Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday, April 28, 2010

~buat Akhawaat tersayang~

Akhawaat Fillaah,

Tika aku dalam gelita
Teraba-raba dalam gelapnya jahiliah
Kau tuntun diriku
Membawa kepada cahaya

Tika aku dalam dahaga
Haus dan gersang tanpa tarbiah
Kau hidangkanku dengan tazkirah
Menyuburkan kembali hati yang lesu

Tika aku dalam kehanyutan
Silau dengan neon duniawi
Kau sedarkan diriku
Agar tak tertipu dengan nikmat yang sementara

Akhawaat Fillaah,

Aku rindu pada kehangatan sentuhanmu,
Aku rindu pada keindahan kata-katamu,
Aku rindu pada kejernihan wajahmu,
Yang membangkitkan semula semangatku,
Bagi menggerakkan dakwah ini.

Uhibbukunna fillaah jamii’an

ku tuju kan kepada insan yang bergelar sahabat
~syukran kahfi~

Saturday, April 24, 2010

Teknik menghafal Al quran

assalamualaikum..lama sudah tidak mengupdate kan blog ni..masa tidak menyebelahi untuk terus menulis..just nak kongsi bagaimana teknik untuk menghafal Al-Quran..moga ia dapat membantu kita untuk terus menjadikan kalamullah ini sebagai panduan hidup kita..insyaallah...

Sebelum menghafal

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal.

Teknik Menghafal

A. Teknik "Chunking"
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.


B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.

D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman

1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.

F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.

G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.

H. Teknik "Pointers" dan "Keyword"
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.

I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.

J. Teknik "Mindmaping"
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.


Mengekalkan Hafalan

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Thursday, March 18, 2010

~dapat award~

assalamualaikum..tiba-tiba dapat award lah..hehehe xpernah dapat pun sebelum ni..wow best nya...macam mana ya nak buat?xtahu sebenarnya...tapi xpelah kita cuba ye...

Dibawah adalah beberapa syarat yang mesti di penuhi, iaitu:
1- Thank and link the person who gave you the award.
2- Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3- Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4- State 7 things about yourself.

1.terima kasih pada kak lin sebab bagi award ni kat saya..hehe xreti sebenarnya..apa-apa pun syukran kak.. :-)

2. 15 bloggers? haha siapa kah mereka...
  • ukhti adilah
  • ukhti hazirah
  • ukhti nisah ahmad
  • kak ayu
  • hnawarah
  • ukhti ain
  • ummu aiman
  • umi nita
  • ukhti fatimah
  • kak art
  • ukhti shida
  • ukhti lina mursyida
  • ukhti nik fa
  • ukhti syhe
  • ukhti farhana zakaria
nilah awardnya..


4. 7 perkara tentang diri ku..

1. orang kata saya ni manje..hehehe
2. suka sangat dekat baby boy dan budak kecik..comelnya baby..eee geram..
3. suka berkongsi cerita.
4. sporting orang nya..
5. suka manje kan orang yang saya sayang..hihihi
6. suke tgk muslimah pakai tudung labuh..ayu dan cantik sangat..
7. minat dengan komputer dan bahasa arab...

to kak lin..tu je yang mampu.hehe terima kasih banyak-banyak...sekian dari saya..

Sunday, February 14, 2010

bait-bait

Idola Baitul Muslim
Rasulullah dalam mengenangmu..

Kami umatmu begitu kasih akan dirimu,

Wahai kekasih Allah,wajahmu lebih bercahaya dari sinar mentari dan rembulan purnama,

Kekasih Allah yang telah dijanjikan syurga Allah yang tertinggi iaitu Syurga Firdaus,

Rumahtanggamu adalah qudwah hasanah...

Dikau pemimpin,

Dikau imam,

Dikau pembesar negara,

Dikau suami,

Dikau bapa,

Dikau panglima,

Tidak terperi rindunya kami untuk berjumpa denganmu..

Dengan kalimah Tiada Tuhan Selain Allah,kami hidup dan dengan kalimah ini juga kami mati.

