Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday, July 14, 2009

moga kemenangan untuk mu..


ya allah moga kau berikan kemenangan ini untuk pejuang agama MU..

Monday, July 13, 2009

Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?

Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D. U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.
Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya. " Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Di angkat dari: http://artofthought s.blogspot. com/2009/ 07/soerang- wanita-muslim- mesir-di- bunuh-di. html

Saturday, June 27, 2009

sambungan kes gaduh

assalamualaikum...entah lah kenapa tetiba rasa mcm nak bagi pandangan tentang kes gaduh kat sek agama tu..rasa nya macam tak patut lah pulak..erm buat malu sekolah lah..sekolah "agama" pula tu..adoi..apa nak jadi lah budak zaman sekarang ni..mereka macam berkuasa pula di asrama tu..kalau lah di ikutkan logik akal pelajar2 yang dah akil baligh tu sepatutnya biar lah guru yang selesaikan sekiranya betul budak tu bersalah ni ikut sangat nafsu asyik nak pukul orang saja..macam lah berkuasa sangat..kalau mati budak tu sapa yang susah..mereka2 jugak..pk lah sebelum bertindak..mana didikan yang di berikan kat sekolah tu..sepatutnya bawalah status agama tu..ni..masyaallah..apa lah nk jadi..perkara ni perlu di bendung..malaysia sekarang ni dah semakin ganas nmpaknya..dari yang dewasa sampailah ke budak sekolah melakukan jenayahnya..dunia nk kiamat agaknya...huhu...pelik2...

Pelajar tingkatan tiga dibelasah empat senior

Pelajar tingkatan tiga dibelasah empat senior

ROMPIN - Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di sebuah sekolah agama di Rompin dibelasah empat senior sambil disaksikan 80 pelajar lain, awal pagi semalam.

Mangsa, Mohd Ashraf Abdul Aziz dibelasah oleh seniornya yang berusia antara 16 dan 17 tahun selepas selesai solat sunat witir di dalam surau sekolahnya.

Abang iparnya yang enggan dikenali berkata, kejadian pada 1 pagi itu berlaku menyebabkan Ashraf mengalami cedera. Selepas solat, pelajar-pelajar tersebut telah menutup lampu sebelum membelasah Ashraf sambil disaksikan oleh pelajar lain.

“Pihak sekolah yang lambat sedar kejadian itu kemudian menghantarnya ke klinik swasta sebelum dilarang ibu supaya dirawat ke klinik awam,” katanya.

Beliau berkata, keluarganya membuat laporan polis mengenai tingkah laku empat pelajar yang membelasah adik iparnya itu dengan tanpa sebab.

“Kami kemudian menarik balik laporan tersebut selepas berbincang dengan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya.

Ekoran itu, mangsa menerima rawatan pesakit luar di sebuah klinik di Rompin dan bercadang untuk berpindah ke sekolah lain di Temerloh.

Dalam pada itu, pengetua sekolah tersebut, Nasiruddin Mohamed Yusof berkata, sekolah telah mengambil tindakan dengan membuang asrama terhadap empat pelajar terbabit.

Beliau berkata, pihak sekolah memandang serius perkara itu dan tindakan undang-undang telah dilakukan kepada pelajar berkenaan sambil menegaskan kes itu akan disiasat dengan lebih lanjut.

Menurutnya, pihaknya juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan polis berhubung insiden itu.

“Sekolah masih jalankan siasatan dan tindakan kepada mereka sudah diambil. Jadi kita juga sudah bincang dengan kedua-dua ibu bapa terbabit dan mereka sudah menarik balik laporan kes ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Rompin, Deputi Superintendan Razali Razak berkata, pihaknya ada menerima laporan tersebut dan telah ditarik balik keluarga mangsa.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/archive/260609/com/story2898961.asp

Thursday, June 18, 2009

~ampuni aku ya Allah~

assalamaualaikum...lewat malam ni aku melelapkan mata...kenapa aku tak amek peluang ni untuk ku bertemu yang Kekasih abadiku...ya allah..lemahnya iman ini..rapuhnya kekuatanku pada Mu..
apa yang telah aku lakukan pada malam ni..seharian ini apa yang telah aku lakukan..mata ku,,apa yang aku lihat..telinga ku apa yang ku mendengar..lidah,bibir ku adakah sentiasa basah dengan berzikir pada Mu..tidak..semua tu jauh dari diriku..astagfirullah...istigfar aku dalam hati...ya allah hina nya diri ini..di mana pengangan agama ku? dimana didikan agama yang aku dapat? kenapa tidak aku amal kan..kenapa sukar benar untuk aku lakukan apa yang kau perintahkan..
kenapa senang untuk ku turutkan hawa nafsu??ya allah lemahnya iman ku..terlalu lemah iman ku..kenapa aku tidak dapat melawan nafsu itu...di mana akal ku untuk berfikir...
ya allah..aku ingin kembali pada firtrah..aku ingin kembali pada Mu ya allah..
kau bantulah aku..kau tunjuk kan lah aku jalan kebenaranMu..berikan lah aku hidayah Mu ya allah..aku ingin hidup dalam redhaMu..hipokritnya aku...ya allah ampuni aku...ampuni aku ya allah...aku memohon ampun pada Mu...terima lah taubat ku ya allah....hina nya kau di hadapan Mu..jijiknya ku ya allah...ampunilah aku..moga kau mendengar rintihan ini...

Ya Allah tidak kusedari
Selama ini cinta-Mu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayang-Mu yang tiada bertepi
Setiap hamba-Mu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hamba-Mu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah..Redhailah...

Aku bersaksi bahwa kau sesungguhnya
Tuhan Yang Agung Pencipta segalanya
Tempat ku bermohon dan berlindung
Dari Kehinaan Dan Kemusnahan




Monday, June 15, 2009

~Tag dari srikandi hamzah~

assalamualaikum..
erm nak jawab tag dari srikandi hamzah...ni jawapannya...

