagi ku. Aku harus sedar yang terbaik baikku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri. Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya. Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu yang terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani. Aku haris menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati akan merubah segalanya selain membuat diriku sengsara. Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras megatasi dan menyelesaikan masalah ini. Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku mesti mencari ayang, kacang, bawang goreng dan sambal agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.

Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus menerus dan tidak mngkin malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya. Begitu pun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya bersabar. Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat olehNya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuan ku.Kerana Dia tidak pernah menzalimi hambaNya. Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional. Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari sama sekali dan tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya akan menambah masalah. Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah. Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun seperti yang dijanjikan Allah: "sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah di mungkiri Allah.

Segalannya yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung didalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar. Harus kau renungkan mengapa Allah
menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukan ku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki. Setiap kejadian bagai cermin peribadiku. Aku tidak boleh genttar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi. Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

Allah lah satu-satu penulongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izinNya. Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allah lah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan. Tidak aa yang mustahil bagiNya kerana segalanya adalah milikNya dan sepenuhnya dalam kekuasaanNya. Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hambaNya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolonganNya. Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekatiNya dengan mengamalkan segala yang disukaiNya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain Dia, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari Nya.

Ingatlah selalu janji Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepadaKu, nescaya ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Ku, nescaya akan ku cukupi segala keperluannya." (QS.65 (Al-Thalaq):2-3)

Sunday, September 6, 2009

Dia Pilihanku

Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..

" YA Allah seandainya dia diciptakan mnjdi milikku,baik utkku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dlm ikatan pernikahan..

tetapi Ya Allah....seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka pisahkan kami dn hubungkanlh kami sbg persaudaraan islam.."