Mudah-mudahan kami umatmu dapat mengikut jejak langkah mu dalam mencari Mardhatillah yang abadi.InsyaAllah.

Ameen.Ya Rabbal Alamin.

Sunday, February 7, 2010

Mengemis Kasih

Tuhan Dulu Pernah Aku Menagih Simpati
Kepada Manusia Yang Alpa Jua Buta
Lalu Terheretlah Aku Dilorong Gelisah
Luka Hati Yang Berdarah Kini Jadi Kian Parah

Semalam Sudah Sampai Kepenghujungnya
Kisah Seribu Duka Ku Harap Sudah Berlalu
Tak Ingin Lagi Kuulangi Kembali
Gerak Dosa Yang Menghiris Hati

Tuhan Dosa Ku Menggunung Tinggi
Tapi Rahmat-MU Melangit Luas
Harga Selautan Syukurku
Hanyalah Setitis Nikmat-MU Di Bumi

Tuhan Walau Taubat Sering Kumungkir
Namun Pengampunan-MU Tak Pernah Bertepi
Bila Selangkah Kurapat Pada-MU
Seribu Langkah KAU Rapat Padaku

Bayangan Semalam...

Seluruh renungan menjadi tangisnya
Entah dimana
Hanya air dibibir mata

Didalam sujudnya rayuannya panjang
Memohon ditabahkan hati
Agar mampu terus tersenyum

Dengan jiwa luhur
Kerana hidup adalah kenyataan
Moga kehilangan ini
Membangunkan diri yang terlena
Dan tidak lagi bermimpi
Hanya indah kerana yang kaburi nyata


Rintik-rintik itu adalah suara hati
Limpahan rasa yang cuma mentafsir
Makna sebuah kehilangan

Tetapi selagi ia bernama kenangan
Bayangan indahnya sesekali menyentuh hati
Walaupun kelibatnya tak lagi dipandang
Bagaikan masih terasa
Ramah hadirnya yang mesra


Dan hanyalah Tuhan yang mengerti
Makna rindu ini
Dan hanyalah kepadaNYA diadukan
Segenap keresahan
Dipohon kasih Yang Esa
Menyekat tangis yang terbit dimata


Rintik-rintik itu adalah suara hati
Dalam mencari hikmah yang tersembunyi
Di sebalik sebuah kehilangan

Rintik-rintik ini adalah suara hati
Luahan itu tiada pertemuan
Biarpun akhirnya perpisahan
Akhirnya kehilangan.

Sunday, January 24, 2010

~seminggu berlalu~

assalamualaikum...

alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..seminggu sudah berlalu proses pendaftaran modul,muet dan segalanya..kini aku kembali bergelar pelajar..menjalankan amanah yang di berikan untuk berjaya dan terus berjaya di dunia dan akhirat..sem ni aku di semesta akhir dan banyak perkara yang perlu di tempuh..tu lah yang dinamakan pelajar..begitu juga dengan tugas kita sebagai khalifah di bumi allah ini..sentiasa melakukan segala suruhan yang di tetapkan dan meninggalkan segala larangan agar kita sentiasa dalam keredhaannya..tabah hadapi segala dugaan serta ujian yang Dia berikan pada setiap hambaNya..

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Bermaksud:
Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara: Ketika muda sebelum tua, ketika sihat sebelum sakit, ketika kaya sebelum miskin, ketika hidup sebelum mati dan ketika masa lapang sebelum masa sibuk.

(Riwayat al-Hakim)

tugas aku sebagai seorang remaja yang ke arah dewasa serta sebagai anak kepada kedua ibu bapa dan yang penting sebagai hamba allah yang ingin mencari redha serta cintaNya..Aku seorang islam dan muslimah yang sedang berupaya memenuhi masa muda ini dengan menguatkan jalinan hubungan ku dengan Allah, melawan hawa nafsu dan berusaha mendalami serta menghayati Islam dengan kefahaman yang sebenar agar mudah meneruskan cabaran kehidupan tanpa berasa lemah atau kecewa.