1-Copy this award and place it at
your blog



2-Give 5 interesting facts about the giver..

  • suka bagi tazkirah..ala2 mcm ustazah lah..
  • kalau cakap tu payah nak berhenti..(xpenat ke?hahaha)
  • pakai spek sama lah kita..
  • suka wat adobe..boleh tahan design nya..teruskan..
  • suka multimedia kan?..nanti leh kita kongsi apa yg tak tahu..ilmu tu...
3-give 10 things about yourself
  1. minat pada ilmu..sentiasa dahagakan ilmu..dunia dan akhirat perlu seimbang..
  2. pakai spek..sama cm tuan yang bagi tag ni..huhu
  3. ada laptop sendiri maaa..hasil titik peluh sendiri tu..cewah..
  4. ada org kata saya ni suka lebihkan org lain dari diri sendiri..betul ke?
  5. sorang yang setia...heheh
  6. rajin..berfikiran panjang...
  7. sorang yang jimat...tapi bukan kedekut tau...
  8. suka berlawak dengan kawan2..(jgn lah amek hati ye just gurau2 saja)
  9. agak cepat merajuk tapi sekadar bergurau sahaja..xamik hati pun..saja je nk manja2..
  10. sorang yang amat penyayang pada insan yang dia sayang...hihihi..
ala 10 je ke?mana cukup nak perasan ni..heheh

4-Give this award to 4 bloggers lain
nk bagi kat sapa erk?
  • srikandi hamzah-hehe amek balik award ni ye...
  • ukhti ain-jika sudi nk jawab
  • umi ku cyg-ukhwah fillah..
  • al-faqir ilaih-kwn lama
itu je lah yang termampu untuk ku jawab..hehe..




~hari ni cuti...~

assalamualaikum...

seronok rasanya dapat cuti hari ni setelah letih berkerja...cewah..macam kerja berat sangat yang di lakukan tu..hehe..sebenarnya saja nak cuti hari ni sebab semalam aku xcdent..huhu...alhamdulillah xda kecederaan teruk yang berlaku..cuma motor sajalah yang mengalami patah-patah di bahagian bodynya..maaf kan aku motor kerana nyawa ku lebih penting dari engkau..aku terpaksa selamatkan diri aku dulu baru aku selamat kan kau ye..hehe..
alhamdulillah...aku redha dengan ujian yang allah beri..kifarah dosa buat ku..peringatan agar aku lebih berhati-hati..sesungguhnya allah sentiasa menguji hamba-hambanya..besar atau kecil ujian tu Dia nak melihat di mana kesabaran kita,kecekalan kita apabila menghadapi sesuatu musibah yang menimpa diri kita..alhamdulillah kerana allah masih panjangkan umur ku..
apa-apa pun lepas ni aku akan berhati-hati lagi..hehe..alamak..esok dah kerja lah...bubye...wsalam..

Sumber Pendidikan Anda - Articles: Teknik Menghafal Al-Qur'an

Sumber Pendidikan Anda - Articles: Teknik Menghafal Al-Qur'an

Posted using ShareThis

Saturday, June 6, 2009

~SUJUD~

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
mawi ft kru

Monday, June 1, 2009

::munajat ku pada MU::

bismillahhirrahmannirrahim...

ya allah..
kau ampuni dosa yang telah aku lakukan..
kau limpahkan lah kesabaran yang tiada terbatas..
kau berikanlah aku kekuatan mental..
kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan..
kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista..
kau berikanlah aku sifar kasih sesama insan..


ya allah..
sekiranya dia adalah pilihanMu di Arash..
berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
sekiranya dia adalah pemimpin yang akan membimbing tangan ku ketitian Mu..
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
sekiranya dia adalah insan yang kau pilih untuk ku di Jannah Mu..
limpahkan lah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya..
sekiranya dia adalah terbaik untuk ku di dunia MU..
peliharalah tingkah laku ku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..
sekiranya dia jodoh yang di rahmati oleh MU..
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya..


tetapi ya allah..
sekiranya dia ini di takdirkan bukan untuk ku seorang..
kau tunjukkan aku jalan terbaik untuk aku harungi segala dugaan MU..
sekiranya dia tergoda dengan keindahan dunia MU..
limpahkanlah aku kesabarann untuk terus membimbingnya..
sekiranya dia tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk memperbetulkan keadaannya..
sekiranya dia menyintai kesesatan..
kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena..


ya allah..
kau maha mengetahui apa yang terbaik untuk ku..
kau juga maha mmengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku..
sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai..
sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,ibu serta hamba MU..
kau hukumlah aku di dunia Mu tapi bukan di akhirat Mu..
sekiranya aku ingkar dan derhaka..
berilah aku petunjuk ke arah rahmat Mu...
ameen...

Saturday, May 23, 2009

::kini aku kembali kepda MU::



wahai tuhan yang maha pemurah..

terangilah ku dgn nur iman MU
hanya engkau tempat aku berserah..
mohon magfirah di dalam syahdu
wahai tuhan yang maha pengasih
ampunilah segala dosaku
laksana buih di lautan memutih
hanyut di telan gelombang nafsu
hari-haru yang telah aku lalui
ingin ku tinggalkan terus bersemadi
ingin aku kembali
kepada fitrah insani
xsanggup ku jelajahi rimba duniawi..
bebaskan lah diriku dari di belenggu
dosa noda nafsu durjana..
terimalah taubatku ya allah
pimpinlah daku ke jalan redhaMu
moga sinarMu terangi hidup ku
didalam kegelapan
aku kan kembali pada Mu rabbi
menghadap mu ya rabbul izzati
segala ketentuan ku pasrahkan
di hujung penghayatan

::Muhasabah Cinta::

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama iniYa ilahi….
Muhasabah cintaku…


Tuhan… Kuatkan akuLindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu





sabda RSAW: “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa lima : 1. cinta dunia lupa akhirat. 2. cinta harta lupa hisab. 3. cinta makhluk lupa al-Khaliq .4. cinta dosa lupa taubat. 5. cinta gedung-gedung mewah lupa kubur

Dia maha mengetahui...

Kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita...
DIA patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat...
DIA memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat...
DIA memberi kita kegagalan untuk membuatkn kita rendah diri...
DIA menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......
hayatilah pemberian dr ALLAH S.W.T..
terima kasih ya allah...

Friday, May 22, 2009

..:: Ya ALLAH ampuni dosa ku::..

Ya Allah..
bintang-bintang di langitmu telah mula menghilang..
mata hamba-hambamu tertutup dalam lelap tidurnya..
namun pintu-pintu mu tetap terbuka bagi para pemohon..
dan aku datang...
Ya Allah..
dengan harapan agar engkau berkenan mengampuni dosa-dosaku..
merahmati diriku..
Tuhanku..
demi keperkasaan dan keagungan MU..
sungguh tidaklah aku ingin menentang Mu
ketika aku berbuat dosa
dan tidaklah aku meragui Mu ketika aku melanggar perintahMU
dan bukannya aku tidak mengetahui akan hukumMu
atau menentang pembalasan Mu..
Tapi nafsuku sendirilah yang telah mengelabuiku..
dan sifat kedermawananMU lah
yang selalu menutupi kesalahan ku
dan kini ku lingdungkan diriku dari azab MU..
dan dengan tali siapakah aku akan bergantung
jika engkau memutuskannya dari ku...
Betapa kehinaanku kelak..
saat berdiri di hadapan mu..
ketika orang-orang yang ringan dosa-dosanya
dipersilakan melintasi jalan menuju syurga Mu..
sedangkan mereka ynag berat di perintahkan berhenti..
apakah bersam-sama orang yang "ringan"
aku akan melintasi jalan itu?
atau bersama yang "berat" aku akan berhenti?
Tuhan..
maha suci engkau
di langgar perintahmu seakan engkau tidak melihat..
engkau begitu pemurah dan pemaaf..
seakan tidak pernah orang bermaksiat pada MU..
kau dekatkan diri Mu kepada makhluk Mu
dengan kebaikan-kebaikanMu..
seakan engkau memerlukan sesuatu dari mereka..
sedangkan kau wahai tuhan ku...
sedemikian luasnya kekayaan MU..
sehingga tidak kau perlukan sesuatu dari sesiapa pun...
ilham bicara..::addinul huda::.. jumaat,22 may 09-1.45am

~i dont want to remember anything~

"ya allah..apa yang telah aku lakukan tadi?"
tersentak aku dari lamunan
lafaz yang tak sepatutnya terkeluar dari bibirku..
kini ku sedar,aku hanya mengikut nafsu amarah ku sahaja
dia yang menjadi mangsa..
Astaghfirullah….
istigfar panjang aku di situ..
duduk termenung seorang diri..
mengenangkan tindakan ku sebentar tadi..
ya allah, ampuni aku..
aku berdosa kepada mu..
aku berdosa kepada hamba mu..
dia terlalu baik terhadap ku..
memberi kasih sayang..
memberi perhatian..
tapi aku jahil,,aku lemah terhadap nafsu ku sendiri..
aku lupa akan jasanya kepada ku..
maaf kan aku..
ya allah...bantulah aku..
kuatkan lah aku untuk melawan nafsu ini..
berilah aku kekuatan
berilah aku sejuta kesabaran dalam menghadapi dugaanMu..
agar aku tidak tewas lagi dgn nafsu
yang mampu merosak diri ku sendiri..
ya allah aku mohon kepadamu..
lindungilah dia..
bahagiakan lah dia di dunia dan akhirat Mu..
berilah dia kekuatan untuk menghadapi segalanya..
ampunilah dosa2nya..
sesungguhnya aku amat menyayangi dirinya..
ya allah..
tunjukkan lah aku jalan yg engkau redhai
bantulah aku dalam memperbaiki diri ini..
kepadaMU aku serahkan segalanya..
sesungguhnya engkau maha mengetahui segalanya...
ya ALLAH..
perbaikilah hubungan di antara kami..
dan mersakanlah di antara hati kami..
ameen...

Wednesday, May 20, 2009

SESEORANG

Tadi semasa usrah, umi bangkitkan kisah seorang ukhti. Ukhti ini memang amat hebat amal islaminya. Umurnya 26. Tidak ada insan yang mahu berbaitul muslim dengannya hanya kerana dia kurang jelita.


Entahlah. Saat itu ringan sahaja mulut saya untuk bertanya, “Salah ke umi kalau tidak kahwin?” Tapi saya tidak punya kekuatan saat itu untuk bertanyakan soalan tersebut. Saya kira soalan tersebut akan mengundang diskusi yang lebih kontroversi.


Sejujurnya saya rasa kasihan dengan ukhti tersebut. Saya kongsikan kisah sendiri terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan kisah ini.


Saya ingat lagi hari saya mengetahui keputusan ujian ultrasound saya. Hari di mana saya mengetahui diagnosis penyakit sendiri. Saat itu, saya menangis. Bukan mudah untuk menerima kerana saya merupakan pelajar perubatan dan mengetahui hakikat penyakit tersebut. Setelah menangis buat seketika, saya teringatkan kisah Hafsah Ibn Sirin yang pernah saya baca. Saya berjanji pada Allah mahu menjadi seperti Hafsah Ibn Sirin. Saya mengingati hari tersebut kerana pada hari yang sama, saya memperolehi pinjaman pelajaran bagi meneruskan pengajian saya.