Aku tidak mahu memenuhi masa mudaku ini dengan perkara yang tidak bermanfaat, aku cuba melakukan segala perintahNya..aku masih mencari keredhaan dan cintaNya..YA!! aku mencari cintaNya..cintaNya yang ku damba..moga aku terus istiqomah dalam perkara ini..

alhamdulillah allah masih memberi hidayah kepada ku walaupun aku selalu alpa dan leka dalam melaksanakan perintahnya..ampuni aku ya allah..seminggu yang berlalu itu telah mengajar aku banyak perkara dalam kehidupan ini..syukur kepadaMu...moga hari-hari yang mendatang akan dapat ku tempuhi dengan hati yang tenang..ameen..

Sunday, January 10, 2010

kuliah tambahan

assalamualaikum..

jumaat lepas aku menghadirkan diri untuk kuliah tambahan untuk tambah ilmu..atas desakan yang xjemu-jemu dari sayang aku ni..aku pun turutkan hajatnya untuk bersama hadir dalam kelas dia kalau x silap aku kelas "kajian teks aqidah"..erm sume org pelik tgok aku..sume dok tanya sapa-sapa..ada yang kata aku tingkatan berapa?huhu agak terkejut dan tersenyum sajalah..kenapa?kecik ke aku ni?badan kecil tapi umur dah tua dah..hahah..erm sejak bila lah aku jadi warga "Universiti Darul Iman Malaysia"..huhuhu..mungkin akan jadi kot..cewahh..dah macam tempat aku je aku wat..seronok sangat dengar ustaz tu mengajar..walau pun aku tak berapa paham sangat cakap arab yang ustaz tu cakap..tapi aku cuba hadirkan diri bersama-sama dalam majlis ilmu tu..ada jugak lah yang aku paham perkataan2 yang di sebut sebab ada yang pernah aku dengar dan dok tanya kat sayang aku tu..hehehe..cuma nak kan kepastian..bestnya belajar dalam bahasa arab..teringat pula waktu sekolah dulu..selalu kena soal dalam kelas bahasa arab..almaklumlah mak cik aku tu cikgu bahasa arab..malau kalau tak dapat..tapi peksa x pernah gagal..heheh..ye lah kalau gagal nanti kena lah ejek dengan kawan-kawan mak cik aku tu..aku pula yang kena marah nanti..rindu dan teringin nak belajar dengan lebih mendlam lagi..alhamdulillah sedikit sebanyak hajat aku tercapai walau pun tak semuanya..erm yang aku ingat dan paham ustaz tu ajar tentang hukum qudrat..selain tu..ustaz tu kata 1 makdur = 1 qudrat dan al-mumkinat iaitu mustahil (sesuatu ynag mungkin terjadi)
tu je yang inagt sebab ustaz tu cakap bahasa melayu..haha sayang aku kata xleh banyak2 nnti org luar xfaham..huhu..apa2 pun memnag best..x sama dengan belajar engineering..apa-apa pun sume tu ilmu..alhamdulillah...moga segalanya di berkati dan di redhai..

Friday, January 8, 2010

~Jalan-Jalan~


assalamualaikum..

cuti semester kali ni..p bercuti ke terengganu..saja dok jalan-jalan..pi muzium terengganu..agak menarik tempatnya..besar jugak..tak terjalan di buatnya..
ok lah tak tau nak citer apa..gambar yang dapat di kongsi bersama..terima kasih pada insan tersayang sebab sudi bawa kita pi jalan-jalan.. :-)




Monday, January 4, 2010

~Ilmu~

Ya allah
dengarlah rintihan hambaMu ini..
aku dapat rasakan betapa luasnya lautan ilmu MU..
aku hanya memiliki kurang setitits daripada ilmuMu..

Ya allah..
aku bermohon agar Engkau berilah aku ..
peluang untuk menambahkan ilmuMu,..
akan ku sampaika ilmu itu..
kepada hamba-hambaMu yang lain..
agar mereka dapat mengetahui..
betapa indah dan adilnya agamaMu..
Ya allah...