Hafsah Ibnu Sirin merupakan saudara kepada Muhammad Ibnu Sirin, seorang ulama’ terkenal terutamanya dalam cabang ilmu mentafsir mimpi. Hafisah merupakan seorang yang tidak pernah berkahwin sepanjang hayatnya. Hafisah, pada awal-awalnya semasa belum dikenali bertanyakan soalan yang sangat mencabar kepada seorang imam. Soalannya berkenaan dengan status jualannya. Hafsah selalu menggunakan lilin untuk menjahit baju. Satu hari, lilin beliau habis. Dalam gelap gelita itu, tiba-tiba pengawal daripada istana khalifah melintas dihadapan rumahnya, dan ada cahaya suluhan lampu terpasuk ke dalam rumah beliau. Dalam split second tersebut, Hafisah menggunakan cahaya daripada lampu tersebut untuk memasukkan benang ke dalam jarumnya untuk dia menyambung jahitannya. Dia merasa tidak senang hati dengan tindakannya mengambil cahaya yang asalnya daripada istana khalifah yang diragui asal halal haramnya. Maka dia bertanyakan kepada imam tersebut samada halal atau haramnya hasil daripada jahitan tersebut.


Imam terpegun dengan kebijaksanaan dan ketawadhukan wanita ini dan setelah habis mengajar, dia bertanyakan kepada pambantunya siapakah wanita itu. Pembantu imam mengikut daripada jauh wanita tersebut dan mendapatinya daripada rumah keluarga Ibnu Sirin, maka mereka mengetahui memang keluarga Ibnu Sirin terkenal dengan ahli-ahli yang berilmu dan tawadhu’ dan semenjak daripada itu ramai mula mempelajari daripadanya.


Hafisah, adalah seorang yang sangat disegani dan disanjung tinggi dan dianggap sebagai seorang ahli agama yang terhebat di zamannya (ketika ditanya kepada Ibnu Assakir-ulama biodata hadith dan Iyaz), zaman dimana terdapat Muhammad Ibnu Sirin, Hassan Al Basri dan lainnya. Muhammad Ibnu Sirin sering menyuruh orang-orang yang bertanyakan soalan yang tidak dapat dijawabnya supaya bertanyakan kepada Hafisah. Hafisah mengaji setengah daripada alQuran dalam satu malam, dan menggali kubur sendiri di dalam rumah beliau. Kadang kala beliau tidur di dalam kubur itu dan sangat kuat solat dan menangis. Hafisah seorang tabien; beliau sempat belajar daripada Saiyyadatina Aisyah ra, dan seperti yang disebutkan, tidak berkahwin.


Entahlah, usahlah percaya kata buruk masyarakat bahawa setiap wanita yang tidak mempunyai jodoh itu wanita jahat kerana Hafisah menggunakan kelebihannya untuk menuntut ilmu, beramal dan beribadat. Dia tidak menggunakan itu sebagai alasan untuk beliau lemah dan merasakan dirinya kurang. Beliau banyak menyumbang kepada masyarakat dalam banyak perkara-perkara kebaikan. Hidup berseorangan bukan penghalang, dan beliau sebenarnya pun bukan berseorangan, Allah bersamanya.


Entri ini bukan bertujuan mempromosikan seorang wanita untuk tidak berkahwin. Tapi bertujuan untuk merenungi sejenak realiti. Bukan senang mahu mencari seorang lelaki beriman dan baik amal dakwahnya yang mahu berkahwin dengan insan yang serba kekurangan. Bukan mudah kerana lelaki tersebut tetap lelaki. Saya sendiri pernah bertanya pada adik lelaki mengenai calon isteri pilihannya, “Kalau dia hebat amal dakwahnya tapi tidak jelita, bagaimana?” Dia membalas soalan saya dengan mengatakan bahawa dia mahu mencari seorang wanita yang memiliki pakej lengkap terlebih dahulu. Bukan semua lelaki seperti itu? Mahu yang cute-cute. Mahu yang comel-comel. Mahu yang jelita. Kerana mereka tetap lelaki walau iman setinggi langit.


Dan kalau mahu difikirkan mengenai realiti lagi, lelaki lebih sedikit bilangannya dari perempuan. Apatah lagi lelaki beriman. Adakah seorang wanita akan mempromosikan dirinya kerana semua ini? Oh tidak….


Kalau memang telah bertemu dengan lelaki yang baik amal dakwahnya dan lelaki tersebut sudi menerima kamu seadanya, berkahwinlah. Tapi kalau tidak jumpa, redhalah. Banyak lagi kerja yang menanti dari mahu memikirkan mengenai lelaki.


Entahlah, silapnya apabila segalanya mahu dilihat dari kaca masyarakat, bukan dari kaca mata Islam. Mengapa meragui bahawa Islam adalah jawapan kepada segala permasalahan?


Berkenaan dengan kemandulan juga, Islam punya jawapan. Isteri-isteri Rasulullah SAW seperti Saudah, Aisyah, Zaynab, Juwairiyya, Rayhana, Safiyya, dan Maimunah tidak memiliki cahaya mata. Mereka adalah Ummul Mukminin. Kita mengambil Rasulullah SAW sebagai suri tauladan, lantas mengapa kita mahu menilai seorang wanita hanya kerana kemampuannya melahirkan cahaya mata? Rasulullah SAW tetap menyayangi mereka kerana ukuran seorang Muslimah yang solehah itu lain dari kaca mata Islam. Islam tidak menilai seorang wanita dari segi statusnya sama ada dia berkahwin ataupun tidak. Islam juga tidak pernah menghukum wanita yang tidak mampu melahirkan cahaya mata. Persepsi moden hari ini telah membunuh persepsi Islam.


Saya juga tidak suka seandainya pasangan yang telah berkahwin asyik memprovokasi insan yang belum berkahwin di kalangan mereka. Hellooo…Bukan suka-suka orang tidak mahu kahwin.