Tuesday, December 29, 2009

~Selamat hari lahir~


assalamualaikum...
nak ucap bebanyak terima kasih kat family, kat sahabat-sahabat, kat kawan-kawan, teman-teman dan insan tersayang..terima kasih banyak-banyak...moga bertambahnya umur ku,,maka moga amalan ku juga makin bertambah seiring dengan usia yang makin meningkat,..tetapi pada ku..makin menigkat umur kita..maka semakin dekat lah kita dengan kematian...moga dapat ku tingkat amalan dengan lebih istiqomah..insyaallah...
kek tahun lepas..haha..tahun ni xda..

Tuesday, December 22, 2009

~hawa~


Khusus untuk renungan dan hisbah semua..
Semoga Allah meletakkan secebis hidayahNya ke dalam hati kita....

Hawa, Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.

Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah. Wahai Hawa, Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa, Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.

Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa, Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.. takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa, lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa, Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa, Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN



Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi
Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..

Kita tidak tahu….
Tetapi
.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.


Sunday, December 20, 2009

~binkgisan buat naqibah ku..umi nita~

salam..

ermm ntah lah macam mana tetiba teringat pula dekat naqibah (umi nita).. rindu nak usrah sebenarnya..rasa kosong pula jiwa ni..

Selamat Berpisah

Titisan air mata
Menjadi saksi di hari ini
Tika dan saatnya tiba
Untuk berpisah sesama kita
Semoga Allah memberkati
Pertemuan perpisahan ini

Selamat tinggal selamat berpisah
Buat semua yang teristimewa
Bersalam-salaman bermaaf-mafan
Dalam dakapan kasih dan sayang
Semoga kita berjumpa lagi
Di lain masa bermesra kembali

Ukiran senyum kau berikan
Kini semua tinggal ingatan
Segala jasa dan baktimu
Mendidik daku dan membimbingku

Nasihat dan tunjuk ajarmu
Menjadikanku insan berguna

di tujukan khas buat umi nita..semoga terus berjaya dan berjumpa lagi..


Thursday, December 17, 2009

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

~renungan buat mu~

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA. ......... .

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

~selamat sampai~

salam...

alhamdulillah..akhirnya selamat sampai di kampung halaman dan rumah yang ku rindu..terutama sekali bilik ku..heheh..dan lebih rindu pada keluarga..bertolak pukul 6.30ptg dari seremban..sebenarnya lewat setengah jam bus ni..sepatutnya pukul 6ptg...tunggu punye tunggu sampai jugalah bus tu...saat nak bersalaman dengan kawan-kawan aku sedih sangat sebab driver bus tu marah-marah..sound-sound nak cepat-cepat..sapa yang lewat sebenarnya..sampai naik dalam bus masih bebel lagi..nak bagi satu bus tau ke?leceh betul..dia yang lambat nak marah-marah orang..tu lah orang yang tak bertanggung jawab..salah ke apa aku buat tu?entah lah...bairkanlah..bukan aku jumpe lagi pun dengan dia..agak sedih juga lah dengan apa yang berlaku..apa-apa pun aku dah selamat sampai kat kampung..sekarang masa untuk rehat dan mantapkan diri dengan hafazan...insyaallah...

Tuesday, December 15, 2009

~D.U.I.T~

salam...

alhamdulillah..akhirnya semua dah selesai....ha??dah selesai???belum selesai sebenarnya..banyak lagi yang perlu di hadapi..hadapilah dengan tabah wahai diri...

segala kesyukuran aku serahkan padaMu ya ALLAH..kau permudahkan segala pergerakan ku..melewati batas-batas waktu yang ada untuk ku susuri dengan penuh rintangan,onak duri dan ranjau yang berliku..aku bersyukur kerana masih mampu berdiri walaupun dugaan datang melanda..