Ada yang beri alasan bahawa perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat supaya ada yang akan menjaga apabila diri sudah tua. Saya beri contoh terdekat, nenek saya sendiri. Ada anak lelaki tetapi hampeh belaka. Anak perempuan yang lebih prihatin. Tapi kudrat seorang anak perempuan pastinya terbatas. Lantas siapa yang menjaga nenek dan atuk? Allah penjaga mereka. Allah ada meskipun kamu berseorangan. Yakinlah.


Sejujurnya kita punya banyak kerja dari hanya mahu memikirkan mengenai seorang lelaki...


sumber: copy paste..

~cinta ALLAH~

Ya Allah Engkau kenalkan bahawa Engkau adalah Tuhan
Aku bangga, Ya Allah
Engkau adalah Tuhanku
Aku sembah Engkau selalu tidak jemu-jemu
Janganlah masukkan ke dalam hatiku
Jemu menyembahMU
Ya AllahAku redha Engkau adalah Tuhanku
Jangan Engkau tukar redhaku selainMU
Aku harap Engkau juga redha denganku
Redha meredhailah kita berdua hingga bertemu
Ya Allah aku berlindung dengan Engkau
Aku jadikan Tuhan selainMU
Engkau sudah cukup bagiku sebagai Tuhan
Memiliki Engkau aku rasa bahagia
Jangan Engkau jadikan aku
Memiliki selainMU
Tuhan, kerana kelemahanku
Aku tidak dapat lagi mencintaiMU
Tapi, tidak benci
Walaupun begitu jangan pula
Engkau tidak mencintai aku
Aku cuba mencintaiMU Tuhan
Tapi belum menjadi kenyataan lagi
Dengan rahmatMU Tuhan
Anugerahkanlah rasa cintaku kepadaMU
Dan juga cintaMU kepadaku
Ku harap kita cinta mencintai
Kita berdua cinta mencintai biarlah kekal abadi
Wahai TUHAN..
sumber: jpmuitm

Saturday, May 16, 2009

~Majlis Konvokensyen politeknik johor bahru kali ke-11~

Assalamualaikumwbt..segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam..ku panjat kan segala kesyukuran kerana dengan limpah kurnianya dapat saya hadirkan diri ke majlis itu..alhamdulillah juga kerana mak,abah,adik dan insan tersayang dapat hadir di majlis itu,,syukur sangat-sangat.majlis ynag berlangsung pada 14 mei 2009 xkan ku lupakan sama sekali..jom kita tengok sedikit sebanyak pic-pic yang sempat di ambil...









Friday, May 8, 2009

lagi sambungan nya...

KEPADA PUTERAKU
Tulisan di bawah ini adalah jawapan kepada surat seorang pemuda bernama MA, berasal dari Ismailiyah, Mesir. Dia meminta agar aku menjawab suratnya dan menyebarkannya di media massa. Surat itu aku terima pada tahun 1955 dan pada tahun yang sama aku jawab dan aku sebarkan.
Puteraku,
Kenapa engkau menulis surat itu dengan perasaan ragu dan main-main? Apakah engkau mengira hanya engkau saja yang mempunyai perasaan seperti itu.
Puteraku, getaran dan godaan perasaan yang disebabkan oleh membaranya nafsu syahwat bukan engkau saja yang merasakannya. Perkara itu adalah penyakit umum para remaja. Tenangkan hatimu, keluhan itu bukan hanya engkau saja yang merasakannya.
Puteraku, usiamu yang baru menjangkau tujuh belas tahun, tetapi seringkali engkau tidak dapat tidur kerana godaan seksual. Sebenarnya godaan seperti itu turut dirasakan oleh orang-orang lain, muda mahupun tua.
Orang yang kurang merasakan nikmatnya tidur adalah seperti murid yang mengabaikan pelajaran, seorang yang melalaikan pekerjaan atau perniagaannya. Syair dan pantun yang ditulis oleh para sasterawan, ungkapan hati para penulis terkenal dengan pujuk rayu dan kemesraan. Semuanya adalah serupa dengan godaan nafsu seperti yang engkau alami sekarang.
Engkau ungkapkan dengan terbuka, lalu orang lain tahu dengan harapan agar mereka tidak mudah tertipu, sementara mereka menutupinya seperti bungkusan coklat yang ditutup dengan rapi dan indah. Engkau teguk air dari sumbernya terus ke mulutmu. Sedangkan yang lain minum dengan gelas terukir emas. Air di dalam gelas Abu Nawas yang pernah dimiliki oleh Kaisar Parsi, serupa dengan air dari mata air yang engkau minum.
Nafsu syahwat (seksual) yang engkau huraikan dalam suratmu itu adalah sama dengan nafsu syahwat yang dihuraikan dengan cumbuan para penyair atau gambargambar para pelukis atau suara merdu penyanyi.
Engkau sampaikan masalahmu dengan hati terbuka, sedang orang lain berusaha menyembunyikan isi hatinya. Ketahuilah puteraku, penyakit yang paling berbahaya adalah yang tersembunyi.
Gejala yang timbul terhadap seorang seusiamu iaitu: Nafsu yang mulanya tenang, timbul dan bergelora. Perasaan menjadi tegang, dunia terasa berubah, manusia kelihatan berbeza, tidak lagi kelihatan wanita dalam keadaan sebenarnya, iaitu manusia yang tercipta daripada daging dan darah, yang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Baginya, wanita adalah segalanya, tumpuan harapan dan cita-citanya. Wanita dipuja-puja, dijadikan makhluk idaman, tanpa sedikitpun ada kekurangan atau kelemahan. Indah….. menarik….. menawan….. sempurna….. seperti indahnya patung buatan pengukir terkenal.
Patung bagi seorang penyembah berhala adalah Tuhan, sedangkan wanita bagi pemuda yang dalam mabuk cinta adalah berhala khayalan.
Memang, kejadian seperti itu wajar dan dapat diterima akal. Tetapi yang menjadi tidak wajar dan tidak masuk akal ialah jika seorang remaja yang berusia lima belas tahun sudah dilanda gelojak seperti itu padahal anak seusia itu masih perlu belajar dan bersekolah sehingga………ya, kira-kira dua puluh lima tahun. Lalu, apakah yang patut dilakukannya selama lebih kurang sepuluh tahun itu? Di mana pada masa-masa itu
gelojak seksual datang bertubi-tubi, membara dan membakarnya? Adakah ini satu cabaran!
Sekiranya kita kembali dan berpegang pada sunnatullah dan tabiat nafsu, ubatnya ialah…… berkahwin!!!
Peraturan dan budaya masyarakat atau bimbingan ilmu pengetahuan memberi 3 pilihan kepada kita sebagai jalan keluarnya. Ketiga-tiganya buruk, kecuali yang keempat, iaitu jalan yang diberikan Allah, iaitu…. berkahwin !!!
Ketiga-tiga alternatif tersebut adalah:
Pertama : Menuruti fitrah dan bayangan impian nafsu syahwat. Selalu mengisi fikiran dengan gambar-gambar lucah, sama ada menerusi filem, cerita kotor, gambar dan potret perempuan telanjang. Apa yang dikhayalkan, dilihat, dibaca dan didengar ialah wanita yang tidak senonoh. Kesemua itu dapat dilihat setiap waktu. Bangun tidur kelihatan di dinding kamar, membaca buku pelajaran, terpamer di meja, pendek kata disetiap kegiatan, sama ada di alam sedar ataupun mimpi.
Cara untuk melupakan dengan jalan seperti ini bukan sahaja tidak berjaya, tetapi justeru akan membayangi dan mengganggu fikiran, sehingga akan merosakkan saraf dan mengakibatkan gila atau putus asa.
Kedua : Melakukan masturbasi (istimnaa). Kebiasaan buruk ini merupakan yang paling ringan dari alternatif yang ketiga. Cara masturbasi ini apabila dilakukan berlebih-lebihan akan mengganggu keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, tubuh lemah, mudah sakit, kelihatan tua sebelum waktunya, murung, muka pucat, menyendiri,
menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat, malu bertemu orang, takut risiko hidup, menghindari setiap tanggungjawab. Sesungguhnya dia mati sebelum mati.
Ketiga : Menimba dari sumur dosa dan merasakan kelazatan dari yang haram, meniti jalan sesat, menjadi pelanggan rumah-rumah pelacuran, merosakkan kesihatan, meruntuhkan kepemudaannya dan agamanya, merobek-robek baju agamanya sekadar untuk ditukar dengan kenikmatan yang sebentar sahaja dirasakan.
Apabila anda terus hidup dalam dunia penzinaan, sehingga menyebabkan anda diberhentikan sekolah atau anda kehilangan pekerjaan dan jawatan, kehilangan ilmu pengetahuan yang anda cita-citakan, maka ini bererti anda tidak lagi mempunyai daya kemampuan, kekuatan dan kegairahan untuk bekerja secara bebas.
Puteraku, jangan engkau kira bahawa sekali berzina kemudian engkau akan berhenti, puas dan kenyang. Tidak! Sekali engkau berhubungan dengan wanita, engkau akan lebih bernafsu terhadap wanita-wanita yang lain. Sama seperti halnya meminum air masin, bertambah banyak diminum bertambah haus dirasakan. Setelah ramai pelacur yang engkau gauli, sepuluh, seratus, seribu pelacur engkau tiduri, lalu engkau menemui satu yang menolak, pasti engkau akan berusaha dengan apa-apa carapun untuk mendapatkannya.
Andaikata engkau mampu membayar harga wanita, walau berapapun harganya, kerana harta dan kekuasaanmu, apakah tubuhmu mampu melakukannya? Apakah kesihatan dan kekuatan tubuhmu yang mempunyai batasan itu akan mampu menuruti nafsu syahwat yang buas dan besar?
Kita pernah mengenali jaguh-jaguh sukan berkaliber dunia, atlit olahraga, penggusti, pemain bolasepak atau lain-lain lagi. Tetapi, oleh kerana mereka menuruti dorongan nafsu syahwat, akhirnya turunlah prestasinya.
Suatu keajaiban dan hikmah kebijaksanaan Allah ialah memberi ganjaran bagi mereka yang beramal soleh dan berakhlak mulia iaitu diberikan kesihatan dan kesegaran tubuh. Sebaliknya, Allah memberi hukuman bagi mereka yang melakukan perbuatan rendah dan kotor berupa kelemahan tubuh dan penyakit. 4
Kita dapat melihat, betapa ramai orang-orang yang usianya baru sekitar tiga puluhan, tetapi oleh kerana mereka banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang membawa kerugian pada dirinya, kelihatan fizikal dan wajahnya seolah-olah berusia enam puluh tahun.
Ada pepatah dari barat: "Barangsiapa memelihara usia mudanya, maka ia akan terpelihara pada usia tuanya"
Apabila manusia dibiarkan hidup sesuai dengan fitrahnya tanpa digoda dan dirangsang oleh filem lucah, gambar wanita telanjang dan pelacuran. Pasti nafsu syahwatnya akan dapat dibatasi, misalnya sekali dua sahaja sebulan.
Menurut penyelidikan, bahawa haiwan (sama seperti manusia) semakin tinggi tahap kemajuannya, semakin berkurang nafsu bersetubuhnya dan semakin lama pula masa kehamilannya.
Binatang seperti ayam, bersetubuh setiap hari, kerana masa bertelumya juga setiap hari. Tetapi kucing (dari jenis haiwan menyusu) bersetubuh beberapa kali saja dalam setahun, kerana bilangan kehamilannya hanya sekali atau dua kaIi dalam setahun. Biasanya, musim kucing hamil pada bulan Februari.
Manusia lebih tinggi dan maju daripada kucing, tetapi kenapa manusia bersetubuh terus menerus tanpa musim? Setahun penuh tanpa mengenal batasan waktu. Persoalannya kenapa? Sebabnya ialah manusia menghadapi godaan dan rayuan yang selalu mengganggu. Malapetaka bagi manusia ini memang sengaja dibuat oleh mereka iaitu pengikut-pengikut iblis dengan pelbagai cara. Para wanita diperhiaskan, disuruhnya untuk memakai pakaian yang terdedah dan separuh bogel. Bercampur dan bergaul bebas di atas nama kemajuan, kemodenan dan akhirnya melakukan seks bebas.
Mereka menangani dan menguruskan kaum wanita serupa seperti pedagang kambing. Kambing-kambing
dipelihara dan diberi makanan terpilih supaya gemuk, dengan tujuan disembelih.
Para penganjur pergaulan bebas menyebarkan idea-idea lucah dengan penampilan yang sama sekali tidak sopan dan biadap. Mereka berjaya memasuki sekolah dengan model berpakaian separuh telanjang iaitu ketika siswa-siswi bersukan atau bersenam. Berpakaian dengan berseluar pendek dan berbaju ketat.
Selain itu memberi contoh menerusi para pelancong yang begitu berani melepaskan pakaian di pantai-pantai.
Mereka telah berusaha sejak sekian lama, berjalan dengan perlahan, lancar, penuh kesabaran dan sistematik. Akhimya pesanan-pesanan iblis disambut dan dilaksanakan.
Liberalisasi seks menerusi video sudah sampai ke tahap mengkhuatirkan dan terlepas daripada kawalan. Justeru benar-benar merupakan ancaman serius kepada kehidupan pelajar dan remaja.