hari ni last paper untuk sem 5 Diploma Kejururuteraan Elektronik (komputer) E41621-sistem aplikasi&komputer...soalan yang agak mencabar minta bagi aku yang kurang nak baca buku lantaran penyakit M menguasai diri..tapi ku gagahkan diri untuk terus berjaya..cewah..alhamdulillah..segalanya di permudahkan..ilham datang mencurah-curah walaupun aku tak tahu jawapan dia..hehehe..xpe..kata lect janji tulis..jgn biarkan kertas itu bersih tanpa bertulis..heheh..walaupun soalan itu mencabar..aku tetap akhirkan dengan alhamdulillah sewaktu nak tinggal kan dewan pepriksaan..

yang penting doa,usaha,ikhtiar dan tawakal..ya..akhir sekali adalah tawakal kepada allah setelah kita berusaha..dan saat yang paling mendebarkan ialah nak tunggu result keluar pula..huhuhu..

setelah pulang kerumah..fikiran ku ligat mencari motor untuk ku pinjam..ada hajat yang ingin aku laksanakan..hajat? hajat apakah itu?

alhamdulillah,akhirnya aku dapat pinjam motor dari kawan sekampung..dok sebelah umah je..terima kasih kawan,bagi aku pinjam motor..minyak pun aku dah isi full untuk ko..heheh..

lewat aku bertolak dan agak lewat juga aku sampai untuk bertemu dengan Umi Nita (naqibah ku)..alhamdulillah kami di pertemukan lagi dalam pertemuan yang agak singkat..memang niat untuk ku bertemu sebelum aku cuti dan sebelum dia pindah...sekali lagi hajat ku tercapai..

agak sedih dengan kehilangan sorang insan yang baru aku kenali dan bersua hanya beberapa ketika..walaupun hanya baru tapi banyak yang aku pelajari..biar lah rahsia..hahah..tapi syukur dia atas pertemuan ini...moga kita bertemu dia pertemuan yang insyaallah tak si sangka mungkin..

lupa pula aku nak bawa kamera untuk gambar kenangan..lepas ni entah bila kan bertemu lagi..insyaallah moga ada lagi pertemuan ini...pasti aku akan merindu saat itu..sungguh tidak tergambar kesedihan di hati..hanya tuhan yang tahu...

Friday, December 11, 2009

~luahan hati ini...~

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkan aku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana ALLAH telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu-bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu.

Aku menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat terbaik buat seorang perempuan. Aku sering berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak didepan mata.

Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik memerhati diriku atau cuba menegurku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku daripada lelaki ajnabi kerana Sayyidah Aisyah r.a pernah berpesan, "Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki." Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.

Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan begitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan ALLAH kelak andai disoal? Kalau aku tidak ingin engkau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menhias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh ALLAH. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah ALLAH telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak ku nafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. ALLAH telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang sememangnya lemah ini telah diuji oleh ALLAH apabila seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai-bagai dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku terasa seolah-olah kehidupanku yang tenang sebelum ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuat aku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau miliki wajah setampan Nabi Yusuf a.s, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman a.s, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad s.a.w, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, ALLAH pasti mencampakkan rasa kasih dalam hatiku jua hatimu. Itu janji ALLAH. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak punya hak untuk berbuat begitu. juga jangan melampaui batasan yang telah ALLAH tetapkan. Aku takut perlakuan itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam air mata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Cukuplah kau mencintai ALLAH dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai ALLAH, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga...

Wassalam...

Monday, December 7, 2009

~ku akui kelemahan diri~

teima kasih sebab sedarkan aku dengan perkataan tu..
ye aku sedar...aku akui kelemahan diri aku..
apa lagi ye?
ego..
sombong..
TAK TAHU HORMAT ORG..
berlagak..
tak kenang budi..
apa lagi yang kau nak bagi tahu?
silakan..
apa-apa pun terima kasih atas luahan yang kau bagi dekat aku...
terima kasih..
tu je yang mampu aku katakan...

isnin,7/12/09
4.45pm