Allah S.W.T memberi pengajaran dengan mengirim peringatan-peringat an, agar kita dapat mengambil hikmahnya. Disebar-Nya penyakit berbahaya seperti yang kita lihat sekarang ini. Sehinggalah para penyelidik menjadi bingung untuk mengatasi permasalahan AIDS. Penyakit ini dihidapi oleh mereka yang terlibat dengan pelacuran atau homoseksual. Nanti, suatu ketika jika doktor sudah menemui ubat untuk
penyembuhan penyakit itu, Allah akan mengirim penyakit yang baru, peringatan demi peringatan disampaikan kepada manusia. Sehinggalah kepada bencana yang terakhir, di mana manusia tidak lagi dapat menolak dan mencegahnya, iaitu Hari Kiamat. Di mana ketika itu, api neraka menyala, membakar setiap orang kufur dan berdosa.


Resepi yang kedua ini bersifat altematif, tetapi cukup ampuh, kuat dan bermanfaat sebagai pertahanan sementara.
Manusia pasti suka dan cinta pada dirinya. Kalau dia menghadap cermin, melihat tubuhnya yang kelihatan seperti atlit, tentunya tidak mudah untuk dikorbankan hanya kerana kerlingan mata wanita.
Puteraku, sekiranya kita mendengar pandangan para perosak atau orang-orang yang lengah dan lalai, mereka mengatakan bahawa untuk memulihkan keruntuhan moral di dalam masyarakat ialah dengan membiasakan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan.
Dengan cara itu keganasan nafsu syahwat dapat dilemahkan dan dipadamkan. Pelacuran secara sembunyi dapat dihapuskan dan dibuat tempat rasmi untuk pelacur yang diawasi. Ketahuilah sesungguhnya, alasan-alasan itu adalah kebodohan yang besar.
Malah negara-negara bukan Islam yang telah mempraktikkan teori seperti itu, ternyata hasilnya ialah keruntuhan moral dan rangsangan nafsu syahwat menjadi semakin meluas.5
Apabila penempatan pelacur diwartakan secara rasmi maka akibatnya jumlah pelacur yang disediakan hendaklah sesuai dengan keperluan pemudanya, tempatnya perlu diperbesarkan agar dapat menampung pertemuan mereka.
Sebagai contoh, di kota yang berpenduduk dua setengah juta orang, di mana jumlah pemudanya mencapai dua ratus ribu, maka paling tidak diperlukan lebih dari sepuluh ribu wanita yang bersedia dilacurkan.
Untuk menjaga "keadilan", apabila lelaki dibolehkan mendatangi tempat pelacuran tanpa memerlukan perkahwinan, maka bagaimanakah nasib para puterinya?
Apakah untuk mereka juga perlu disediakan tempat-tempat mencari kepuasan seks yang penghuninya ialah lelaki?


Omongan kosong puteraku.
Demi Allah, semua itu kebohongan besar.
Mereka tidak berbicara berdasar petunjuk akal.
Mereka berbicara dengan watak dan fitrah hawa nafsu.
Mereka tidak menghendaki pemulihan akhlak, moral dan budi pekerti.
Mereka tidak menghendaki kemajuan kaum wanita.
Mereka tidak menginginkan meningkatnya jiwa kesukanan dan tersebamya olahraga.
Mereka juga tidak mengharapkan kebaikan kehidupan kampus, suasana kemahasiswaan dan pelajar.
Jika mereka itu berkata apa yang dilakukannya adalah untuk semua seperti di atas, semua itu sebenamya hanyalah slogan kosong saja.

Negara-negara Skandinauia memberi kebebasan penuh kepada rakyatnya untuk melakukan pergaulan seks secara terbuka. Mereka diberi kebebasan menghamburkan nafsu syahwat tanpa peraturan. Pertanyaannya sekarang: "Apakah dengan cara itu mereka dapat hidup bahagia?" Mereka merupakan pemecah rekod dalam kes bunuh diri, penyakit saraf, narkotik dan ubat-ubat terlarang dan apaapa sahaja yang mendorong mereka untuk lari dari tanggungjawab kehidupan. Pornografi telah melampaui batas-batas yang dapat diterima oleh masyarakat. Tindakan biadap terhadap wanita sudah mencapai puncaknya, sehingga memuakkan rakyat. Kaset-kaset video dijual seperti kacang goreng, tersebar di mana-mana. Filem lucah yang melampui batas sudah menjadi pemandangan biasa di televisyen. Masyarakat di sana sendiri sebenarnya ramai yang tidak setuju. Penonton televisyen ramai yang protes. Tetapi rupanya pemerintah belum mahu mengerti, tetap memberi ruang dan merestui.

Mereka mempunyai wawasan, setiap masa bersiap sedia dengan slogan-slogan baru untuk menjayakan programprogramnya dengan mengelabui masyarakat.
Puteraku, mereka menghendaki agar puteri-puteri dan adik-adikmu keluar rumah untuk dilihat auratnya, dinikmati oleh yang halal atau yang haram, boleh diajak keluar bersama untuk menemani ke mana saja dan apa acarapun, boleh menghiburkannya dengan menari atau di tempat tidur.
Ramai orang tua tertipu. Mereka rela menerima pengorbanan puteri-puterinya hanya sekadar untuk
mendapat gelaran moden.
Apakah yang akan berlaku jika semua itu menjadi kenyataan wahai puteraku? Na'uzu billaahi minzaalik.
Puteraku, jangan engkau ragu untuk menulis surat kepadaku apabila engkau anggap jawapan suratmu ini kurang memuaskanmu.
Engkau jangan merasa malu jika memiliki nafsu syahwat yang membara. .Itu adalah sebagai pemberian Allah kepadamu. Dan perkara itu pula sebagai petanda bahawa engkau mempunyai kekuatan tubuh dan keperkasaan sebagai pemuda.
Puteraku, kesimpulan dari nasihatku ialah engkau patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling ampuh. Apabila engkau belum mampu, engkau mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah. Engkau hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada kesenian, kesukanan, organisasi atau lain-lain lagi.
Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungi
kenikmatan.
Puteraku, membahaskan pertanyaanmu akan sangat panjang. Hanya inilah sekadar untuk memenuhi waktu, memanfaatkan kesempatan dalam memberi jawapan.


tamat...
Copy paste dari Portal I luv Islam
usrahonline_ukhwahteam


sambungan nya...

APAKAH PERGAULAN BEBAS DAPAT MEMBENDUNG GELOJAK NAFSU SYAHWAT?
Mereka menjawab: "Boleh! Pergaulan bebas boleh mengurangkan atau memadam api nafsu yang membara, boleh mendidik untuk berlaku sopan dan berbudi pekerti "mulia" dan boleh mengurangkan gelojak dorongan nafsu.
Jawapan itu aku kembalikan kepada mereka yang telah mempraktikkannya. Kita tanyalah kepada pelajar sekolah yang bercampur dan sekolah yang berasingan di antara kedua-dua jantina ini.
Rusia, negara yang tidak mengenali agama dan tidak pernah mendengar nasihat-nasihat ulama, paderi atau pendeta kini mengubah haluan setelah melihat kesan negatif dari pergaulan bebas.
Amerika, negara yang dijadikan kiblat kemajuan, telah dipeningkan oleh ramainya siswi-siswi hamil yang jumlahnya terus meningkat. Lalu, di manakah buktinya yang nyata jika pergaulan bebas akan memberikan jawapan seperti di atas? Dan siapa yang selesa melihat kesulitan seperti di Amerika itu terjadi di negara kita?
Apa yang aku tulis ini bukanlah ditujukan kepada pemuda. Para pemuda pasti menolak dan mengambil mudah pendapatku ini. Kerana aku mengharamkan apa yang menurut mereka enak dan lazat. Aku hanya berbicara kepada engkau wahai puteri-puteriku yang suci, mulia dan terhormat. Kerana engkaulah yang bakal menerima akibat, engkau yang bakal menjadi korban kepada pengikut-pengikut iblis. Janganlah engkau mudah menerima pandangan orang-orang yang berdalih dengan "Persamaan dan Kebebasan", "Kemajuan dan Modenisasi", "Kebudayaan dan Kesenian", "Kehidupan Kampus", "Alam Pelajar dan Mahasiswa". Orang-orang seperti itu kebanyakannya tidak mempunyai isteri atau anak. Mereka hanya akan menjilat dan mengemam kelazatanmu untuk seketika, kemudian berlalu pergi meninggalkan engkau.
Aku, adalah ayah kepada beberapa orang puteri. Aku menulis pesanan ini adalah untuk membela kepentinganmu, ini bererti aku juga membela kepentingan puteriku sendiri. Aku menghendaki yang baik kepada kamu, sebagaimana aku menghendaki yang baik pula kepada anak-anakku. Mereka, para pemuda pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikitpun akan nasibmu yang hilang kehormatan dan harga diri. Mereka tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada kehinaan dan nama baikmu yang telah ternoda. Apabila itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu? Pasti tidak seorangpun akan datang membantumu. Mereka akan datang, jika engkau masih boleh dinikmati. Tapi sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar, mereka akan pergi seperti perginya kerumunan anjing yang kehabisan daging bangkai.

Wahai Puteriku,
Itulah nasihatku yang hak dan benar,
mudah-mudahan engkau mahu mendengar. Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,
yang mengajak kepada kelalaian.
Hanya di tanganmu wahai puteriku, bukan di tangan kami kaum lelaki. Hanya di tanganmu sahaja kunci pintu kebaikan. Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu, maka pasti seluruh umat akan menjadi baik.


sambung lagi...